Penyokong

Sabtu, 26 Disember 2009

Nilai Ibadah Kita Selama Ini

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan Pertama

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.



Golongan Ketiga

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan Keempat

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

Golongan Ketujuh

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.

Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Wallahualam bissawab.

Rahsia Daging Kambing

info kesihatan ini juga boleh dikongsi kepada mereka yang mempunyai masalah kolestrol yg tinggi tak kira la pakwe dia ada kolestrol ke?,makwe dia ada kolestrol..tak kisah boleh la sebar pada mereka..


Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
1.Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
2.Kolestrol daging lembu dan ayam.
3.Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4.Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
5.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
6.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti da gin g yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam bad an tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.


Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Jumaat, 25 Disember 2009

PILIH YANG PALING CANTIK

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang
paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.

Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Lagi Fakta Mengenai Poco Poco



Setelah saya kongsikan artikel atau maklumat tentang Poco-Poco dalam entri yang lepas, saya menerima beberapa komen, pandangan dan kritikan mengenainya.


Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, saya sebenarnya tidak pasti sejauh mana benarnya artikel tentang tarian poco-poco tersebut. Saya kongsikan artikel tersebut sekadar berkongsi info dan maklumat yang saya ada sahaja. Saya hanya risau, kalau-kalau dek kerana keasyikan kita meniru tarian yang kita tidak tahu asal usul nya itu, kita tersesat menyalahi syariat agama kita. Itu yang saya risaukan. Sebab itulah saya kongsikan maklumat yang saya dapat.


Jika inginkan kepastian, tolong jangan tanya saya sebab saya pun tak pasti. Kalau nak tahu juga, anda kena la buat kajian dan selidik sendiri. Cubalah bertanya kepada ustaz ker atau mereka yang lebih arif mengenainya.






Walaubagaimanapun, dalam post kali ini, saya kongsikan sedikit info yang saya terima dari salah seorang pembaca setia blog pakar yang dikenali sebagai “Pang5 Silat” mengenai tarian poco-poco yang penuh kontroversi ini. Beliau telah mengambil inisiatif sendiri untuk forward artikel tentang tarian poco-poco kepada kawannya.


Dan berikut ini adalah penjelasan yang diterima oleh beliau daripada kawannya.




Salam..


Saya mendapat emel berkenaan tarian poco-poco daripa saudara/i. terima kasih. emel tersebut telah saya panjangkan kepada my senior officer yang aktif terlibat dalam tarian ini. dan setakat yang saya kenal senior tersebut seorang yang alim (dari segi sivik dan pandangan mata umum).


sy juga belum mempunyai masa yang ok utk exploere ttg benda ni. di sini sy frwd kan jawapan daripda my senior officer.


tq. salam..


—————————————————————-
Penjelasan dan Komen daripada seorang jurulatih tarian Poco-Poco
—————————————————————-


Sesuatu yang menarik untuk diperhalusi, secara jujur sebagai Jurulatih Poco-poco(kini saya turut mengadakan latihan di hotel2 atau kumpulan dengan bayaran berpatutan) berpandangan berbeza.


Sesuatu aktiviti yang boleh membantu mempercepatkan kardovaskular serta senaman ringan wajar dikaji semula. Poco-poco yang didakwa berasal dari Filipina juga perlu dikaji kerana ’street dancer’ merupakan nama lain pada poco-poco dan street dancer memang berasal dari Barat yang bentuknya hampir sama dengan poco-poco.


Huraian perlulah tepat kerana pergerakan poco-poco bukan hanya berteraskan seperti salib kerana banyak lagi bentuk sama ada individu atau berpasangan yang tidak disentuh. Tiada mentera atau bacaan tertentu dalam poco-poco berbanding yoga.


Kemungkinan kita boleh kreatif dengan mempelbagaikan gerakan poco-poco dari menafikan ia adalah aktiviti aerobik yang berkesan yang diperkenalkan oleh ATM.


Memang wajar kita sendiri mencipta aktiviti yang lebih berfaedah dari memandang sudut yang negatif seperti tarian lain yang kontemporari ataupun moden. sekarang nie tengah menghalusi shuffle plak..


wallahua`lam.


Sekarang, anda fikir dan nilaikanlah sendiri. Saya tidak berani untuk mengatakan tarian ini diperbolehkan untuk diamalkan, namun saya juga tidak berhak mengatakan tarian ini haram dan tidak boleh diamalkan. Yang pasti, adalah lebih baik bagi kita untuk tinggalkan perkara yang syubhah atau perkara yang kita tidak pasti.


Sekian.


Rahsia Tarian Poco poco

Ustzh Fadhilah Khalid 


2 hari yang lepas saya menerima SMS dari adik sy yang berada Universiti Teknologi Petronas yang mengatakan tarian poco-poco berasala dari ritual agama kristian. Beliau turut meminta sy untuk mencari sejarah sebenar tarian poco-poco dan mencari artikel2 dan kajian mengenainya. sehubungan dengan itu, saya meminta rakan2 dan sahabat berfikir dan mencari maklumat mengenainya dan berkongsi bersama. Ini kerana saya yang juga Ustazah SAMTEN melihat pelajar2 saya gembira dengan senaman ini. Sy menjadi ragu2 dan perlu untuk mencari maklumat tentang ini, kerana saya akui saya juga sedikit gemar dengan tarian ini.


berikut adalah artikel yang sy dapat kan di internet. Sekadar berkongsi pandangan.


--> Di syarikat tempat saya bekerja sekarang, pada setiap hari Selasa dan Jumaat selepas waktu kerja, mereka ada adakan latihan senaman. Senaman itu sebenarnya bukanlah senaman biasa, tetapi lebih kepada tarian poco-poco.




Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ’senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka saya memang tidak setuju.


Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.


Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.


Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.


Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).


Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.


Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.


Ini adalah artikel atau info tersebut----
-->>Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.


Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.italics


Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.italics


Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.


Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?


Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.


Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.


--> Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya dulu pernah gak sekali menari poco-poco, sebab kena paksa ngan boss untuk ikut sama menari dalam satu majlis yang dianjurkan oleh syarikat.


Tapi lepas saya baca artikel ni, saya rasa lepas-lepas ni, saya tak akan lagi menari poco-poco ni. Korang bagaimana?

Selasa, 22 Disember 2009

DIALOG RUHIYAH


Hubungan rumahtangga antara Rasulullah dan Aisyah manjadi ikutan kepada umat baginda hingga akhir zaman. Kehidupan rumahtangga yang bukan sahaja harmoni malahan memiliki landasan ruhiyah yang sangat kental. Rasulullah merupakan contoh yang terbaik dalam pembentukan dialog ruhiyah antara suami dan isteri. Allah merahmati seorang lelaki yang bangun pada malam hari, kemudian dia membangunkan isterinya. Apabila isterinya menolak, dia merenjiskan air ke wajah isterinya. Begitu juga sebaliknya.

Kasih sayang Allah akan turun kepada suami dan isteri yang mengajak pasangannya berdialog secara ruhiyah. Tentu saja ajakan itu dilakukan dengan cara yang mesra sehingga tidak menimbulkan kemarahan. Daripada anjuran Rasulullah ini, jelas sekali bahawa satu kerjasama perlu dilakukan oleh suami dan isteri dalam rangka untuk bertaqarrub kepada Allah. Kerana itulah tujuan utama didirikan rumahtangga.

Suami dan isteri dipertemukan mengikut perencanaan Allah. Asam di gunung garam di laut, di dalam kuali bertemu jua. Jodoh dan pertemuan kedua jiwa ini tidak dapat ditentukan oleh sesiapa pun melainkan Dia. Justeru, suami ditentukan Allah sebagai qawwam (pemimpin) rumahtangga. Kerana berkeluarga adalah ibadah, kepimpinan suami yang paling utama adalah kepimpinan ruhiyah berlandaskan firman Allah:
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu untuk mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.”

Kepimpinan ruhiyah boleh dilakukan dengan ajakan, anjuran dan bimbingan ke jalan Allah. Pihak suami bertanggungjawab di hadapan Allah dalam pembinaan aqidah, ibadah dan akhlak keluarganya. Tetapi sang isteri juga wajib mendorong suami untuk membangunkan ketaatan kepada Allah dan RasulNya. Namun kita selalu gagal dalam merealisasikan sunnah Rasulullah ini dalam rumahtangga kita. Beberapa perkara yang seharusnya menjadi perhatian dalam pembinaan bait muslim, lebih-lebih lagi ‘bait muslim daiyah’. Perkara-perkara di bawah ini digalakkan untuk terus diwujudkan di dalam keluarga:

1. Saling mengingatkan antara suami isteri untuk melakukan solat qiyamulail, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah di dalam hadis.

2. Isteri selalu mengingatkan suami untuk solat berjamaah di masjid, pada saat azan memanggil atau waktu solat akan masuk.

3. Saling mengajak membaca Al-Quran bersama dan memerhatikan kemajuan pasangannya dalam berinteraksi dengan Al-Quran. Saling menyemak hafalan Al-Quran.

4. Menyediakan waktu luang secara berkala untuk mengkaji semula hukum-hukum feqah atau ilmu-ilmu fardhu ain yang lain.

Ini adalah sebahagian daripada contoh-contoh yang boleh kita ikuti. Dengan dialog ruhiyah ini, Allah akan mengukuhkan lagi hubungan antara suami dan isteri dan terwujudlah kebahagiaan rumahtangga. Inilah sumber bagi keluarga taqwa yang sentiasa mendapat rahmat Allah. Sebaliknya, pasangan yang mengabaikan dialog ruhiyah ini akan kehilangan kelazatan hidup sebagai suami dan isteri sebagaimana yang pernah dirasakan oleh para rasul dan orang-orang soleh yang terdahulu.

Kebahagiaan ini akan berterusan sehingga ke hari akhirat nanti InsyaAllah. Kerana cinta ini dipertautkan dengan Allah swt. Oleh kerana itu, kita tetap akan mendahulukan kepentingan Allah, Rasul dan jihad di atas segalanya. Maka jadikanlah rumahtangga kita sebagai rumahtangga dakwah seperti rumahtangga Rasulullah. Amin ya Rabb...

Sumber: Blog ISMA Kedah

SAIYIDATINA KHADIJAH LAMBANG SEJATI

Menziarahi maqam Khadijah r.a. membangkitkan perasaan dan semangat perjuangan yang luar biasa. Dia lambang kasih isteri yang sejati terhadap suami. Dia lambang ketekunan ibu dalam mendidik anak-anak mewarisi ibu bapa dalam perjuangan silih berganti generasi. Dia lambang pengorbanan unik ketika bersendirian mendokong suaminya menghadapi ramai golongan berkuasa di Mekah serta kejahilan dan ketakutan orang ramai di Semenanjung Arab. Beruntung Khadijah r.a. berjaya menjual dunianya untuk membeli akhirat yang lebih kekal dan abadi apabila Jibril datang memaklumkan kepada Nabi s.a.w, “Berilah khabar gembira kepada Khadijah bahawa sebuah rumah telah dibina untuknya di syurga...”

Khadijah r.a. seorang tokoh korporat perniagaan antarabangsa. Barang dagangannya sampai hingga ke Syam, ketika itu di bawah Kerajaan Eropah (Rom). Seorang yang punya harga diri, digelar “At-Tahirah” (wanita suci) yang pernah menolak pinangan orang bangsawan tetapi melamar Muhammad yang dulu kerjanya menggembala kambing sesiapa yang boleh memberinya upah. Tidak lain setelah mendengar laporan Maisarah tentang akhlak Baginda s.a.w di sepanjang perjalanan perniagaan barangan Khadijah di Syam. Dia memilih ciri akhlak di kala manusia lain di Mekah ketika itu memilih ciri harta, pangkat dan pengaruh, seperti gaya ramai orang Malaysia Boleh hari ini. Bukan Nabi s.a.w sahaja tak berharta, tetapi saudara mara yang pernah menjaga Baginda s.a.w juga tidak berharta seperti Aminah, Abdul Muttalib dan Abu Talib.

“Aku takut terhadap apa akan terjadi terhadap diriku”, kata Nabi s.a.w kepada Khadijah r.a. dalam keadaan gementar sebaik tiba di rumah dari Gua Hirak. Jawab Khadijah r.a. spontan dengan penuh yakin, seyakin di hari dia memilih dengan tepat bakal yang akan menjadi suaminya, “Kalla, ma yukh zikallahu abadan. Innaka la tasillu rahm, wa taksibul makdum...” (Sekali-kali tidak, Allah sekali-kali tidak akan mengsengsarakan engkau. Engkau menghubungkan silaturrahim, engkau memberi makan orang yang kelaparan).

Subhanallah!!! Saya melihat Khadijah r.a. seorang yang bulat keyakinan dan kasih terhadap suaminya, sebulat keyakinan dan kasih suaminya terhadap Tuhannya. Hasilnya, anak-anak mereka bulat terhadap Risalah ayah dan ibunya. Zainab binti Muhammad memilih meninggalkan suaminya Al-Ass di Mekah, menunggang unta menuju kepada ayahnya s.a.w. yang telah berhijrah bersama kaum Muslimin di Madinah. Ruqayyah dan Ummu Kalthum tabah disingkirkan hanya kerana aqidah yang diperjuangkan oleh ayahnya. Fatimah r.a. menangis tetapi tabah sambil membersihkan rambut ayahnya yang ditabur kotoran oleh Quraisy.
“Jangan menangis wahai anakku. Sesungguhnya Allah melindungi ayahmu”, kata Nabi s.a.w kepada Fatimah. Mereka Akhawat Mukminat setabah ibu yang mendidik dan membesarkan.

Kemelut rumahtangga orang ramai hari ini ialah tidak bulatnya keyakinan si isteri terhadap suami, lantaran tidak bulatnya si suami terhadap Tuhan dan dakwahNya. Ramai suami yang tidak punya risalah dan ideologi apa-apa dalam hidup untuk dicapai. Perjuangan paling popular dewasa ini hanya sekadar mencapai rumah dan kereta mewah serta anak-anak yang bergaji besar yang semuanya nanti boleh dibangga-banggakan di depan sahabat handai dan taulan. Kesannya, keyakinan tidak bulat, kesangsian dan curiga dalam rumahtangga sering mewarnai kehidupan, banyak perkara berkira, perselisihan kerap berlaku, perjuangan, minat dan halatuju berbeza jauh walau hidup sebumbung dan dilimpahi kemewahan. Jika ada yang minat dan terlibat dalam dakwah semasa menuntut, ia hanya hobi sementara menunggu tamat belajar, mendapat ijazah dan berkarier.

Siddiq (membenarkan) lebih tinggi dari iman. Syurga Firdaus dihuni oleh para Nabiyiin (Nabi-nabi), Siddiqiin (orang-orang yang membenarkan), Syuhadak (orang-orang yang mati syahid) dan Salihin (orang-orang saleh), mereka adalah sebaik-baik teman di akhirat. Khadijah r.a. bukan sahaja telah beriman dengan Risalah yang suaminya baru terima dari Gua Hirak, tetapi juga telah membenarkan Risalah tersebut dengan mengorbankan segala perasaan, masa, harta dan apa sahaja yang dia miliki demi memenangkan agama ini mengatasi Quraisy di Mekah dan Rom serta Parsi di muka bumi.

Boikot ekonomi Quraisy dan kabilah-kabilah Mekah walaupun menyebabkan kesengsaraan terhadap Nabi s.a.w. dan para Sahabat r.a. tetapi ia tidak berjaya antara lain kerana pengorbanan harta yang dihulurkan Khadijah r.a. ketika itu. Sindiran, fitnah, tohmahan dan perang psikologi yang dilancarkan Quraisy, walau memberi impak teruk kepada dakwah Islam tetapi tidak mempu membunuh semangat Nabi s.a.w lantaran dokongan moral, kasih dan keyakinan yang ditunjukkan oleh Khadijah ketika itu.

Dalam perjuangan, peristiwa sedih sering berlaku kepada mana-mana pejuang. Kepada Nabi s.a.w, di antaranya kesedihan Baginda s.a.w ialah kematian Khadijah r.a., kematian Abu Talib, dibaling batu di Taif, Hamzah r.a. dibunuh dan dimamah jantungnya, pembunuhan Rombongan Rajik 60 para hafiz dll. tetapi hanya tahun kematian Khadijah r.a. digelar Nabi s.a.w. sebagai Tahun Sedih.

Wafak (setia) Nabi s.a.w. kepada Khadijah r.a. ialah Nabi s.a.w. sering memuliakan kawan-kawan lama Khadijah r.a. yang masih hidup dengan bertanya khabar dan menyampaikan hadiah dan kiriman. Nabi s.a.w. juga sering menyebut tentangnya sehingga apabila Aisyah r.a. berkata, “Bukankah Allah telah menggantikannya dengan isteri yang lebih baik?”, jawab Nabi s.a.w,
”Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan untuk aku isteri yang lebih baik dari Khadijah. Dia beriman kepadaku apabila manusia lain kufur kepada aku. Dia membenarkan aku ketika manusia lain membohongi aku. Dia memberi aku harta ketika manusia lain memboikot dan mencegah harta dari sampai kepada (perjuangan) aku. Darinya aku dikurniakan anak-anak (yang mengikut perjuanganku)”.

Dari hadis ini dapat kita fahami apakah faktor dan kualiti seorang isteri yang sebenar yang menjadi pilihan seorang Nabi yang paling dikasihi Allah s.w.t. Tidak lain dan tidak bukan ialah faktor meyakini penuh perjuangan ideologi, berkorban harta dan jiwa untuk memenangkannya serta menyedia dengan mendidik anak-anak untuk menyambung perjuangan yang panjang dan jauh dari kemenangan.

Kemelut para Duat hari ini di antaranya ialah dari sedikit mereka yang meyakini perjuangan untuk memenangkan Islam ini, dan lebih sedikit lagi mereka yang mentasdiq (membenarkan) perjuangan tersebut dengan bukti amal dan pengorbanan. Ramai yang mengatur usrah dan tamrin untuk belia dan dewasa sedang isterinya sendiri tidak berusrah dan anak-anaknya tidak tahu di mana. Ramai yang menggalakkan umat ke masjid dan majlis-majlis ilmu sedang anaknya digalakkan ke luar negara yang terlalu ceruk tanpa masjid apatah lagi menghadiri majlis-majlis ilmu di sana. Ramai yang bercakap tentang pengorbanan harta tetapi pertubuhannya miskin tidak mampu memberi kebajikan ahli sedang ramai yang berkereta dan hidup mewah di banglo yang tersergam. Ramai yang menyeru berkorban jiwa dan masa sedang masa kerier tambahan seperti locum, consultancy, direct-selling, tuition dan lain-lain lebih mendapat tempat dari Dakwah Fardiyah sedang masa dan tenaga yang diperlukan, teknik dan strategi adalah hampir sama.

Apabila kita tidak bulat, maka anak-anak sendiri atau anak didik kita juga tidak bulat. Hasilnya, dari aduan kepada saya ramai anak-anak Duat yang merokok, bergirl atau berboyfriend, chit-chat, skinhead, metal dan ada yang tidak diakui anak oleh Duat. Bagi anak yang Duat cuba juga dekatkan mereka kepada dakwah, mereka tidak mantap, tiada keyakinan diri, menurut sahaja, berpura-pura sementara menunggu dewasa, berkarier dan merdeka.

Alangkah dakwah ini memerlukan pengurus rumahtangga seperti Khadijah r.a. Dia berjaya membuktikan pengurusan suami, anak-anak dan harta dengan jaya, bukan sekadar kata-kata dan tazkirah. Semua kualiti ini yang sering disebut-sebut oleh Rasulullah s.a.w. Kepada memiliki dan membuktikan kualiti ini juga kita mendorong para penuntut dan wanita Islam hari ini.

“Salam sejahtera wahai Khadijah Al-Khuwailid. Salam sejahtera wahai isteri Rasulullah s.a.w. Salam sejahtera wahai Ummi Mukminin (ibu kaum mukminin). Salam sejahtera wahai sekelian penduduk Tanah Perkuburan Al-Makla. Sesungguhnya kami, insyaAllah, akan bersama kamu. Kamu mendahului kami dan kami akan mengikut kemudian. Moga Allah mengampunkan kami dan kamu, mengampunkan orang yang terdahulu dari kalangan kamu dan yang terkemudian. Ya Allah, berilah pahala dan ganjaran kepada mereka atas sumbangan mereka kepada Islam. Ya Allah, jangan Engkau sekat kepada kami untuk beroleh pahala mereka. Jangan Engkau duga kami sesudah mereka. Ampunilah kami dan mereka. Amin” (Doa ziarah Khadijah r.a. dan Perkuburan Al-Makla, Mekah).



Natijah Kapitalisme! Anak Derhaka, Ibu Menjadi Kupu-Kupu Malam

Apakah gerangan budi balasan apabila seorang anak tanpa pilu di hati, tergamak menghantar ibunya ke rumah kebajikan setelah mendapat tahu kisah silam ibunya yang pernah bekerja sebagai ‘kupu-kupu malam'? Si ibu pula terpaksa melacurkan dirinya untuk menyara anak-anak setelah ditinggalkan suami. Salah siapakah kisah tragis ini???


Sudah pasti jari dituding tepat ke arah si anak kerana dianggap berdosa memperlakukan ibunya sebegitu rupa. Mungkin juga si anak akan menyalahkan ayahnya kerana tergamak meninggalkan ibu terkapai-kapai meneruskan hidup bersama anak-anak yang masih kecil . Malang bagi si ibu apabila terpaksa menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah kebajikan sehinggalah meninggal dunia.


Seandainya kisah sedih ini dinilai berlandaskan emosi yang tidak dipandu syarak, maka akan terlihat oleh akal bahawa ini adalah permasalahan picisan kehidupan peribadi atau keluarga itu semata-mata.


Tidak dinafikan, memang benar si anak berdosa besar memperlakukan ibu yang sepatutnya dilayan dengan penuh kasih sayang sebegitu rupa. Tidak terlepas juga dosa si suami yang mengabaikan tanggungjawabnya dengan menghilangkan diri begitu sahaja. Malang sungguh si ibu yang tidak kembali kepada aqidah Islam sebagai tolok ukur sebelum melakukan perbuatannya yang hanya berpaksikan niat yang suci murni tanpa memikirkan dosa iaitu melacurkan diri untuk mencari sesuap nasi demi menyara kehidupan anak-anak yang masih kecil .


Namun, sebaliknya jika kepimpinan berfikir dilandasi aqidah Islam tatkala meneliti realiti kehidupan yang terhidang di hadapan mata, sudah pasti yang terpancar dari akal yang cemerlang itu, ini adalah satu petanda yang terkait dengan permasalahan sebuah sistem kehidupan ataupun ideologi(mabda).


Tindakan nekad si ibu malang itu bergelumang dengan dosa melacurkan dirinya demi sesuap nasi bagi memenuhi keperluan asas(hajatul udowiyah), sudah pasti mengetuk kotak pemikiran seorang Muslimah yang prihatin untuk terfikir, apakah mabda’ Islam tidak membela umatnya??


Yakinlah, Islam sebagai suatu ideologi dan cara hidup yang sahih pasti mampu menangani masalah kemiskinan sebegini. Namun yang pasti ianya mestilah diterapkan sebagai sebuah sistem yang menyeluruh dan bersepadu tanpa mengabaikan mana-mana aspek sekalipun. Dalam menangani perkara di atas, Negara akan menjamin dan memastikan keperluan asas (makanan, pakaian, tempat tinggal) dipenuhi. Ini dilakukan dengan menerapkan hukum yang mana lelaki wajib mencari nafkah untuk diri dan keluarganya sebagaimana firman Allah: “Kewajipan ayah memberikan makan dan pakaian kepada ibu dengan cara maaruf” [TMQ Al-Baqarah (2):233].


Jika si ayah tidak mampu bekerja dan mencari nafkah dengan sebab-sebab tertentu maka kewajipan tadi menjadi tanggungjawab kerabat atau saudara mara terdekat yang mempunyai hubungan darah untuk memenuhinya sepertimana yang termaktub dalam firman Allah Subhanahu wa Taala : ”Dan kewajipan ayah memberikan makan dan pakaian kepada ibu dengan maaruf. Seseorang tidak dibebani melainkan dengan kadar kesanggupannya. Janganlah seseorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya. Dan warispun berkewajipan demikian.” [TMQ Al-Baqarah (2):233].


Jika seseorang itu miskin dan tiada waris mahupun kerabat terdekat yang mampu membantunya, maka menjadi kewajipan Negara untuk memberi nafkah melalui Baitulmal (kewangan Negara).


Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam : “Siapa saja yang meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya, dan siapa saja yang meninggalkan ‘kalla’ (sebatang kara iaitu orang yang lemah tidak mempunyai anak dan ibu bapa), maka dia menjadi kewajipan kami” [HR Muslim].


Peranan Negara dalam menjamin pemenuhan keperluan asas boleh dilihat jelas di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab yang mana sistem Islam berlandaskan aqidah Islam diterapkan. Pemimpin Islam dengan gelaran Amirul Mukminin ini sangat prihatin dalam hal-ehwal kebajikan rakyatnya dan merupakan pemimpin yang sangat bertanggungjawab dan amanah. Beliau sering meronda mengelilingi kota dan kampung untuk meninjau hal-ehwal umatnya. Tergamam beliau setelah mendapati dirinya hampir mengabaikan keperluan umatnya tatkala mendengar rintihan sayu seorang ibu sedang memujuk anak-anaknya yang menangis kelaparan. Si ibu sanggup merebus batu-batuan dengan harapan anak-anaknya menyangkanya sedang memasak makanan dan oleh kerana terlalu lama menunggu mereka pun tertidur. Khalifah Umar yang mendengar keluhan dan aduan si ibu mengenai dirinya tanpa melengahkan masa bergegas ke Baitulmal untuk mendapatkan beberapa karung gandum dan beliau sendiri yang memikul bekalan makanan tadi dan memasaknya untuk si ibu serta anak-anaknya yang kelaparan. Begitulah prihatinnya pemimpin Islam yang bertaqwa. Mendengar rintihan si ibu dan rengekan anak-anak kecil yang kelaparan sahaja sudah cukup membuatkan Khalifah Umar terpanggil untuk menjalankan kewajipannya terhadap umat yang telah diamanahkan oleh Allah Subhanahu wa Taala.


Persoalannya kini, apakah pemimpin kita begitu prihatin dengan keadaan umatnya? Jika ya, bagaimana pula si ibu tadi terpaksa menggadaikan kehormatan dan maruahnya demi memastikan anak-anaknya tidak kelaparan? Dan tergamak sungguh pemimpin kita berpegung teguh pada tali pemerintahan sekular-kapitalisme dan membiarkan seorang wanita hidup berdosa melacurkan dirinya demi mencari sesuap nasi?


Wahai pemimpin umat Islam yang sedang memegang amanah Allah, fahamilah sabda Rasulullah yang berbunyi “Pemimpin (penguasa) adalah pemelihara (rakyatnya) dan dia bertanggungjawab ke atas apa yang dipeliharanya” [HR al-Bukhari].


Rasulullah juga bersabda, “Pemimpin suatu kaum adalah khadam (pelayan) mereka” [HR Abu Nu‘aim]. Banyak lagi hadis-hadis yang senada yang menjelaskan kedudukan pemimpin terhadap orang yang dipimpin (rakyat); mereka adalah sebagai pelayan atau pengurus rakyat. Masihkah ada figura pemimpin yang bertaqwa seperti Khalifah Umar yang begitu menjaga amanah yang diberikan oleh Allah ini?


Saudaraku Muslimah yang dikasihi, sudah saatnya Negara ini diatur oleh syariat Islam. Hanya dengan syariat Islam yang diterapkan oleh negara melalui tegaknya undang-undang islam, masalah yang menimpa umat akan dapat diatasi secara menyeluruh. Ketahuilah tegaknya sebuah Negara yang menerapkan seluruh syariat Islam juga merupakan wujudnya ketaqwaan umat kepada Allah Subhanahu wa Taala . Ketaqwaan umat inilah yang akan menghasilkan keberkahan hidup, sebagaimana yang telah Allah janjikan. “Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi. Akan tetapi, mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu sehingga Kami menyiksa mereka disebabkan perbuatan mereka” [TMQ al-A‘raf (7): 96]. Allahu’alam

Ahad, 20 Disember 2009

PENDAFTARAN KE IPTA ONLINE

Permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Setaraf dilaksanakan menerusi aplikasi dalam talian secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi di sini semalam, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 November lalu dan tarikh tutup pada 31 Disember ini.

Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Februari 2010 mulai jam 12 tengah hari sehingga 30 Mac 2010.

Kenyataan itu berkata, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori A bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Bagi pemohon fasa satu, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti kokurikulum yang disertai.

Bagi pemohon fasa dua pula, mereka perlu membuat permohonan dengan menggunakan nombor unik ID dan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan.

"Pemohon boleh mendapatkan nombor unik ID yang boleh dibeli dengan harga RM10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui mesin ATM atau SMS (jarak) Banking (bagi pemegang akaun Giro di seluruh negara mulai 1 Februari 2010 sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Mac 2010.

"Pemohon dibenarkan membuat sekali permohonan sahaja dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 Mac 2010," kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel ke www.upu.mohe.gov.my.

Sehubungan itu, kementerian menasihatkan pemohon lepasan SPM 2009 supaya memohon pada fasa satu, bagi meningkatkan kelancaran sekali gus mengurangkan tempoh masa mengemukakan permohonan mereka pada fasa dua nanti.


sumber: Bernama 

ZIKIR DAN FIKIR

Adakah kita seringkali terdetik di kalbu, perasaan ingin disenangi oleh Allah?


Sesungguhnya sifat manusia mudah alpa dan leka, hanya menginginkan yang zahir dan duniawi yang terungkap, perasaan ingin dikasihi manusia, sedangkan jika kemahuan untuk mendekat kepada Ilahi itu melangit, memungkinkan lahirnya hablun minannas itu lebih kukuh dan erat, kerana lahirnya keredhaan Allah pada diri kita.


Mengungkap sejarah di zaman Nabi saw, pabila mana seorang sahabat yang bernama Zaid al-Khair bertanyakan kepada Rasulullah saw, akan peri gusar hatinya bila mengenangkan perasaan samada dia disenangi oleh tuhan semesta alam. Perasaan tersebut yang mengganggu hati, diungkapkan kepada Nabi dengan harapan akan reda keresahan yang melanda dengan kata-kata Nabi yang menenteramkan jiwa.


Sebetulnya, tidak pernah Rasulullah saw menggariskan kepada para sahabat akan sebarang tanda, orang-orang yang disenangi dan dikehendaki oleh Allah swt. Lalu Baginda bertanya, “ Bagaimana keadaan kamu pada pagi hari ini wahai Zaid?”


Jawapan Zaid inilah yang patut kita hadapi dan cuba meneladaninya dengan wajar. Pertama kata Zaid akan perasaan senangnya dia pada kebaikan yang berlaku. Kedua, dia berasa senang pada orang-orang yang melakukan kebaikan. Ketiga, dia sendiri berasa senang bilamana dirinya sendiri berbuat kebaikan dan keempat, dia berasa susah hati tatkala kesempatan untuk berbuat kebaikan itu hilang. Rasulullah saw menyambut kata-kata Zaid ini dengan menyatakan bahawa inilah tanda-tanda orang yang dikehendaki dan disenangi oleh Allah swt dengan kehendak yang baik.


Ekoran daripada itu, nama Zaid al-Khair yang membawa maksud al-Khair iaitu kuda telah Rasulullah s.a.w tukar kepada Zaidun al-Khair yang membawa maksud Zaid yang baik. Perasaan yang hakiki pabila merasa diri ini dekat kepada Allah s.w.t, menjadi hamba-Nya yang kukuh iman dan teguh sifat ihsan. Merasa sepi pabila diri tidak sujud syukur di sepertiga malam, gembira menabur bakti kepada segenap ruang kebaikan dan menginsafi akan dosa-dosa yang acapkali mengikat hati ke arah pintu kebatilan.


Dalam surah ar-Furqan ayat 63 hingga 76, telah digariskan satu check–list oleh Allah s.w.t akan sifat-sifat manusia yang layak menjadi hamba-Nya. Layakkah kita, sedari kecil dilahirkan dalam nikmat Islam dan kini telah meniti usia, mengaku hamba di sisi-Nya? Jika tidak, kita hamba siapa?


Suatu ketika, pabila mana Rasullulah s.a.w melintasi sekumpulan sahabat yang duduk sesama mereka lalu Rasullulah s.a.w bertanya, “ Mengapa kamu semua duduk di sini?” Lalu seorang sahabat menjawab, “ Kami duduk berzikir kerana nikmat Islam yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kami.” “ Adakah kamu hanya duduk-duduk berzikir sahaja, tiada hal yang lain?” tanya Rasulullah kepada mereka lagi. Jawapan yang diterima mengiyakan soalan tersebut. Lalu Rasullullah saw menerangkan kepada mereka bahawasanya tidaklah Baginda mencurigai perbuatan sekalian sahabat tersebut melainkan Allah s.w.t membangga-banggakan mereka di hadapan para malaikat.


Alangkah berbahagianya mereka kerana ibadat zikrullah itu diterima Allah dan disampaikan pujian melalui lidah Rasullullah s.a.w sendiri ketika masih hidup di dunia. Itulah antara faedah zikir kepada Allah swt.


Tidakkah kita ingin Allah berasa senang kepada kita, malah lebih daripada itu sebenarnya kita inginkan kerana kecintaan Allah kepada hamba-hambaNya adalah yang teragung, manakan terbanding dengan cinta manusia yang bersifat sementara.

SALAM MAAL HIJRAH 1431H UNTUK SEMUA


1431 H : BILA KITA NAK HIJRAH ??

Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.


Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.


Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.


Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.


Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.


Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.


Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.


Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.Salam Awal Muharam.

Khamis, 3 Disember 2009

Nisa Jasin : Program Kem Bistari Muslimah Mithali


Dewan Muslimat Pas Kawasan Jasin dengan kerjasama Nisa Kawasan Jasin telah menganjurkan satu program kem bistari muslimah mithali pada 1 Disember 2009 hingga 3 Disember 2009 bertempat di Balai Islam Azzawiyah Umbai. Program yang merupakan salah satu daripada agenda tahunan Dewan Muslimat Pas Kawasan Jasin ini turut disertai seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan sekolah menengah dan muslimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendekatan yang meluas kepada remaja khususnya remaja muslimah berkenaan dengan gerak kerja organisasi dan kepimpinan.

Selain itu, kem yang diadakan ini juga bertujuan untuk membentuk keperibadian remaja khususnya remaja perempuan berkaitan dengan pembentukan akhlak dan sahsiah diri selain menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak muslimah solehah. Menurut pengarah program , Puan Hjh Shopiah binti Ahmad, program yang dianjurkan pada tahun ini lebih berjaya berbanding dengan  tahun-tahun yang sebelum ini dan berjaya menarik perhatian remaja khususnya daripada pelbagai latar belakang dan pemikiran keluarga. Di dalam program ini, peserta didedahkan dengan apa yang dikatakan sebagai Nisa dan Muslimat dan bagaimana ianya bergerak.

Pengarah yang juga timbalan ketua muslimat negeri turut menyatakan bahawa pada masa kini,kem yang dianjurkan ini juga adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri anak-anak remaja khususnya remaja muslimah dalam menghadapi cabaran dan juga dugaan yang berlaku apabila berada dalam situasi kehidupan yang sebenar. Antara pengisian yang disediakan antaranya slot motivasi, uji minda, gerak kerja berkumpulan, qiamullail dan kapsul iman. Menurut pandangan dari salah seorang dari pimpinan yang turut hadir, Puan Hjh Kintan Man, program yang diatur ini sememangnya memberikan kesan yang mendalam didalam jiwa para peserta malahan ada peserta yang mudah untuk menitiskan air mata dek kerana insaf atas segala kekurangan yang ada pada diri. Menurut beliau lagi, dewasa ini, ibu bapa lebih banyak mementingkan kepada pencapaian akademik berbanding pembentukan sahsiah dan akhlak anak-anak. Penekanan terhadap akhlak dan juga pembinaan jatidiri adalah perlu bagi seseorang remaja yang bakal menjadi salah satu daripada aset negara dan agama. pemumpuan terhadap akademik dan pencapaian luaran tidak boleh dijadikan kayu ukur bagi menilai peribadi seseorang dan beliau yang juga naib ketua muslimat kawasan jasin juga merasakan program ini mempunyai manfaat dan sewajarnya diteruskan.

Salah seorang daripada peserta yang kali pertama mengikuti program ini, adik  Nursyahirah Aqilah binti Jalil menyifatkan program yang dianjurkan ini banyak memberikan pendedahan kepada beliau bagaimana untuk membentuk sahsiah dan peribagi seorang muslimah yang berwibawa dan sejati. Selain itu, menurut adik syahirah lagi, disamping dapat bertemu dengan kawan-kawan dari kawasan yang lain, melalui program ini juga, beliau dapat mengetahui siapakah yang dimaksudkan dengan nisa dan muslimat serta bagaimana ianya beroperasi. Menurut Adik Nusaibah binti Mohd Nazri, 13, pula, melalui program yang dianjurkan ini , para peserta akan dapat mengetahui pelbagai ilmu baru disamping menyemaikan semangat ukhuwah islamiah dan tanggungjawab.Pelajar maahad Hafiz kelang ini berpuashati dengan segala aktiviti yang dianjurkan serta dikendalikan oleh fasilitator yang berkelayakan dan mencadangkan agar program yang seumpama ini diadakan setiap tahun.

Terdahulu dalam majlis yang sama juga, para peserta turut melafazkan ikrar akan berusaha untuk menjana diri dan pemikiran menjadi Nisa dan Muslimah yang berdisiplin dan akan melaksanakan segala tanggungjawab yang bakal diamanahkan nanti.

sumber: Jasindaily

Rabu, 2 Disember 2009

Feqh NIsa' : Hukum Sertai Demo

Soalan:
Apakah hukumnya kaum wanita melakukan masirah (perarakan) di jalan raya atau tempat terbuka, kemudian di sana mereka melakukan seruan?


Jawapan:
Masîrah secara harfiah bererti perjalanan, samada secara senyap ataupun disertai dengan ucapan. Dalam kamus al-Mawrîd, disebutkan bahwa masîrah bererti berbaris, atau perarakan; juga disamakan dengan demonstrasi- namun demonstrasi lebih tepat disebut sebagai muzhâharah.[1]


Menurut perspektif etimologi, sememangnya terdapat perbezaan antara masîrah dan muzhâharah. Kepada kaum sosialis, muzhâharah (demonstrasi) itu dilakukan dengan disertai pemboikotan, mogok, rusuhan, dan perlakuan ganas yang merosakkan harta benda awam . Tujuannya supaya objektif revolusi mereka tercapai..[2] Sedangkan masîrah tidak lebih dari satu perantaraan atau cara untuk menyampaikan pendapat dan tuntutan, mahupun bantahan terhadap pendapat atau dasar-dasar yang dijalankan oleh para penguasa; bukan sahaja pemerintah, tetapi semua golongan yang memegang tampuk kekuasaan, sama ada badan legislatif (pembuat undang-undang), badan eksekutif (pelaksana undang-undang), badan judikatif (kehakiman), parti yang sedang berkuasa, ataupun golongan yang memegang kekuasaan; seperti pasukan polis dan tentera. Pendapat, tuntutan, atau bantahan tersebut disampaikan dalam bentuk seruan (dakwah) atau teguran (muhâsabah); tanpa disertai dengan perbuatan yang bertentangan dengan misi dakwah dan muhâsabah itu sendiri— seperti melakukan mogok, rusuhan dan keganasan mahupun kerosakan.


Dengan demikian, hukum asal masîrah itu sendiri mengikuti hukum uslûb yang status asalnya adalah mubah. Sebagaimana uslûb (cara) yang lain, masîrah sebagai salah satu uslûb boleh digunakan untuk melaksanakan kewajipan, seperti menyampaikan seruan kepada para penguasa yang zalim atau menegur(muhasabah) kesilapan pemerintahan mereka. Hal ini adalah usaha untuk melaksanakan sabda Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.:


Ketahuilah, bahawa sesungguhnya jihad yang paling baik adalah (menyatakan) pernyataan hak kepada penguasa yang zalim. [HR al-Hakim].


Oleh itu, statusnya sebagai uslûb yang mubah tetap tidak akan berubah menjadi wajib; sekalipun uslûb tersebut boleh digunakan untuk melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu kewajiban.


Sebagai uslûb yang memang mubah, masîrah tidak boleh disertai dengan perkara-perkara yang diharamkan, seperti melakukan mogok, rusuhan, dan keganasan; termasuk laungan-laungan dan seruan yang disampaikan pada ketika masîrah(perarakan) itu sedang berlangsung. Oleh itu, dalam hal ini, perlu diperhatikan tiga perkara berikut:


1. Al-jur’ah bi al-haq, iaitu lantang dan berani dalam menyuarakan kebenaran (Islam);
2. Al-Hikmah fi al-Khithâb, iaitu bijak dalam menyampaikan seruan (syarahan);
3. Husn al-Hadits, iaitu baik dalam tutur bahasa.




Mengenai boleh atau tidak wanita melakukan masîrah, jelas hukumnya adalah mubah:
Pertama, dilihat dari aspek penglibatan mereka (kaum wanita) menyertai masîrah(perarakan), atau rombongan perjalanan bersama kaum lelaki di tempat umum. Dalam hal ini dibolehkan, sama ada dengan atau tanpa mahram. Dalilnya, pada ketika hijrah ke Habsyah, selain kaum lelaki juga terdapat 16 kaum wanita yang ikut serta dalam rombongan perjalanan tersebut.[3]


Kedua, dilihat dari aspek ucapan seruan, pidato atau penyampaian pendapat di tempat umum hukumnya juga mubah; dilihat dari sudut bahawa suara wanita jelas bukan merupakan aurat. Ini dibuktikan dengan tindakan para sahabat lelaki yang biasa bertanya kepada Saidatina‘Aisyah, jika mereka mempunyai sebarang permasalahan atau persoalan termasuk mengenai kehidupan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam


Di samping itu, boleh juga dilihat dari sudut penyampaian pendapat atau bantahan. Dalam hal ini, Ijma’ Sahabat telah menyatakan kemubahan sikap seorang wanita membantah dasar-dasar yang dibuat oleh penguasa, sebagaimana yang dilakukan oleh seorang wanita terhadap ‘Umar bin al-Khatthab selaku khalifah dalam urusan penetapan mahar. (Lihat penuturan Abu Hatim al-Basti, dalam Musnad sahihnya, dari Abu al-Ajfa’ as-Salami).


Dalam hal ini, tidak seorang sahabat pun yang melarang tindakan wanita tersebut; malahan mereka hanya membiarkannya. Padahal, tindakan tersebut dilakukan di tempat umum, di hadapan semua orang, dan jika bertentangan dengan hukum, perkara tersebut pastinya telah dilarang oleh mereka.[4]


Tindakan muhâsabah seperti ini juga telah dilakukan oleh para Sahabiyah, seperti yang dilakukan oleh Asma’ binti Abu Bakar ketika menegur dan membetulkan tindakan para penguasa Bani Umayah yang selalu menghina keluarga ‘Ali bin Abi Thalib di atas mimbar-mimbar masjid.[5]


Dalil-dalil di atas dengan jelas membuktikan, bahawa masîrah (perarakan) sebagai sebuah uslûb (cara) untuk berdakwah dan menyampaikan pandangan hukum syarak atau bantahan terhadap pelanggaran hukum syarak jelas hukumnya mubah. Kemubahan tersebut juga diguna pakai bukan hanya untuk kaum lelaki, tetapi juga untuk para wanita. Sebagaimana dalil-dalil dan alasan yang dikemukakan di atas. Wallâhu a‘lam.


[1] Ba’albakki, Qamus al-Mawrid: Arabiyyah-Injeliziyyah, materi: Masirah.
[2] V.I. Lennin, Where to Begin, dalam V.I. Lenin, Collected Works, cet. IV, Foreign Languages Publishing House, Moscow, 1961, V/13-24.
[3] Ibn Hisyam, As-Sîrah an-Nabawiyyah, ed. Thaha ‘Abd ar-Ra’uf Sa’ad, Dar al-Jil, Beirut, cet. I, 1411, V/15.
[4] Al-Qurthubi, al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, ed. Ahmad ‘Abd al-’Alim al-Barduni, Dar as-Sya’b, Beirut, cet. II, 1372, V/99.
[5] Al-Ya’qubi, Târîkh al-Ya’qûbi, Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, Beirut, t.t.

Syariat Islam Membebaskan Wanita Dengan Menutup Aurat ??

Saat ini merupakan satu detik dan ketika yang amat tepat untuk Muslimah menghentikan perdebatan dan berbagai rupa serangan ke atas cara pemakaian Muslimah. Sememangnya sudah tiba masanya kita mendedahkan segala pembebasan palsu keatas wanita Muslimah yang didakwa oleh konsep kebebasan ala Barat. Serangan-serangan oleh para pemimpin dan politikus Barat ke atas pemakaian hijab, jilbab(jubah) dan niqab (purdah) menunjukkan mereka sebenarnya menggunakan ‘purdah’ mereka untuk menutup kegagalan mereka dalam meyakinkan wanita Muslimah tentang cara hidup sekular.


Muslimah di Britain juga memainkan peranan untuk membuktikan kepada sebahagian besar masyarakat bahawasanya hukum buatan manusia dan kehendak manusia yang sebenarnya menindas golongan wanita – bukannya Islam. Seandainya ada tudung ataupun kerudung yang perlu disingkap, ianya tak lain tak bukan adalah tudung penipuan dan fitnah yang menyelubungi isu pemakaian menutup aurat dan perlakuan sebenar Islam ke atas wanita.


“Dan siapakah yang lebih baik perkataannnya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)?” [TMQ Al Fussilat (41) : 33]


Dengan demikian, apabila ada golongan yang berkata, pakaian yang menutup aurat ini menindas kita, respon yang sepatutnya adalah, TIDAK! Pakaian inilah yang menceritakan semula bagaimanakah hubungan lelaki dan wanita di dalam sebuah masyarakat, iaitu bukan sebagai satu objek pemuas nafsu serakah manusia, tetapi sebagai satu makhluk yang mempunyai sumbangan penting dalam pembinaan individu-individu yang membentuk halatuju sebuah masyarakat.


Pada ketika terdapat golongan yang berkata, kita dipaksa oleh kaum lelaki untuk memakai pakaian yang menutup aurat, jawapannya –TIDAK! Sebenarnya kaum lelaki lah yang dipaksa oleh pakaian ini untuk menghargai wanita sebagai warga masyarakat yang mempunyai taraf yang sama dengan mereka dan bukannya sebagai satu boneka pemuas nafsu ghairah mereka.


Begitu juga apabila terdapat golongan yang berkata, pakaian menutup aurat ini merampas kebebasan kita, respon yang sepatutnya adalah “ Apa masalahnya??! – Mengapakah kita perlu untuk menerima “nilai kebebasan” yang telah membawa seribu satu macam penyeksaan kepada sebahagian besar wanita ini. Nilai-nilai yang kononnya dikatakan sebagai kebebasan ini, telah di zahirkan dengan jelas oleh negara-negara Barat dengan pengharaman hijab – iaitu ianya ternyata sebuah “kebebasan yang datang pada hari ini dan pergi keesokan harinya!”


Seperkara lagi yang perlu diperjelaskan adalah, sesungguhnya kaum Muslimah tidak berpakaian kerana mereka bebas memilih apa yang ingin di pakai – kerana sekiranya kita menerima idea kebebasan memilih cara pemakaian sesuka hati, ini bermakna kita juga menerima kebebasan untuk golongan wanita bebas tidak berpakaian mengikut sesuka hati mereka. Sudah tentu kita sebagai seorang yang beriman tidak akan melakukan perkara sebegini.


Hakikatnya, kita sebagai Muslimah, berpakaian menutup aurat semata-mata kerana ianya adalah satu Perintah dari Maha Pencipta. Cara pemakaian Islam (menutup aurat) dan undang-undang sistem sosial Islam yang lain seperti larangan ikhtilath(percampuran) antara lelaki dan wanita, larangan pornografi dan pelacuran dalam masyarakat, larangan sumbang mahram dan berzina adalah hukum-hukum syarak yang yang diturunkan Allah untuk menjamin martabat wanita tidak dihina. Ianya juga adalah hukum-hakam yang benar-benar memastikan hubungan seksual dan yang sepertinya hanya dibenarkan dengan ikatan perkahwinan yang sah. Inilah juga hukum-hakam yang memelihara interaksi diantara lelaki dan wanita di dalam masyarakat di mana sebarang perasaan ataupun emosi yang mungkin wujud di antara kedua-dua jantina ini semasa berinteraksi, disalurkan mengikut hukum syarak dan tidak menghalang hubungan yang sihat untuk kedua-dua jantina ini bekerjasama sebagai satu masyarakat.


Inilah pembebasan sebenar yang bakal dibawa oleh masyarakat Islam dibawah naungan Daulah Khilafah ke atas wanita dan masyarakat. Wallahu 'alam bi shawab