Penyokong

Memaparkan catatan dengan label FEQH MUSLIMAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FEQH MUSLIMAH. Papar semua catatan

Isnin, 23 Januari 2012

HAK HARTA SEPENCARIAN


Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripda Undang-Undang Islam di Malaysia.Dalam Al-Quran ada menyebut:

Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan".                                                        (Surah An-Nisaa' : 32)

Dalam ayat ini dapat kita fahami bahawa hak wanita dalam harta benda itu bergantung dari apa yang diusahakan.Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, harta sepencarian ditakrifkan sebagai:"Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak'.

Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (Mufti Negeri Perak Sekarang) ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang (1983, Jld. 2 J.H.) harta sepencarian ditakrifkan:"Harta yang diperolehi bersama-sama suami isteri itu hidup bersama dan berusaha, sama ada keuda-dua pasangan itu sama-sama bekerja dalam bidang yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi sama ada dibahagikan tugas atau tidak".

Satu contoh kes di mana sepasang suami isteri memperolehi harta semasa berkahwin kemudian mereka bercerai. Persoalan yang timbul ialah bagaimana prinsip harta itu dibahagikan. Menurut Yang Arif Datok Wan Ismail bin Mohammad Salleh ketika memberi keputusan Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan kes Anita binti Abdullah lwn Zainuddin bin Hj. Ariffin (1982, 4, JH 73) menyatakan:

1. Jika ada keterangan yang cukup siapa yang mengusahakan harta itu maka hasil itu terpulang kepadanya;

2. Jika tidak ada keterangan yang cukup di atas usaha masing-masing, mereka dikehendaki bersumpah. Apabila bersumpah semuanya, maka harta itu dibahagikan sama banyak juga. Jika semuanya enggan bersumpah dibahagikan sama banyak juga. Jika salah seorang enggan bersumpah, maka harta itu terpulang semua kepada yang bersumpah. Jika salah seorang atau semuanya telah mati maka hukum bersumpah itu dipertanggungjawabkan ke atas waris si mati sekiranya waris itu menuntut.

3. Jika berlaku adat kebiasaaan bahawa salah seorang daripada suami isteri itu berusaha lebih dari yang lain, maka persetujuan pembahagian hendaklah mengikut adat kebiasaan itu. Jika persetujuan tidak didapati maka pembahagiannya adalah seperti (a) dan (b) di atas.

Menurut Ahmad Ibrahim ketika memberi keputusan Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan bagi kes Mansur lwn Kamariah (1988, Jld. VI, 2 J.J.) tentang harta sepencarian menyatakan:

"Apabila timbul pertikaian mengenai kadar pembahagian harta sepencarian, jika tidak terdapat persetujuan, keputusan diserahkan kepada hakim yang menggunakan budibicaranya". Ini bermakna hakim akan membuat keputusan sendiri berdasarkan budi bicaranya".

Persoalan yang timbul ialah bagaimana kedudukan seseorang isteri yang hanya bertugas sebagai suri rumahtangga sepenuh masa, adakah ia berpeluang menuntut harta sepencarian? Dalam kes Boto' binti Taha lwn Jaafar bin Muhammad (1984, 1 J.H.) telah diputuskan bahawa seorang isteri yang hanya bertugas menolong suami berhak mendapat harta sepencarian.

Fakta kesnya adalah seperti berikut:

Pihak menuntut (isteri) telah menuntut harta sepencarian dari bekas suaminya separuh dari harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan. Harta-harta itu termasuk tanah, rumah, perahu, jala ikan dan warung ikan (gerai tempat menjual ikan). Apabila ia (isteri) berkahwin dengan pihak yang kena tuntut (suami) pihak yang menuntut telah meninggalkan kerjayanya sebagai pembantu kedai di sebuah restoren dan bertugas sebagai suri rumah di samping membantu tugas-tugas suami.

Yang Arif Hakim Saleh Abas (ketika itu) ketika memutuskan kes itu menyatakan:
"Pihak menuntut (isteri) menemani pihak kena tuntut boleh dikira sebagai usahanya bersama atau sumbangannya memperolehi pendapatan yang mana telah menghasilkan harta itu. Memang betul bahawa pihak menuntut (isteri) tidak mengambil bahagian langsung dalam perniagaan ikan dengan pihak kena tuntut (suami) akan tetapi kesediaannya berdampingan dengan pihak kena tuntut adalah menghasilkan ketenangan fikiran yang membolehkannya berniaga dengan berkesan. Oleh tu adalah kenyataan perkahwinan mereka dan apa yang mereka berbuat semasa perkahwinan yang menjadikan harta itu sebagai harta sepencarian".

Menurut Kadi Besar Pulau Pinang, Yang Arif Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (Mufti Negeri Perak Sekarang) ketika memutuskan kes Nor Bee lwn Ahmad Shanusi (1978, Jld. 1, 2 J.H.) mengenai harta sepencarian:"Harta sepencarian diluluskan oleh Syarak atas dasar khidmat dan perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga ketika suami keluar mencari nafkah. Isteri menurut Syarak berhak mendapat orang gaji dalam menguruskan rumahtangga. Jika tiada orang gaji maka kerja memasak, membasuh dan mengurus rumah hendaklah dianggap sebagai sebahagian dari kerja yang mengurangkan tanggungan suami".

Ini bermakna seseorang suri rumahtangga berhak menuntut harta sepencarian dari suaminya.Harta sepencarian adalah satu prinsip yang berasaskan adat temenggung dan diterima pakai di dalam undang-undang kekeluargaan Islam di negeri-negeri dalam Malaysia. Ia bermaksud harta yang diperolehi oleh suami atau isteri sepanjang tempoh perkahwinan yang perlu dibahagikan di antara mereka selepas berlaku perceraian. 

Menurut konsep harta sepencarian mana-mana pasangan tetap berhak kepada harta sepencarian walaupun dia tidak berkerja. Ini bermaksa seseorang isteri yang menjadi surirumah tetap berhak mendapat sebahagian dari harta suaminya jika mereka bercerai dengan syarat harta tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan.Dalam kes Robert alias Kamarulzaman lwn Umi Kalsom (1966) 1 MLJ 163, sepasang suami isteri membeli sebuah rumah di Setapak dengan harga $50,000 dengan sumbangan dari suami sebanyak $40,000 dan baki $10,000 dibayar oleh isteri. Rumah itu didaftarkan di atas nama isteri. Apabila bercerai, Robert menuntut bahagiannya berasaskan nisbah sumbangan yang diberikan. Mahkamah membuat keputusan berasaskan prinsip harta sepencarian dengan mengarahkan harga rumah tersebut dibahagi dua di antara plaintiff dan defendan.

Dalam kes Tengku Anun Zaharah lwn Dato' Dr. Hussein, Jernal Hukum Jilid III Bah. 1, Sept. 1983, 125, defendan (bekas suami) adalah seorang hartawan yang memiliki antara lain 6 bidang tanah, 6 lot rumah kedai di Wisma Central, beberapa buah rumah dan kenderaan. Plaintiff menuntut sebuah rumah, sebuah kereta dan beberapa harta lain di bawah harta sepencarian.

Defendan mendakwa bahawa plaintiff tidak memberikan apa-apa sumbangan dalam usaha mendapatkan harta benda tersebut kerana plaintiff adalah seorang suri rumah.Mahkamah memutuskan bahawa walaupun plaintiff tidak menyumbang secara langsung dalam pemerolehan harta, namun plaintiff tetap berperanan penting sebagai isteri yang memberikan ketenangan jiwa, kedamaian dan sokongan moral kepada suami sehingga membolehkan defendan memperolehi harta tersebut.

Harta sepencarian tidak dilihat dari sudut usaha memperolehi secara sempit sebaliknya melihat kepada peranan kedua-dua suami dan isteri yang berkongsi hidup selama mereka dalam ikatan perkahwinan. Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan tuntutan harta sepencarian plaintiff termasuk 3 ekar tanah yang didaftarkan di atas nama defendan.

sumber : Laman iluvislam.com

Selasa, 6 Disember 2011

Puasa Hari Asyura


Assalamualaikum .. Salam Mesra buat semua Reader yang dirahmati Allah
Beberapa hadis tentang kafiat puasa Hari Asyura
"Ibn Abbas (r.a) menceritakan; "Apabila Rasulullah  datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa."
"
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
"Aisyah (r.a) berkata; "Rasulullah  mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)."
"
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
"Dari Aisyah (r.a) katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah  juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."
"
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Berikut seperti diatas adalah hadis sahih mengenai kebolehan mengerjakan atau meninggalkan puasa sunat Hari Asyura. Ibn Hajar Al-asqalani dan Imam Muslim ketika menghuraikan hadis tentang puasa Asyura ini menyatakan ia merupakan sejenis ibadah sunat yang amat dituntut dan digalakkan untuk dikerjakan oleh umat Islam.

 

Rabu, 30 November 2011

HUKUM MUSLIMAH NAIK KENDERAAN BERSENDIRIAN TANPA MAHRAM ?

Assalamualaikum

Soalan : Adakah seorang wanita dibolehkan menaiki kenderaan persendirian bersendirian tanpa seorang Mahram, jika pemandunya adalah seorang kenalan keluarganya?

Jawapan :
1. Peraturan yang berkaitan di rumah(tempat khusus) juga digunakan untuk kenderaan persendirian kerana kedua-duanya memerlukan keizinan untuk memasukinya (menaiki kenderaan).
2. Oleh yang demikian, tidak ada sesiapa pun dibenarkan untuk berada bersama seorang wanita dalam kenderaan tersebut kecuali Mahram atau suaminya, seperti dia berada di rumah.
3. Tidak ada yang terkecuali dari itu, melainkan apa yang telah dikecualikan oleh nas mengenai peraturan dirumah(tempat khusus) seperti hubungan persaudaraan yang mempunyai pertalian darah sama ada mereka Mahram, seperti bapa saudara atau yang bukan Mahram seperti sepupu lelaki, adalah dibolehkan jika untuk melawat saudaranya. Contohnya, ketika jamuan keramaian dan sebagainya, kerana secara amnya nas menjelaskan mengenai hubungan persaudaraan yang mempunyai pertalian darah: keperluan akan ikatan persaudaraan, serta menggalakkan hubungan persaudaraan yang bertalian darah tetapi bukan Mahram, tanpa melakukan khalwat. Begitu juga dalam keadaan yang lain, jika terdapat nas yang membenarkan Ijtima’ (perjumpaan) diantara lelaki dan wanita di rumah.
4. Satu lagi pengecualian yang disebut untuk kenderaan persendirian, ialah dibolehkan seorang wanita itu untuk menaiki sesuatu kenderaan jika pemandunya mempunyai pertalian darah dengannya(saudara), tetapi bukan dalam keadaan berkhalwat. Ini bermakna, wanita itu disertai oleh kenalannya atau kenalan pemandu kenderaan tersebut, sama ada mereka adalah Mahramnya atau pun tidak.

Dalilnya adalah sebuah hadis yang diceritakan oleh Asma (semoga Allah merahmatinya) dan diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Asma Binti Abi Bakar (semoga Allah Merahmati mereka), di mana dia berkata:

تَزَوَّجَنِي الزُّبَيْرُ ... وَكُنْتُ أَنْقُلُ النَّوَى مِنْ أَرْضِ الزُّبَيْرِ الَّتِي أَقْطَعَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى رَأْسِي وَهِيَ مِنِّي عَلَى ثُلُثَيْ فَرْسَخٍ فَجِئْتُ يَوْمًا وَالنَّوَى عَلَى رَأْسِي فَلَقِيتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَمَعَهُ نَفَرٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَدَعَانِي ثُمَّ قَالَ إِخْ إِخْ لِيَحْمِلَنِي خَلْفَهُ فَاسْتَحْيَيْتُ أَنْ أَسِيرَ مَعَ الرِّجَالِ وَذَكَرْتُ الزُّبَيْرَ وَغَيْرَتَهُ وَكَانَ أَغْيَرَ النَّاسِ فَعَرَفَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنِّي قَدْ اسْتَحْيَيْتُ فَمَضَى ....

“Aku berkahwin dengan Al –Zubair. Dan aku biasanya membawa biji benih diatas kepala aku dari ladang Al-Zubair yang diberi oleh Rasulullah (Sallallahu Alaihi wa Sallam), dimana ladang tersebut terletak sejauh lebih kurang satu pertiga Farsakh (parasang), dan suatu hari ketika aku membawa biji benih diatas kepalaku, aku bertemu dengan Rasulullah berserta dengan beberapa lelaki Ansar, beliau memanggil aku dan menyuruh aku menunggang dibelakangnya. Aku merasa malu untuk berjalan bersama –sama dengan lelaki-lelaki tersebut dan aku teringat Al-Zubair seorang yang cemburu, jadi Rasulullah (Sallallahu Alaihi wa Sallam) mengetahui bahawa aku malu, lalu beliau berjalan bersama.” (Farsakh (parasang) adalah lebih kurang 3 batu iaitu lebih kurang 5.5 kilometer).

Pemahaman dari hadis ini adalah seperti berikut:
Rasulullah (Sallallahu Alaihi wa Sallam) membenarkan Asma menunggang dibelakang kuda beliau dimana ia adalah kenderaan persendirian dan bukan kenderaan awam.

Rasulullah (Sallallahu Alaihi wa Sallam)) berjalan berserta dengan beberapa orang sahabatnya (semoga Allah merahmati mereka) didalam sebuah kafilah (kumpulan).

Adalah sangat jelas bahawa perjalanan itu pendek dan bukan yang panjang dimana diperlukan seorang Mahram.

Juga, perbuatan Rasulullah berhenti untuk membenarkan Asma menunggang bersama-sama menunjukkan bahawa dia bersaudara dengan baginda dengan ikatan persaudaraan yang mempunyai pertalian darah, kerana Asma adalah kakak kepada Aishah –Ummul Mukminin (isteri Rasullullah).

Adalah difahami dari perbuatan Rasulullah (Sallahu Alaihi wa Sallam) yang berhenti itu, bahawa baginda sangat mengenali Asma kerana dia mempunyai ikatan persaudaraan yang rapat, dan dia adalah seorang wanita dari keluarga yang mempunyai hubungan persahabatan dengan pemilik kuda atau kenderaan persendirian, berdasarkan dari Ayat yang menyamakan hubungan persahabatan dengan hubungan persaudaraan yang mempunyai talian darah didalam isu memakan makanan dari rumah-rumah persendirian dimana Allah berfirman:

أَنْ تَأْكُلُوا مِنْ بُيُوتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ ءَابَائِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أُمَّهَاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ إِخْوَانِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَخَوَاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَعْمَامِكُمْ أَوْ بُيُوتِ عَمَّاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَخْوَالِكُمْ أَو بُيُوتِ خَالاَتِكُمْ أَوْ مَا مَلَكْتُمْ مَفَاتِحَهُ أَوْ صَدِيقِكُمْ.

“…makan (bersama-sama mereka) di rumah kamu sendiri atau di rumah bapa-bapamu, di rumah ibu-ibumu, di rumah saudara-saudaramu yang laki-laki, di rumah saudara-saudaramu yang perempuan, di rumah saudara bapamu yang laki-laki, di rumah saudara bapamu yang perempuan, di rumah saudara ibumu yang laki-laki, di rumah saudara ibumu yang perempuan, di rumah yang kamu miliki kuncinya atau di rumah kawan-kawanmu.” [TMQ An Nur:61]. Sahabat adalah seseorang yang menjalinkan hubungan persahabatan yang akrab dan dengan penuh kasih sayang.

Kesimpulan : Seorang wanita dibolehkan menaiki kenderaan persendirian jika dia mempunyai pertalian darah(saudara) dengan pemandu kenderaan tersebut atau keluarganya benar-benar menjalinkan persahabatan yang akrab dengan pemandu tersebut, tetapi tidak dalam keadaan berkhalwat.

Ini bermakna, pemandu kenderaan tersebut mestilah ditemani oleh orang lain (sama ada saudaranya atau saudara wanita tersebut) yang boleh dipercayai. Ini adalah kerana, orang-orang yang bersama-sama Rasulullah (Sallallahu Alaihi wa Sallam) dalam kisah diatas adalah dari kalangan para sahabat baginda, dengan mengambil kira, jika pemandu kereta itu hanya mempunyai seorang sahaja saudaranya atau saudara wanita tersebut, berada didalam kenderaan itu, maka orang itu hendaklah Mahram kepada wanita tersebut.

Jika selain dari ini,pemandu itu mestilah ditemani oleh lebih dari seorang sahabat yang boleh dipercayainya, seperti kesimpulan yang didapati dari hadis mengenai Asma, dimana terdapat beberapa orang Ansar bersama-sama Rasulullah (Sallallahu Alaihi wa Sallam )-lebih dari satu-tetapi tidak ada daripada mereka itu yang Mahram kepada Asma. Akan tetapi dari sebuah hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, untuk mencegah seseorang dari khalwat, baginda mensyaratkan bahawa jika pemandu itu seorang, maka yang menemani wanita itu mesti seorang Mahram. Baginda bersabda:

لايخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرم

“Seorang laki-laki tidak dibenarkan untuk duduk berkhalwat dengan seorang wanita, tanpa seorang Mahram” [HR Muslim].

Oleh itu, jika seorang lelaki duduk/menaiki kereta bersama-sama dengan seorang wanita didalam sebuah kereta persendirian, wanita tersebut hendaklah mempunyai pertalian darah/persaudaraan dengannya atau dia adalah seorang sahabat akrab keluarga wanita tersebut, tetapi untuk mencegah dari melakukan khalwat, hendaklah ada bersama-sama mereka, lebih dari seorang daripada saudara-saudara/kenalan yang dipercayai oleh pemandu atau wanita tersebut didalam kereta itu, atau seorang Mahram wanita itu. Perjalanan itu hendaklah satu perjalanan yang pendek dan bukan perjalanan yang panjang dimana sememangnya seorang Mahram diperlukan.

Begitulah keadaannya apabila beberapa orang lelaki menaiki kenderaan bersama-sama (dengan pemandu dan seorang wanita) didalam sebuah kereta persendirian, maka hendaklah ia melakukan perkara seperti yang disebutkan diatas.

Tetapi, jika beberapa orang wanita menaiki kenderaan bersama-sama (dengan seorang pemandu dan wanita) didalam kereta persendirian, maka untuk mencegah dari berlakunya khalwat dalam keadaan ini, pernah dibincangkan oleh para Fuqaha dahulu, dimana, sebahagian menyatakan jika ada isteri pemandu atau Mahram wanita tersebut menemankan bersama, maka tidak berlaku khalwat, malah sebahagian lagi berkata, jika ada seorang wanita yang boleh dipercayai berserta bersama mereka, maka tidak ada berlakunya khalwat jadi (untuk mencegah khalwat dilakukan oleh wanita) bolehlah dikaji dengan lebih lanjut dari buku-buku para Fuqaha.

Oleh :Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta
Sumber: Islamic Revival

Selasa, 4 Oktober 2011

HUKUM MENAMPAKKAN SANGGUL

Assalamualaikum .. salam mesra

Hukum Menampakkan Sanggul

Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

Ada yang menyatakan seperti ini...

Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya.

dan pendapat lain adalah seperti berikut

Ulama' Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya.

Imam Ramli (Ulama' Mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj :

"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suaminya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi (Jilid 2 ms 25)

Menurut ulama', seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.

SEBAB PENGHARAMAN

Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ianya adalah seperti berikut:

SEBAB PERTAMA : PENGUBAHAN

Rasulullah saw bersabda :

“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)

Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut :

“Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal"

Menurut ulama , kekal disini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikan.

SEBAB KEDUA: PENIPUAN

Muawiyah berkata :

"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.

Kesimpulan :

Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan.

Nabi saw bersabda:

"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." (Hr Abu daud - hasan sahih)

Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan.

Apa yang jelas di fikiran saya sekarang ini adalah pendapat yang kedua berdasarkan tulisan yang telah saya highlightkan.. Apakah ianya benar?

Sekian sahaja buat masa ni. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Wassalam.

Jawapan dari Ustaz Nor Amin

Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram.

Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

Khamis, 22 September 2011

BOLEHKAH QADHA SOLAT LEPAS ASAR ?

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih.

Jawapan;

Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar, selepas itu saudara mengerjakan pula solat qadha asar atau solat-solat lain yang tertinggal. Menyegerakan solat fardhu yang tertinggal adalah amat dituntut.

HUKUM TUNJUK GAMBAR TAK BERTUDUNG

Soalan : 

salam,,,ustaz apa hukum seorang perempuan berchating secara webcam tidak menutup kepala dan tidak menampakkan auratnya yang lain kecuali rambut sahaja. saya ada mendengar hukum menunjukkan gambar tidak menutup kepala kepada orang lelaki tidak dikira berdosa kecuali mendatangkan syahwat.. saya ingin mendapatkan kepastian sebab saya adlah pelajar jurusan pengajian Islam.

Jawapan;

Terdapat larangan yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah ke atas wanita beriman agar menutup aurat iaitu seluruh badan kecuali muka dan dua tangan sahaja yang harus didedahkan. Lihat surah an-Nur, ayat 31. Antara yang disuruh Allah agar ditutup ialah bahagian kepala. Firman Allah (bermaksud); "Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita mukmin) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga menutupi belahan leher baju mereka" (Surah an-Nur, ayat 31). Menurut ulamak tafsir; ayat ini bermaksud supaya wanita-wanita beriman menutup kepala mereka, leher serta dada mereka dengan kain-kain tudung (Lihat; Tafsir al-Jalalain).

Diriwayatkan dari Aisyah -radhiyallahu 'anhu- yang menceritakan; Asmak binti Abu Bakar suatu hari telah masuk bertemu Rasulullah -shallallahu 'alaihi wasallam- dengan memakai pakaian yang nipis, lantas baginda berpaling dari melihatnya sambil bersabda; "Wahai Asmak, sesungguhnya seorang wanita apabila telah kedatangan haid (yakni sampai umur), tidak harus dilihat badannya melainkan ini dan ini sahaja" sambil baginda menunjuk ke muka dan dua tangannya" (HR Imam Abu Daud dari Aisyah).

Maksud dari arahan menutup aurat ialah tidak mendedahkannya untuk tontonan orang lain yang tidak diizinkan Allah melihatnya, iaitulah lelaki-lelaki yang bukan mahram. Apabila seorang wanita mengambil gambar dirinya ketika ia tidak menutup aurat, kemudian ia menunjukkan gambar itu kepada lelaki yang bukan mahramnya, apakah itu tidak dinamakan mendedahkan auratnya kepada orang yang tidak diizin Allah. Jawapannya tidak lain adalah "Ya". Jadi tidak syak lagi bahawa perbuatan tersebut adalah dilarang. Kewajipan wanita Islam menutup aurat bukan atas alasan timbul syahwat orang atau tidak (jika ia mendedah aurat), tetapi kerana menyahut arahan Allah dalam al-Quran dan hadis tadi. Menjaga dari timbulnya syahwat hanyalah hikmah dari arahan menutup aurat, bukan illah (sebab) kepada menutup aurat kerana illahnya ialah arahan Allah. Contoh lain; sekalipun tiada kebimbangan berlaku zina, haram seorang wanita berduaan dengan lelaki yang bukan mahramnya kerana berduaan itu dilarang oleh Nabi. Tidak harus seorang wanita berkata; "Tidak mengapa saya berduaan dengannya kerana saya yakin dapat menjaga diri dari zina".

Selain arahan supaya menutup aurat, terdapat juga arahan supaya menjaga pandangan mata. Firman Allah (bermaksud); "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki-lelaki mukmin; hendaklah mereka menahan pandangan-pandangan mata mereka" (Surah an-Nur, ayat 30). "Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman; hendaklah mereka menjaga pandangan mata mereka" (Surah an-Nur, ayat 31). Sabda Nabi (bermaksud); "Apabila seorang lelaki muslim menahan pandangannya tatkala terlihat wanita cantik, Allah akan gantikan untuknya (bagi mujahadahnya menahan pandangan itu) dengan kemanisan beribadah" (HR Imam Ahmad dari Abi Umamah). Persoalan; apabila seorang lelaki melihat gambar wanita yang tidak menutup aurat (seperti mendedahkan rambutnya), apakah ia dianggap menjaga pandangannya? Jawapannya sudah tentu "Tidak". Oleh demikian, anggapan bahawa gambar dikecualikan dari ayat yang menyuruh menutup aurat dan ayat yang menyuruh menjaga pandangan, anggapan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Ia bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ayat, malah membuka jalan kepada perbuatan dosa yang lebih besar lagi iaitu melihat gambar lucah dan menonton video lucah dengan alasan ia bukan sebenar tetapi hanya foto atau rakaman. Dalam kaedah (prinsip) Fiqh ada dinyatakan "Ma Adda Ila al-Haram Fahuwa Haramun" (Sesuatu yang mendorong kepada yang haram, ia turut diharamkan".

Wallahu a'lam.

Khamis, 8 September 2011

HARAM KAHWIN SAUDARA SESUSU

DIRIWAYATKAN oleh Abdullah Mulaika r.a: Uqbah bin Harith r.a berkata bahawa ia menikahi anak perempuan Abi Ihab bin Aziz. Tidak lama kemudian seorang perempuan menemuinya dan berkata : "Akulah yang menyusui Uqbah dan perempuan yang dinikahinya. Uqbah berkata kepadanya : "Aku tidak tahu kamu telah menyusui ku dan kamu tidak mengatakannya kepada ku. "Kemudian dia pergi menemui Rasulullah SAW di Madinah dan bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hal itu. Rasulullah SAW menjawab: Bagaimana kamu boleh (memperisterikannya) padahal telah dikatakan kepada mu (bahawa ia saudara sesusu mu) ? Kemudian Uqbah menceraikan isterinya dan kemudian isterinya berkahwin dengan orang lain.

Riwayat Al-Bukhari

Huraian Hadith: Apabila seorang perempuan menyusukan seorang bayi di bawah umur dua tahun sebanyak lima kali susuan atau lebih, maka anak tersebut menjadi anak susuannya dan anak suaminya.

Oleh yang demikian anak susuan itu menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga terhadap keturunan kedua suami isteri tersebut. Berikut disenaraikan orang-orang yang menjadi mahram kepada anak susuan itu:

i. Perempuan yang menyusukan

ii. Suami ibu susuan

iii. Ibu bapa kepada ibu susuan

iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan

v. Adik beradik kepada ibu susuan

vi. Adik beradik kepada bapa susuan

vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan

viii. Anak-anak kepada ibu susuan

ix. Anak-anak kepada bapa susuan

Manakala orang-orang yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan adalah anak susuan yang disusukannya, begitu juga anak kepada anak susuannya hingga ke bawah.

Tetapi ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan.

Ini kerana susuan itu tidak menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa saudara.

Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga furu˜nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT, yang maksudnya: "Dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu dan saudara kamu yang sesusu" (an-Nisa': 23).

Serta sabda Rasulullah SWT yang maksudnya: "Sesuatu yang diharamkan dengan sebab penyusuan sebagaimana apa-apa yang diharamkan oleh sebab nasab."

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Selasa, 21 Jun 2011

HAID : MASALAH YANG SELALU DIPANDANG ENTENG

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini) Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: 

"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Jumaat, 25 Disember 2009

Rahsia Tarian Poco poco

Ustzh Fadhilah Khalid 


2 hari yang lepas saya menerima SMS dari adik sy yang berada Universiti Teknologi Petronas yang mengatakan tarian poco-poco berasala dari ritual agama kristian. Beliau turut meminta sy untuk mencari sejarah sebenar tarian poco-poco dan mencari artikel2 dan kajian mengenainya. sehubungan dengan itu, saya meminta rakan2 dan sahabat berfikir dan mencari maklumat mengenainya dan berkongsi bersama. Ini kerana saya yang juga Ustazah SAMTEN melihat pelajar2 saya gembira dengan senaman ini. Sy menjadi ragu2 dan perlu untuk mencari maklumat tentang ini, kerana saya akui saya juga sedikit gemar dengan tarian ini.


berikut adalah artikel yang sy dapat kan di internet. Sekadar berkongsi pandangan.


--> Di syarikat tempat saya bekerja sekarang, pada setiap hari Selasa dan Jumaat selepas waktu kerja, mereka ada adakan latihan senaman. Senaman itu sebenarnya bukanlah senaman biasa, tetapi lebih kepada tarian poco-poco.




Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ’senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka saya memang tidak setuju.


Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.


Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.


Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.


Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).


Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.


Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.


Ini adalah artikel atau info tersebut----
-->>Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.


Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.italics


Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.italics


Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.


Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?


Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.


Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.


--> Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya dulu pernah gak sekali menari poco-poco, sebab kena paksa ngan boss untuk ikut sama menari dalam satu majlis yang dianjurkan oleh syarikat.


Tapi lepas saya baca artikel ni, saya rasa lepas-lepas ni, saya tak akan lagi menari poco-poco ni. Korang bagaimana?

Rabu, 2 Disember 2009

Feqh NIsa' : Hukum Sertai Demo

Soalan:
Apakah hukumnya kaum wanita melakukan masirah (perarakan) di jalan raya atau tempat terbuka, kemudian di sana mereka melakukan seruan?


Jawapan:
Masîrah secara harfiah bererti perjalanan, samada secara senyap ataupun disertai dengan ucapan. Dalam kamus al-Mawrîd, disebutkan bahwa masîrah bererti berbaris, atau perarakan; juga disamakan dengan demonstrasi- namun demonstrasi lebih tepat disebut sebagai muzhâharah.[1]


Menurut perspektif etimologi, sememangnya terdapat perbezaan antara masîrah dan muzhâharah. Kepada kaum sosialis, muzhâharah (demonstrasi) itu dilakukan dengan disertai pemboikotan, mogok, rusuhan, dan perlakuan ganas yang merosakkan harta benda awam . Tujuannya supaya objektif revolusi mereka tercapai..[2] Sedangkan masîrah tidak lebih dari satu perantaraan atau cara untuk menyampaikan pendapat dan tuntutan, mahupun bantahan terhadap pendapat atau dasar-dasar yang dijalankan oleh para penguasa; bukan sahaja pemerintah, tetapi semua golongan yang memegang tampuk kekuasaan, sama ada badan legislatif (pembuat undang-undang), badan eksekutif (pelaksana undang-undang), badan judikatif (kehakiman), parti yang sedang berkuasa, ataupun golongan yang memegang kekuasaan; seperti pasukan polis dan tentera. Pendapat, tuntutan, atau bantahan tersebut disampaikan dalam bentuk seruan (dakwah) atau teguran (muhâsabah); tanpa disertai dengan perbuatan yang bertentangan dengan misi dakwah dan muhâsabah itu sendiri— seperti melakukan mogok, rusuhan dan keganasan mahupun kerosakan.


Dengan demikian, hukum asal masîrah itu sendiri mengikuti hukum uslûb yang status asalnya adalah mubah. Sebagaimana uslûb (cara) yang lain, masîrah sebagai salah satu uslûb boleh digunakan untuk melaksanakan kewajipan, seperti menyampaikan seruan kepada para penguasa yang zalim atau menegur(muhasabah) kesilapan pemerintahan mereka. Hal ini adalah usaha untuk melaksanakan sabda Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.:


Ketahuilah, bahawa sesungguhnya jihad yang paling baik adalah (menyatakan) pernyataan hak kepada penguasa yang zalim. [HR al-Hakim].


Oleh itu, statusnya sebagai uslûb yang mubah tetap tidak akan berubah menjadi wajib; sekalipun uslûb tersebut boleh digunakan untuk melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu kewajiban.


Sebagai uslûb yang memang mubah, masîrah tidak boleh disertai dengan perkara-perkara yang diharamkan, seperti melakukan mogok, rusuhan, dan keganasan; termasuk laungan-laungan dan seruan yang disampaikan pada ketika masîrah(perarakan) itu sedang berlangsung. Oleh itu, dalam hal ini, perlu diperhatikan tiga perkara berikut:


1. Al-jur’ah bi al-haq, iaitu lantang dan berani dalam menyuarakan kebenaran (Islam);
2. Al-Hikmah fi al-Khithâb, iaitu bijak dalam menyampaikan seruan (syarahan);
3. Husn al-Hadits, iaitu baik dalam tutur bahasa.




Mengenai boleh atau tidak wanita melakukan masîrah, jelas hukumnya adalah mubah:
Pertama, dilihat dari aspek penglibatan mereka (kaum wanita) menyertai masîrah(perarakan), atau rombongan perjalanan bersama kaum lelaki di tempat umum. Dalam hal ini dibolehkan, sama ada dengan atau tanpa mahram. Dalilnya, pada ketika hijrah ke Habsyah, selain kaum lelaki juga terdapat 16 kaum wanita yang ikut serta dalam rombongan perjalanan tersebut.[3]


Kedua, dilihat dari aspek ucapan seruan, pidato atau penyampaian pendapat di tempat umum hukumnya juga mubah; dilihat dari sudut bahawa suara wanita jelas bukan merupakan aurat. Ini dibuktikan dengan tindakan para sahabat lelaki yang biasa bertanya kepada Saidatina‘Aisyah, jika mereka mempunyai sebarang permasalahan atau persoalan termasuk mengenai kehidupan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam


Di samping itu, boleh juga dilihat dari sudut penyampaian pendapat atau bantahan. Dalam hal ini, Ijma’ Sahabat telah menyatakan kemubahan sikap seorang wanita membantah dasar-dasar yang dibuat oleh penguasa, sebagaimana yang dilakukan oleh seorang wanita terhadap ‘Umar bin al-Khatthab selaku khalifah dalam urusan penetapan mahar. (Lihat penuturan Abu Hatim al-Basti, dalam Musnad sahihnya, dari Abu al-Ajfa’ as-Salami).


Dalam hal ini, tidak seorang sahabat pun yang melarang tindakan wanita tersebut; malahan mereka hanya membiarkannya. Padahal, tindakan tersebut dilakukan di tempat umum, di hadapan semua orang, dan jika bertentangan dengan hukum, perkara tersebut pastinya telah dilarang oleh mereka.[4]


Tindakan muhâsabah seperti ini juga telah dilakukan oleh para Sahabiyah, seperti yang dilakukan oleh Asma’ binti Abu Bakar ketika menegur dan membetulkan tindakan para penguasa Bani Umayah yang selalu menghina keluarga ‘Ali bin Abi Thalib di atas mimbar-mimbar masjid.[5]


Dalil-dalil di atas dengan jelas membuktikan, bahawa masîrah (perarakan) sebagai sebuah uslûb (cara) untuk berdakwah dan menyampaikan pandangan hukum syarak atau bantahan terhadap pelanggaran hukum syarak jelas hukumnya mubah. Kemubahan tersebut juga diguna pakai bukan hanya untuk kaum lelaki, tetapi juga untuk para wanita. Sebagaimana dalil-dalil dan alasan yang dikemukakan di atas. Wallâhu a‘lam.


[1] Ba’albakki, Qamus al-Mawrid: Arabiyyah-Injeliziyyah, materi: Masirah.
[2] V.I. Lennin, Where to Begin, dalam V.I. Lenin, Collected Works, cet. IV, Foreign Languages Publishing House, Moscow, 1961, V/13-24.
[3] Ibn Hisyam, As-Sîrah an-Nabawiyyah, ed. Thaha ‘Abd ar-Ra’uf Sa’ad, Dar al-Jil, Beirut, cet. I, 1411, V/15.
[4] Al-Qurthubi, al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, ed. Ahmad ‘Abd al-’Alim al-Barduni, Dar as-Sya’b, Beirut, cet. II, 1372, V/99.
[5] Al-Ya’qubi, Târîkh al-Ya’qûbi, Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, Beirut, t.t.

Rabu, 21 Oktober 2009

Reflection - For those who seek knowledge

In the Name of Allah, Most Merciful and Compassionate
The Prophet Muhammad (Allah bless him and give him peace) used to seek Allah’s refuge from knowledge that did not bring any benefit. (Sahih Muslim) He used to say, “allahumma inni a`udhu bika min `ilmin la yanfa`“.

Our mind is a tremendous blessing from Allah Most High, and He created it with a tremendous wisdom. The wisdom behind the creation of our mind is that it should lead us to the worship of God. Any knowledge that takes us to this goal is beneficial; any knowledge that misses the mark of this goal is not.

One might wonder why the Prophet (Allah bless him and give him peace) sought refuge in Allah from knowledge that didn’t lead one to the worship of God. What danger can a benign factoid possibly bring for one to seek refuge in Allah Himself from it?

Perhaps one danger is the danger of arrogance. “I was only given this because of what I know,” as Qarun said. (Quran, 28:78)

This is a useful insight because it can help you gauge whether or not you are benefiting from a religious class. The usefulness of a religious class–be it a halaqa, a khutba, a course, or something else–is not the number of facts that you learned. Its usefulness was whether it brought you closer to Allah.

When you get up from a religious class, you should get up with a feeling of servanthood to Allah, a feeling of gratitude to Allah for blessing you with what you learned, and a determination to use this blessing to help you draw closer to Him. If you find that you get up instead with a feeling of self-satisfaction, self-admiration, or contempt for others, then you probably didn’t benefit very much from the class, no matter how many facts you learned.
-Shaykh Hamza Karamali

source : webnisa

Khamis, 6 November 2008

DISEBALIK DUGAAN ADA KEMANISAN

Kebetulan saya melayari blog ustaz yang pernah suatu masa dahulu saya bertamrin dengan beliau. Saya adalah diantara orang yang amat mengkagumi beliau kerana walaupun pada masa itu umur beliau masih muda, tetapi ceramahnya amat memukau...
Bersamalah kita menghayati pengalaman beliau dan mudah-mudahan dapat memberikan kita semua semangat untuk berjuang dijalan Allah.
Cerita Dari Ustaz Mokhtar Senik
Bulan julai 2000 saya telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana kesalahan menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pemuda yang menyewa sekolah saya untuk program persatuan mereka (mereka ialah persatuan Al-Mau'nah.(1). Sebelum saya membenarkan mereka menyewa kemudahan sekolah saya untuk program tersebut, terlebih dahulu saya meminta dokumen sah mengenai persatuan mereka. Permintaan saya dipenuhi dengan mereka menyerahkan kepada saya salinan Daftar Pertubuhan oleh Pendaftar Pertubuhan dan Surat akuan sah oleh Jabatan Agama Islam Selangor). Sebulan selepas program tersebut, berlakulah peristiwa yang menggemparkan negara, iaitu peristiwa Jenalik yang melibatkan persatuan tersebut. Oleh kerana saya pernah menyampaikan ceramah kepada mereka maka saya "dikira terlibat sama". Kerana ketiadaan bukti keterlibatan saya ( kerana pada hari rompakan senjata di Grik berlaku, saya ada dikediaman saya di Kuantan) maka saya ditahan dibawah akta ISA. Akta yang tidak memerlukan bukti untuk menahan seseorang. Sebab itu saya selalu berpesan kepada rakan-rakan yang mengajar dimasjid-masjid dan surau-surau. Selalulah berpesan kepada AJK surau atau masjid tempat anta mengajar tu, jangan buat apa-apa yang menyalahi undang-undang. Bukan sahaja mereka yang kena lokap, nanti anta pun akan ditahan sama di bawah ISA. Alasannya ialah kerana anta terlibat mengajar dimasjid yang salah seorang AJKnya ada melakukan kesalahan. Sahabat yang ana pesan biasanya akan ketawa dan gelak besar. Kelakar kata mereka. Memang ISA tu undang-undang kelakar. Tapi kelakar-kelakar pun boleh menyebabkan pengamalnya masuk Neraka tau.

Berbalik kepada kesah saya tadi. Bila mengetahui bahawa saya sah ditahan dibawah akta ISA setelah ditunjukkan surat perintah penahanan oleh ASP Ismail di IPD Kuantan.(2). Saya pasrah saja kepada takdir Allah. Saya tahu saya tidak terlibat dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jadi saya benar-benar yakin waktu itu Allah memberi peluang kepada saya melalui satu proses tarbiyyah Allah. Alhamdulillah.

Program malam Pertama saya dalam lokap setelah selesai sessi soalsiasat ialah mandi, solah Taubat, Solah hajat dan Tasbih. Selesai melakukan semua amalan itu saya terus baca Yassin 41 kali khatam. Alhamdulillah, malam pertama terpisah dari dunia luar itu sedikitpun tidak meresahkan hati saya. Bahkan saya dapat rasakan satu kemanisan dan kelazatan yang sangat luar biasa, kerana dapat berdampingan dengan Rabb tanpa diganggu oleh sesiapa. Itulah amalan saya selama lebih 50 hari dalam lokap IPK Kuantan,(3), disamping berpuasa hampir selang-selang hari.Sewaktu menjalani hari-hari sepi diperut lokap tersebut, saya dapat bayangkan begitulah keadaannya bila kita mati. Secara mendadak kita hilang segala-galanya. Tiada lagi isteri disamping, tiada gelak gurau anak-anak, tiada lagi teman-teman,(4), tiada lagi rumah kediaman, tiada lagi kenderaan untuk kesana sini. Semuanya terputus. Tinggallah kita dengan nasib sendiri. Tiada siapa yang tahu. Hampir sama dengan kematian. Saat menjalani perjalanan "pra kematian" itulah saya alami mimpi yang indah.Masuk malam ketujuh saya dalam lokap, setelah selesai menunaikan solah-solah biasa, saya terus membaca Yassin. Malam itu malam jumaat. Udara sejuk diluar sesekali mencuri masuk kedalam lokap saya. Pada malam tersebut saya merasa mengantuk yang tak boleh ditahan-tahan. Biasanya saya akan baca 41 kali Yassin secara terus hingga jam 3 pagi. Tapi malam tersebut setelah menamatkan 21 kali khatam Yassin saya rasakan sudah tertahan lagi. Lalu saya memutuskan akan tidur sebentar dan kemudian menyambung kembali 20 kali khatam bacaan. Bila saya baringkan saja tubuh dilantai lokap tanpa lapik itu terus saya rasakan dibawa kedalam satu dunia yang lain.Tiba-tiba saya dapati saya berada ditengah-tengah himpunan manusia ramai. Betul-betul macam ceramah Pas. Saya tidak mengenali sesiapa pun dikalangan mereka. Saya lihat manusia ramai itu semacam menunggu seseorang. Sesekali mereka tertoleh-toleh dan terjengguk-jengguk kepintu masuk padang yang luas itu. Saya bertanya orang yang paling hampir dengan saya. Kita sedang menunggu siapa ni?. Orang yang saya tanya menoleh kepada saya dan berkata; kita sedang menunggu kehadiran Amiirul Mukminin Umar Al-Khattab. Hati saya tiba-tiba melonjak gembira. Alhamdulillah dapat lah kiranya untuk saya menatap wajah sahabat RasuluLlah saw yang agung itu. Dalam keadaan diselimuti rasa gembira itu tiba-tiba orang ramai seolah-olah memandang kearah saya. Mereka melambai dan memberi salam. Belum sempat saya bertanyakan kepada seseorang, tiba-tiba lelaki lelaki yang saya bertanya tadi berbisik kepada saya; Amirul Mukminin disebelah kamu tuu. Saya terkejut sambil menoleh kepada sesusuk tubuh yang tinggi dan tegap disisi kiri saya. Wajahnya putih bersih, berjambang hitam pekat. Wajahnya tersenyum tetapi jelas kelihatan raut ketegasan seorang pemimpin. Lantas saya memberi salam kepadanya. Airmata saya mengalir kerana terlalu gembira dengan pertemuan itu. Ketika saya mendongak kepada sekali lagi, Beliau tersenyum kearah saya, sambil mengambil tangan kanan saya lalu dilekapkan kepada pipi kanannya. Saat tangan saya tersentuh dengan pipinya saya rasakan satu aliran sejuk menjalar melalui tangan hingga kesegenap tubuh saya. Alangkah indahnya berjabat tangan dengan tokoh yang mulia itu. Beliau tidak berkata apa kepada saya, hanya tersenyum sambil menggengam tangan saya dan diusap-usapkan kepipinya. Saat kegembiraan itulah tiba-tiba beliau menghilangkan diri.

Himpunan manusia yang ramai beralih pula mendongak kelangit. Dada langit cukup cerah. Bulan mengambang kuning berkilau. Tiba-tiba bulan itu berpusing. Pusingan yang pertama saya terlihat dipermukaan bulan gambar Singgahsana Raja. Tirainya kuning dan hamparannya juga kuning. Pusingan yang kedua gambar Tuan Guru Haji Abdul Hadi sedang menyampaikan ceramah dianjung Sebuah Masjid, menghadap kehalaman luar. Hadirin memenuhi setiap ruang padang yang luas itu. Semuanya diam dan khyusuk. Pada pusiangan yang ketiga saya lihat gambar Baitullah yang disimbah cahaya. Jamaah Muslimin sedang tawaf menegelilinginya. Selesai pusingan itu, orang ramai pun bubar. Semacam selesai melihat tayangan slaid dipenghujung ceramah. Semua orang berjalan keluar, samalah dengan selesainya ceramah Pas. Disepanjang jalan terdapat peniaga-peniaga yang menjual berbagai barang jualan. Sedang saya berjalan bertunda-tunda dengan orang ramai itu, tiba-tiba saya terlihat satu gerai yang tiada siapa pun yang singgah digerainya. Peniaganya seorang yang bersih wajahnya. Raut wajahnya tenang walaupun tiada siapa yang sudi singgah digerainya. Melihat keadaan itu saya rasa terharu. Lalu saya singgah dan memberi salam kepadanya. Di atas meja dihadapannya terdapat satu balang besar berisi cairan kuning jernih. Nak cuba? tanya peniaga itu. Apa ini? tanya saya kembali. Oooo.. ini ialah Sandwich madu. Lalu tanpa diminta beliau membelah sebatang roti yang sederhana panjangnya lalu disapu madu yang terdapat didalam balang tadi. Beliau hulurkan kepada saya sambil berkata ramah; sila lah..orang belum kenal lagi madu ni..cuba lah katanya. Lantas saya mengambil pemberiannya. Masyallah..bila roti madu itu saya sentuhkan kelidah saya..rasanya sangat lazat, manisnya sederhana, bukan seperti madu biasa. manisnya meresap kecelah-celah gigi. Sedang saya menikmati manisan madu itulah saya tersedar..saat saya tersedar dan bangun untuk berwudhu, masih dapat saya rasakan manis madu di selang-selang gigi. Saya berkumur-kumur, tetapi masih dapat saya rasai manisnya..Maha suci Allah.Saya lantas berwudhu, menunaikan tahajjud dan menyambung kembali bacaan Yassin saya. Sejak saat itu saya merasa sangat tenang,ketenangan dan kelapangan jiwa yang tidak pernah saya alami sebelumnya seumur hidup saya. Setiap kali hati saya dilanda duka, segera terlintas disudut hati kecil mimpi yang indah itu. Kali kedua saya alami mimpi bersama Saidina Umar ialah sehari selepas sampai surat perintah penyambungan tahanan kepada 2 tahun lagi. Kemudian kali yang ketiga dipenghujung ramadhan 2003 dua malam sebelum saya dan teman-teman yang lain dibebaskan.
Teruskanlah perjuangan ini wahai teman-teman dan adik-adik. Dampingilah Allah Yang Maha HAAFIDZ, Dialah yang menjaga kita hatta saat kita melupaiNya sekalipun.