Penyokong

Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN MUSLIMAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN MUSLIMAH. Papar semua catatan

Rabu, 26 Oktober 2011

Nafas Berbau ?

Assalamualaikum

Apa Kabar Sahabiah Sekalian ? .. Hari ini ana nak kongsikan dengan antunna cara menyelesaikan masalah nafas berbau kerana jika kita biarkan saja,ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan :

(1) Bersihkan lidah- Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah.

Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.

(2) Mengunyah gula-gula getah- Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang berbaring/ tidur.

(3) Menghisap kulit kayu manis- Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. Seorang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.

(4) Pastikan mulut sentiasa lembap- Minum lebih banyak air juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria 'jahat' yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi poleypehnols, iaitu sejenis 'bahan kimia' tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.

(5) Pemakanan- Kesan sampingan seseorang yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. Selain daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.

(6) Ubat kumur- Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehari.

(7) Masalah perubatan- Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.

TIPS CEGAH JERAWAT

Assalamualaikum Nisa ,

Apa Kabar ? Hari inie kita nak kongsikan tips mengatasi masalah jerawat yang sering dihadapi oleh semua lapisan masyarakat especially yang macam kite kan .. ok

Seperti yang kita tau jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.

Terdapat cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

  • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl Peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hingga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Amalkan pemakanan seimbang.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
Ok .. Wassalam 

Sabtu, 25 Jun 2011

CARA MENANGANI STRESS

Untuk menangani stress, pertama sekali adalah penting untuk seseorang mengenal pasti punca stress. Punca stress adalah pelbagai dan setiap orang tidak semestinya mempunyai tahap menangani stress yang sama.

Setelah mengetahui punca-punca berlaku stress, maka langkah menanganinya dapat dielakkan. Dalam kes saudari, saudari telah dapat mengesaninya iaitu berpunca daripada tekanan kerja dan ia juga mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain seperti gangguan emosi, hubungan antara rakan dan keluarga serta datang haid.

Seterusnya, saudari perlu memberikan keyakinan pada diri sendiri bahawa saudari mampu menghadapi cabaran yang mendatang. Setiap kali bangun dari tidur, ambil masa beberapa minit untuk bermeditasi dan meyakinkan diri anda sendiri.

Sentiasa berfikiran positif dalam hidup saudari!

Apabila berhadapan dengan masalah ditempat kerja, amalkan teknik pernafasan dengan betul. Cari tempat lapang yang selesa dan pejamkan mata dan tarik nafas sedalam-dalamnya dan lepas. Tenangkan fikiran dan yakinkan hati bahawa saudari boleh mengatasinya.

Jika berlaku pertengkaran, adalah lebih baik saudari menyelesaikannya dengan baik dan segera dan elakkan dari menyimpan ia terlalu lama. Memendam masalah terlalu lama boleh menyebabkan anda burst out. Jika perlu, gunakan orang tengah untuk membantu anda.

Elakkan juga dari menangguh kerja anda dan siapkan mengikut dateline yang ditetapkan. Pastikan meja dan fail-fail anda disusun dengan kemas dan teratur bagi memudahkan anda mencarinya.

Untuk mengelakkan penat yang melampau, saudari bolehlah menggunakan masa rehat diwaktu tengah hari untuk tidur sebentar dalam jangka masa 30 minit. insyaALLAH ia boleh memberikan kesegaran pada anda.

Selain itu, amalkan juga gaya hidup sihat seperti tidak merokok, makan makanan seimbang, mengamalkan kehidupan beragama dan mendekatkan diri dengan tuhan serta bersukan.

Sebolehnya juga saudari mempunyai teman baik yang boleh saudari kongsikan masalah dengan beliau. Elakkan menelan segala masalah yang berlaku seorang diri. Bersosial dengan rakan-rakan juga adalah penting dan carilah rakan-rakan yang berkelakuan positif dalam kehidupan mereka.

Teknik perbincangan secara berkumpulan ataupun dinamakan sebagai group therapy juga berkesan dalam menangani masalah stress. Untuk menjadikan ia lebih berkesan, lakukan group therapy di tempat-tempat rekreasi seperti taman, sungai dan sebagainya. Setiap ahli hendaklah mempunyai motivasi yang tinggi untuk membantu diri dan rakan-rakan.

Penggunaan supplement juga boleh diamalkan tetapi harus dipastikan kesesuaiannya dengan anda. Dapatkan nasihat dari ahli farmasi atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Apabila pulang ke rumah, saudari juga boleh menggunakan teknik relaxation dengan cara bermeditasi dengan diiringi bunyi-bunyi instrumental berunsurkan alam seperti bunyi ombak, kicauan burung ataupun alatan muzik yang harmoni dengan anda. Pejam mata dan kosongkan fikiran anda dari memikirkan segala masalaha dan tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus dengan perlahan. Yakinkan diri anda bahawa anda tidak stress dan berada dalam keadaaan sejahtera. Terapi ini boleh diamalkan untuk tempoh 15-30 minit. Untuk mempelajari teknik ini secara lebih mendalam, anda bolehlah merujuk pakar psikiatri.

Penggunaan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ubat tahan sakit sebenarnya tidak perlu melainkan anda benar-benar tidak dapat menahan sakit. Pastikan penggunaan ubt-ubatan ini mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor.

Sekali sekala, ambil cuti untuk melancong bagi mengurangkan serabut anda.

Khamis, 18 Jun 2009

KANAK-KANAK DILARANG KE HOSPITAL

Kementerian Kesihatan hari ini mengeluarkan larangan ke atas semua kanak-kanak di bawah 12 tahun daripada melawat pesakit di hospital sebagai langkah mencegah penularan virus selesema babi influenza A (H1N1).

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kejadian Influenza A (H1N1) di sini turut memutuskan saringan demam dilakukan ke atas semua pelawat ke hospital kerajaan dan swasta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, masa lawatan ke hospital untuk orang dewasa serta jumlah pelawat pada satu-satu masa juga akan dipendekkan untuk mencegah penularan wabak.

‘‘Orang awam tidak digalakkan melawat hospital manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun dilarang berbuat demikian.

‘‘Setiap pesakit hanya dibenarkan untuk menerima dua orang pelawat yang berumur 12 tahun ke atas pada satu-satu masa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama penularan tempatan di negara ini manakala jumlah kes H1N1 yang disahkan telah meningkat ke 23 pesakit.

Mohd. Ismail berkata, pihaknya masih menunggu keputusan makmal 38 orang pesakit yang mengalami tanda-tanda influenza.

‘‘Pada masa sama, seramai 139 orang yang pernah berinteraksi dengan pesakit H1N1 telah dikenakan kuarantin rumah,” katanya.

Mengenai perkembangan di dunia pula, Mohd. Ismail berkata, jumlah kes H1N1 telah meningkat kepada 36,346 kes dengan 163 kematian di 76 negara.

‘‘Pertambahan kes telah dicatatkan di lapan negara dengan Australia mencatatkan pertambahan terbanyak sebanyak 112 kes diikuti Filipina (54) dan Jepun (33),” katanya.

Jumaat, 22 Mei 2009

Influenza A H1N1?

1. Apakah Influenza A H1N1?

Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.

Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1).


2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Influenza A yang wujud?

Virus Influenza A H1N1 sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A H1N1).

Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant) .

Walaupun virus Influenza A H1N1 pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.

Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Sejak pelaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes Influenza A H1N1 dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes Influenza A H1N1 adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web http://www.moh.gov.my


4. Apakah tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia ?

Tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.


Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.


5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Ya. Tiada bukti mengaitkan Influenza A H1N1 boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Influenza A H1N1 boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160 ° F/70 ° C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.


6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Influenza A H1N1 melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A H1N1. Terdapat kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat di kalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.


7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A H1N1 ?

Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A H1N1. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza A H1N1 yang berlaku sekarang.

Walaubagaimanapun, dilapor terdapat sebuah syarikat farmaseutikal yang sedang membangunkan vaksin Influenza A untuk manusia yang dijangka akan berada di pasaran 6 bulan lagi.


8. Apakah rawatan bagi Influenza A H1N1?

Kebanyakan kes Influenza A H1N1 yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral. Bagi kes yang lebih kritikal, WHO ada mencadangkan ubat antiviral oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza) digunakan untuk rawatan Influenza A H1N1.


9. Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A H1N1 daripada manusia kepada manusia yang lain ?

Mereka yang dijangkiti virus Influenza A H1N1 boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset) .

Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.


10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:

• Jika anda batuk atau bersin:

• Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan

• Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah

• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

• Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.

• Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

• Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

• Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.

Ahad, 29 Mac 2009

Penyakit Tibi Tak kenal Usia

KEHADIRAN penyakit ini di kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Penyakit ini berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa. Seseorang yang terdedah kepada udara yang tercemar dengan kuman tibi akan menghidu kuman ke dalam saluran pernafasan melalui hidung, mulut, larinks dan kuman boleh hinggap di mana-mana sahaja bahagian tersebut.

Tidak ketinggalan, kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan penyebaran tibi secara meluas.Lima tahun lalu, jumlah pesakit tibi di kalangan pekerja asing (dari Indonesia, Filipina, Myanmar dan Bangladesh) meningkat kepada 11 peratus dan turun ke paras lapan hingga sembilan peratus dalam dua tahun kebelakangan ini.

Melalui pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan Agensi Pengawasan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema), pekerja asing yang didapati ada parut pada paru-paru mereka akibat tibi tidak dibenar bekerja di negara ini.

Yang menjadi masalah ialah, bagi setiap pekerja asing yang datang secara sah, dua atau tiga lagi yang berkemungkinan dijangkiti kuman tibi masuk secara haram. Ini menyebabkan kawalan penyakit tibi lebih sukar.Hakikatnya, rawatan perubatan moden untuk penyakit tibi adalah yang paling berkesan dan paling murah untuk sesuatu penyakit yang boleh membawa maut, tibi masih lagi merupakan salah satu punca utama kesengsaraan dan kematian di seluruh dunia.

Penyakit tibi dikatakan wujud sejak dari tahun 8,000 sebelum Masihi di mana terdapat kesan-kesan penyakit tibi di tulang belakang mumia Firaun.Pada tahun 460 sebelum Masihi, Hippocrates iaitu bapa perubatan telah menamakan penyakit itu sebagai pthisis.Ibnu Sina di dalam bukunya Kanun Perubatan mengetahui bahawa tibi diumpamakan sebagai suatu penyakit yang berjangkit.

Pada kurun ke-16, tibi dikenali sebagai consumption. Di Malaysia, pada kurun ke-20 penyakit ini dikenali sebagai “batuk kering”.

Pada tahun 1950-an, penyakit tibi merupakan pembunuh utama penduduk di Tanah Melayu (Malaya). Pada tahun 1961, Program Kawalan Tibi Kebangsaan ditubuhkan dan semua pesakit tibi dirujuk ke Pusat Tibi Negara di Jalan Pahang, Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Institut Perubatan Respiratori).Pada kurun ke-19, tibi hampir memusnahkan seluruh Eropah dan Amerika. Tibi pada masa itu juga dipanggil hawar putih untuk menyamakannya dengan penyakit hawar hitam (plague) yang telah meragut banyak nyawa di benua Eropah dan Amerika pada kurun ke-18.

“Musuh” kepada kesengsaraan dan kematian manusia ini telah dikenal pasti oleh seorang ahli sains bernama Robert Koch. Beliau menemui bakteria mycobacterium tuberculosis pada 24 Mac 1883.

Mengambil sempena penemuan bakteria pada tarikh itu, 24 Mac telah dijadikan hari memperingati tibi sedunia pada tiap-tiap tahun.Penyakit tibi tidak mengenal batasan sama ada kekayaan atau kemasyhuran seseorang.Sebagai contoh, Elanor Roosevelt iaitu bekas wanita pertama Amerika dan George Orwell, pengarang buku pada tahun 1984 telah diserang penyakit tibi.

Menurut Pakar Perubatan dan Kardiologi Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Kol (B) Dr. Abd Rahman Mohd Ali, penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria dan paling tertua di dunia.Statistik menunjukkan 10,000 hingga 12,000 tibi menyerang penduduk Malaysia setiap tahun.

Kuman Mycobacterium tuberculosis merebak melalui udara dan titisan daripada pengidap penyakit tibi aktif.“Jika anda mengalami batuk teruk yang melebihi dua minggu, minta doktor lakukan ujian kahak untuk anda. Batuk teruk yang berpanjangan dan tidak sembuh dengan ubat batuk biasa adalah petanda utama penyakit tibi.

“ Orang ramai pada hari ini, terutama golongan muda, tidak tahu tentang tibi kerana ia jarang diperkatakan dan dianggap penyakit lama yang bukan lagi menjadi ancaman utama kesihatan. Namun, sehingga hari ini, tiba masih juga belum dapat dibendung,” katanya.Tambah Dr. Abd Rahman, penyakit ini boleh berjangkit dengan mudah kerana ia tersebar melalui udara seperti demam selsema. Bahkan, ia boleh berjangkit melalui air liur dan hingus hanya dalam beberapa jam.

Selain itu, kurangnya pengetahuan rakyat terhadap kewujudan dan tanda penyakit ini dan kekurangan kemahiran anggota keselamatan untuk melakukan pemeriksaan saringan dan makmal bagi mengesan penyakit tibi.

Dalam konteks ini, ramai yang mengetahui bagaimana penyakit ini merebak dan tibi yang disebabkan bakteria tuberkulosis dengan mudah merebak melalui udara.

“Sesiapa yang terdedah kepada bakteria ini boleh mendapat jangkitan. Bakteria ini masuk ke badan seseorang melalui saluran pernafasan sebelum ia menyerang paru-paru. Kuman tibi boleh merebak apabila seseorang yang dijangkiti itu batuk, bersin, ketawa atau bercakap sehingga terpercik air liur,” katanya.

Oleh itu, Dr. Abd Rahman menasihatkan agar orang ramai menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu setiap kali batuk mahupun bersin.

“Malangnya tidak ramai mengamalkan saranan ini. Masyarakat perlu jelas bahawa semua orang berisiko mendapat jangkitan, terutama golongan tua dan kanak-kanak di bawah empat tahun, tetapi sama ada ia menyebabkan penyakit atau tidak bergantung kepada daya ketahanan badan,” jelasnya.

Dalam pada itu, kuman tibi boleh hidup bertahun-tahun dalam badan manusia secara tidak aktif tanpa menyebabkan masalah dan individu begini dikelaskan sebagai pembawa kuman dan tidak menjangkiti orang lain.

Bahkan, seseorang hanya dikelaskan sebagai pesakit tibi apabila jangkitan itu membuatkan dia sakit. Dalam keadaan ini, dia boleh menjangkiti orang di sekeliling, khususnya orang tua dan kanak-kanak, jika tidak diberi rawatan segera.

“ Bukan semua orang yang dijangkiti kuman tibi akan menghidap penyakit ini. Mendapat jangkitan tidak bermakna akan menghidap penyakit kerana dalam keadaan biasa, sistem imun badan baik boleh menghapuskan kuman tibi dengan mudah.

Penyakit tibi berlaku dalam dua keadaan. Pertama, kuman tibi hidup dalam paru-paru seseorang selama lima hingga tujuh tahun tanpa menimbulkan gejala hingga individu berkenaan mengalami masalah kesihatan yang melemahkan sistem imunnya,” katanya.

Apabila ini berlaku, kuman tibi mula menyerang paru-paru secara aktif.

Kedua, serangan kuman tibi berlaku dengan cepat dalam masa beberapa minggu selepas dijangkiti. Ini biasanya berlaku pada pesakit yang mengalami masalah lemah daya tahan badan seperti pesakit Aids, kencing manis dan buah pinggang.


Walaupun mudah berjangkit, tibi boleh dicegah melalui dua cara. Pertama dengan memberi suntikan vaksin BCG bagi bayi baru lahir dan ketika berumur tujuh tahun; jika tiada parut pada lengan.

“Jika dulu kanak-kanak diberi suntikan kedua untuk memantapkan sistem imun terhadap jangkitan tibi, kaedah itu dihentikan apabila kajian mendapati ia tidak meningkatkan tahap ketahanan. Satu suntikan BCG ketika bayi sudah mencukupi untuk memberi perlindungan sebanyak 30 hingga 80 peratus.

“Namun, kita tidak boleh yakin sepenuhnya dengan pemberian vaksin ini. Apa yang penting kesedaran rakyat menyedari tanda-tanda awal tibi. Kemudian, berjumpa doktor untuk melakukan ujian tibi seperti ujian mantaoux., Ujian ini ialah ujian yang dilakukan untuk menyiasat jangkitan tibi pada seseorang. Lebih berkesan, doktor akan melakukan ujian ke atas kahak” katanya.

Perlu diingat suntikan BCG tidak menahan sepenuhnya seseorang itu daripada penyakit tibi. Seseorang yang pernah menghidap tibi boleh mendapat jangkitan berulang selagi ada sumber jangkitan (pesakit tibi yang tidak dirawat).

Kaedah kedua ialah pemeriksaan ahli keluarga terdekat atau rakan yang rapat dengan pesakit sebaik pesakit disahkan menghidap tibi.

Dr. Abd. Rahman menjelaskan, tanda batuk juga mempunyai beberapa kategori sama ada batuk berkahak atau tidak atau pun berdarah tetapi ia kebiasaannya akan melebihi jangka masa yang panjang iaitu dua minggu.

“Jika anda mempunyai tanda seperti ini, segera ke berjumpa doktor melakukan ujian tibi,” katanya.

Mengulas tentang kebanjiran pendatang asing yang mempengaruhi kemunculan semula tibi di Malaysia, Dr. Abd Rahman menyarankan mereka diberi suntikan BCG apabila memasuki Malaysia.

“Memang mereka akan didapati negatif ketika melakukan ujian tibi pada awalnya. Tetapi perlu diingat bakteria tibi boleh ada dalam diri seseorang tanpa sedar dan ia akan tidur dalam tempoh yang lama sebelum ia aktif menyerang paru-paru pada masa yang kita tidak ketahui.

Masyarakat juga perlu lebih peka dan menghindari kawasan sesak yang boleh memberi risiko seperti kawasan dewan tertutup. Tidak ada masalah jika masyarakat mengamalkan pencegahan seperti menutup mulut ketika batuk dan sebagainya,” jelasnya.

Rabu, 21 November 2007

Hempedu bumi (Andrographis paniculata) banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm. Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Nama-nama lain baginya adalah Hempedu tanah, pokok akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia). Ia tergolong dalam famili Acanthaceae.
Khasiat dan kegunaan
Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah, sakit tekak (tonsillitis), selsema, sakit dada, cirit birit dan demam.
Kesan Keracunan
Pada dos yang tinggi, tumbuhan ini boleh menyebabkan sakit perut dan hilang selera makan. Ia juga boleh menyebabkan ketidaksuburan. Ujian yang dijalankan ke atas tikus jantan mendapati bilangan sperma yang rendah dan kecacatan sperma. Persatuan Produk Herbal Amerika telah mengkelasifikasi Andrographis sebagai boleh menye babkan keguguran (abortifacient)
Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak( Ia sesuai juga untuk menguruskan badan).
Memandangkan air rebusan ini amat pahit dan sukar untuk diminum, sekarang terdapat hempedu bumi dalam bentuk kapsul. Ia amat mudah untuk ditelan.
Pada mereka-mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, NisaMelaka menyeru kembalilah kepada penggunaan tumbuhan herba sebagai rawatan alternatif.
Respon yang diterima dari mereka yang telah mengamalkan ubat hempedu bumi ini, ramai yang telah sembuh dan mereka merasakan pengamalan memakan ubat ini adalah lebih selamat berbanding ubat-ubat hospital yang mengandungi bahan kimia dan dadah. Sebenarnya negara kita ini terlalu kaya dengan tumbuhan perubatan, hanya kita sahaja yang tidak mengetahuinya.