Untuk menangani stress, pertama sekali adalah penting untuk seseorang mengenal pasti punca stress. Punca stress adalah pelbagai dan setiap orang tidak semestinya mempunyai tahap menangani stress yang sama.
Setelah mengetahui punca-punca berlaku stress, maka langkah menanganinya dapat dielakkan. Dalam kes saudari, saudari telah dapat mengesaninya iaitu berpunca daripada tekanan kerja dan ia juga mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain seperti gangguan emosi, hubungan antara rakan dan keluarga serta datang haid.
Seterusnya, saudari perlu memberikan keyakinan pada diri sendiri bahawa saudari mampu menghadapi cabaran yang mendatang. Setiap kali bangun dari tidur, ambil masa beberapa minit untuk bermeditasi dan meyakinkan diri anda sendiri.
Sentiasa berfikiran positif dalam hidup saudari!
Apabila berhadapan dengan masalah ditempat kerja, amalkan teknik pernafasan dengan betul. Cari tempat lapang yang selesa dan pejamkan mata dan tarik nafas sedalam-dalamnya dan lepas. Tenangkan fikiran dan yakinkan hati bahawa saudari boleh mengatasinya.
Jika berlaku pertengkaran, adalah lebih baik saudari menyelesaikannya dengan baik dan segera dan elakkan dari menyimpan ia terlalu lama. Memendam masalah terlalu lama boleh menyebabkan anda burst out. Jika perlu, gunakan orang tengah untuk membantu anda.
Elakkan juga dari menangguh kerja anda dan siapkan mengikut dateline yang ditetapkan. Pastikan meja dan fail-fail anda disusun dengan kemas dan teratur bagi memudahkan anda mencarinya.
Untuk mengelakkan penat yang melampau, saudari bolehlah menggunakan masa rehat diwaktu tengah hari untuk tidur sebentar dalam jangka masa 30 minit. insyaALLAH ia boleh memberikan kesegaran pada anda.
Selain itu, amalkan juga gaya hidup sihat seperti tidak merokok, makan makanan seimbang, mengamalkan kehidupan beragama dan mendekatkan diri dengan tuhan serta bersukan.
Sebolehnya juga saudari mempunyai teman baik yang boleh saudari kongsikan masalah dengan beliau. Elakkan menelan segala masalah yang berlaku seorang diri. Bersosial dengan rakan-rakan juga adalah penting dan carilah rakan-rakan yang berkelakuan positif dalam kehidupan mereka.
Teknik perbincangan secara berkumpulan ataupun dinamakan sebagai group therapy juga berkesan dalam menangani masalah stress. Untuk menjadikan ia lebih berkesan, lakukan group therapy di tempat-tempat rekreasi seperti taman, sungai dan sebagainya. Setiap ahli hendaklah mempunyai motivasi yang tinggi untuk membantu diri dan rakan-rakan.
Penggunaan supplement juga boleh diamalkan tetapi harus dipastikan kesesuaiannya dengan anda. Dapatkan nasihat dari ahli farmasi atau doktor anda sebelum menggunakannya.
Apabila pulang ke rumah, saudari juga boleh menggunakan teknik relaxation dengan cara bermeditasi dengan diiringi bunyi-bunyi instrumental berunsurkan alam seperti bunyi ombak, kicauan burung ataupun alatan muzik yang harmoni dengan anda. Pejam mata dan kosongkan fikiran anda dari memikirkan segala masalaha dan tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus dengan perlahan. Yakinkan diri anda bahawa anda tidak stress dan berada dalam keadaaan sejahtera. Terapi ini boleh diamalkan untuk tempoh 15-30 minit. Untuk mempelajari teknik ini secara lebih mendalam, anda bolehlah merujuk pakar psikiatri.
Penggunaan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ubat tahan sakit sebenarnya tidak perlu melainkan anda benar-benar tidak dapat menahan sakit. Pastikan penggunaan ubt-ubatan ini mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor.
Sekali sekala, ambil cuti untuk melancong bagi mengurangkan serabut anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan