Penyokong

Rabu, 21 November 2007

Hempedu bumi (Andrographis paniculata) banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm. Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Nama-nama lain baginya adalah Hempedu tanah, pokok akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia). Ia tergolong dalam famili Acanthaceae.
Khasiat dan kegunaan
Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah, sakit tekak (tonsillitis), selsema, sakit dada, cirit birit dan demam.
Kesan Keracunan
Pada dos yang tinggi, tumbuhan ini boleh menyebabkan sakit perut dan hilang selera makan. Ia juga boleh menyebabkan ketidaksuburan. Ujian yang dijalankan ke atas tikus jantan mendapati bilangan sperma yang rendah dan kecacatan sperma. Persatuan Produk Herbal Amerika telah mengkelasifikasi Andrographis sebagai boleh menye babkan keguguran (abortifacient)
Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak( Ia sesuai juga untuk menguruskan badan).
Memandangkan air rebusan ini amat pahit dan sukar untuk diminum, sekarang terdapat hempedu bumi dalam bentuk kapsul. Ia amat mudah untuk ditelan.
Pada mereka-mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, NisaMelaka menyeru kembalilah kepada penggunaan tumbuhan herba sebagai rawatan alternatif.
Respon yang diterima dari mereka yang telah mengamalkan ubat hempedu bumi ini, ramai yang telah sembuh dan mereka merasakan pengamalan memakan ubat ini adalah lebih selamat berbanding ubat-ubat hospital yang mengandungi bahan kimia dan dadah. Sebenarnya negara kita ini terlalu kaya dengan tumbuhan perubatan, hanya kita sahaja yang tidak mengetahuinya.

Tiada ulasan: