Hari ini Hang Anis ingin berkongsi tentang hadis junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Baginda pernah bersabda:
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”
Kaum bukan sejenis dalam hadis di atas merujuk kepada perempuan dan lelaki ajnabi atau bukan muhrim. Mengapa Hang Anis berkongsi tentang informasi ini? Hang Anis melihat muslimin dan muslimat, muda mahupun yang lebih berusia semakin ramai tidak menjaga isu bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang asing ini. Kita lihat betapa beratnya amaran Rasulullah s.a.w berkenaan isu bersentuhan antara lelaki dan perempuan ajnabi ini, tidak kisahlah tunang, kekasih, kawan-kawan, sepupu, dan sebagainya. Walaupun berat hukum ini, masih ramai yang memandang ringan dengan isu bersentuhan ini.
Hang Anis membayangkan, berbanding bersentuh untuk bersalam, bertepuk tampar, berpelukan dan bergurau antara lelaki dan wanita ajnabi ini menghasilkan dosa, mengapa tidak kita tinggalkan adegan bersentuh ini? Berbanding kita merintis jalan yang dimurkai Allah s.a.w, mengapa tidak kita tinggalkan sahaja perbuatan ini untuk mendapat reda dan kasih sayang Allah s.a.w?
Tepuk dada, tanyalah iman kita.
Minggu ini Hang Anis ingin berkongsi gambar sempena tajuk kiriman Hang Anis minggu ini. Gambar ini Hang Anis ambil dari blog http://justwanizamri.blogspot.com/2012_08_01_archive.html
Minggu ini Hang Anis ingin berkongsi gambar sempena tajuk kiriman Hang Anis minggu ini. Gambar ini Hang Anis ambil dari blog http://justwanizamri.blogspot.com/2012_08_01_archive.html
~Hang Anis~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan