Penyokong

Khamis, 11 Oktober 2012

Berubah menjadi lebih baik

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Kredit untuk Islamic Quotes


Apa khabar para pembaca yang dirahmati Allah sekalian? Hang Anis ingin berkongsi kepada para pembaca mengenai satu istilah, yakni berubah. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berubah ini membawa masuk bertukar daripada sesuatu keadaan semula. Melalui kiriman ini, Hang Anis ingin menyeru kepada semua pembaca  dan diri Hang Anis untuk turut melakukan perubahan dengan menukar diri kita menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Misalnya, kalau sebelum ini kita tidak menutup aurat, kita boleh berusaha untuk menutup aurat. Kalau kita kurang membuat kewajipan seperti solat fardu dan puasa, kita berubah menjadi hamba Allah yang berusaha melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kalau kita suka buat perkara-perkara mungkar seperti menipu dan mencuri, kita berusaha berhenti melakukan perkara tersebut.

Konklusinya, berubah menjadi lebih baik lebih digalakkan berbanding dengan kita tidak melakukan apa pun. Kalau berubah menjadi lebih baik, kita akan kurangkan berbuat dosa dan menambahkan amalan pahala. Hang Anis pun suka melihat perubahan ini berlaku dalam kalangan umat Islam pada masa kini berbanding kita statik di takuk lama. Mari kita berubah demi reda Allah s.w.t. Jom!

-Hang Anis-

Tiada ulasan: