Penyokong

Rabu, 19 Mac 2008

KAGUM BETUL DEN...

Kagumnya Nisamelaka bila terbaca tentang Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin yang telah memukau hadirin yang hadir di forum dengan kepandaiannya berbahasa mandarin, kantonese, hokkien , tamil selain fasih berbahasa Inggeris dan melayu.
Kagum Nisamelaka bukan sahaja terhadap kepandaianya menguasai banyak bahasa tetapi juga atas sikapnya yang sentiasa cool dan tidak mengutarakan apa-apa pandangan yang boleh membawa kontroversi sewaktu cadangan awal untuk melantiknya sebagai MB dulu dipertikaikan. Bagi Nisamelaka beliau seorang yang gentleman dan pandai menghadapi situasi semasa.
Alangkah indahnya sekira dalam parti islam ramai lagi yang berkebolehan seperti beliau. Keupayaan untuk menguasai bahasa lain selain bahasa ibunda adalah penting terutamanya untuk menjadi seorang pendakwah. Disaat bangsa asing sudah tidak berasa takut mendekati islam, sepatutnya kesempatan inilah yang perlu kita ambil untuk mendekati mereka dan menerangkan akan keindahan islam.
Sikap beliau juga yang tidak mudah melatah kita ditanya pemberita atau sesiapa sahaja patutlah dicontohi. Patutnya sikap berhati-hati ini perlulah sentiasa kita amalkan kerana kita maklum, musuh sentiasa mengambil kesempatan untuk menjatuhkan islam. Apa yang menjadi masalah ialah bila dah tersalah cakap atau kata-kata diputarbelitkan, puas pula nak mencover balik.Kadang-kadang sampai berbulan-bulan masa yang perlu diambil untuk terangkan semula apa yang telah menjadi isu akibat ketidakwaspadaan berkata. Kita mestilah maklum, tidak semua orang faham makna yang tersirat disebalik apa yang diperkatakan...
Kepada MB Perak, Nisamelaka mengucapkan tahniah dan teruskan berbakti kepada rakyat perak. Tunjukkan kepada mereka semua bahawa pilihan mereka memilih Mohd Nizar ini adalah satu yang paling tepat.
Kepada pejuang islam semuanya, terutama di Melaka, marilah bersama kita MEMPERHEBATKAN diri kita untuk BERSEDIA MEMERINTAH .....MELAKA.
p.s DPP ada tak yang nak buka kelas bahasa cina? Kalau ada Nisamelaka nak join sekali...

Tiada ulasan: