Penyokong

Khamis, 20 September 2007

Ujian DNA sahkan mayat didalam bag adalah Nurin Jazlin

Hati ini terasa amat tersentuh apabila membaca berita, ujian DNA mengesahkan mayat yang ditemui didalam bag pakaian adalah Nurin Jazlin. Sebelum ini Nisa' Melaka mendoakan agar apa yang telah dialami oleh kanak-kanak yang ditemui didalam bag tidak akan dilalui oleh Nurin dan mudahan-mudahan Nurin akan ditemui dengan selamat.

Apabila membaca hasil laporan bedah siasat yang didedahkan dalam akhbar tempatan, betapa ngerinya memikirkan bagaimanakah penderitaan yang ditanggung oleh kanak-kanak diusia 8 tahun, didera secara seksual yang akhirnya menyebabkan kematian. Dapat dibayangkan rintihan, raungan dan tangisan sianak kecil minta dikasihani, tetapi manusia yang memperlakukan itu adalah sebenarnya binatang yang bertopengkan manusia.

Ya Allah apakah yang telah terjadi kepada negara Malaysia yang kami sayangi ini? Satu persatu peristiwa yang menyayat hati berlaku di depan mata. Jenayah yang kian berleluasa, rogol, bunuh, dera dan bermacam-macam lagi. Ditambah pula bencana alam yang tidak terduga yang meragut banyak nyawa manusia. Apakah ini sebenarnya BALA dari Allah? Allah telah menurun kan banyak perkara sebagai peringatan kepada kita sebagai hambanya. Namun dek kerana sifat manusia yang sering LUPA, kita hanya ingat untuk sehari dua setelah berlakunya sesuatu perkara tapi bila masa berlalu, kita kembali seperti asalnya. Sewenang-wenangnya kita mula melakukan maksiat.

Oleh itu, marilah kita semua kembali semula kepada AGAMA. Itulah satu-satunya jalan yang terbaik untuk kita SELAMAT DI DUNIA DAN SELAMAT DI AKHIRAT.

Akhirnya untuk keluarga adik Nurin Jazlin Jazimin, Nisa' Melaka mengucapkan takziah atas apa yang telah menimpa keluarga itu. Berbanyakkanlah bersabar dan berdoa agar tabah menghadapi dugaan yang besar ini. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan beriman.

Selasa, 18 September 2007

NURIN DALAM KENANGAN


Dalam keadaan rakyat Malaysia masih turut sama bersedih dan sama-sama mencari kemana menghilangnya Nurin Jazlin, tiba-tiba gempar pula dengan berita terbaru, penemuan mayat kanak-kanak perempuan didalam bag pakaian dengan terdapatnya kesan-kesan penderaan. Persoalannya mengapakah terjadinya insiden yang demikian?

Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil, pastinya peristiwa-peristiwa ini amat merisaukan. Takut ianya akan menimpa diri sendiri. Bagaimanakah untuk bersama kita mengatasinya? Memang sekarang ini amat sukar untuk kita para ibubapa untuk mengawasi 24 jam anak-anak kita. Mereka perlu keluar dari rumah, untuk kesekolah, ke pusat tusyen, ke rumah kawan untuk mengulangkaji pelajaran malahan ke kedai belakang rumah untuk membeli jajan. Permasalahannya apakah keadaan mereka ini selamat? Seperti yang terjadi kepada adik Nurin, meskipun dia hanya pergi ke pasar malam yang berdekatan dengan rumahnya tetapi...hingga sekarang masih belum ditemui.

Cubalah kita letakkan diri kita ditempat kedua orang tua Nurin. Bagaimanakah untuk kita menghadapi situasi yang demikian? Mampukah kita? Untuk itu marilah sama-sama kita mendoakan agar Nurin segera dapat ditemui. Kita tidak mahu nasib Nurin sepertimana kanak-kanak yang dijumpai dalam bag pakaian.

Buat kedua ibubapa Nurin, dikesempatan ini Nisa' Melaka mendoakan agar berbanyak-banyaklah bersabar dan pasrah dengan dugaan Allah. Anda telah dipilih Allah untuk menghadapi dugaan yang berat ini. Namun disebalik semua yang berlaku pasti ada hikmah yang terselindung. InsyaAllah bersama-samalah kita perbanyakan munajat kepada Allah dibulan yang mulia ini agar Allah mengembalikan Nurin kepangkuan keluarganya seperti sediakala.



Sabtu, 15 September 2007




Kami Nisa' Melaka dengan segala sukacita menjemput ANDA semua untuk hadir ke Majlis NISA SMALLKINDNESS II (BERSAMA ANAK-ANAK YATIM).

Tarikh : 29 September 2007(17 Ramadhan 1428 H)- Sabtu


Tempat : Bayview Hotel, Melaka


Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari


MASUK ADALAH PERCUMA


Kami mengharapkan kedatangan ANDA SEMUA untuk meraikan anak-anak Yatim tersebut.


ANDA DAN NISA' KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA








MOHON SUMBANGAN IKHLAS UNTUK ANAK-ANAK YATIM

Firman Allah s.w.t :
"Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai anak-anak yatim. Katakanlah : Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya"
( Al Baqarah : 220)

Sempena mengimarahkan bulan Ramadhan dan kedatangan sinar Syawal ini, NISA Negeri Melaka akan menganjurkan satu program kemasyarakatan iaitu NISA SMALLKINDNESS II yang bakal memberikan sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim.

Program ini untuk meraikan seramai 50 orang anak-anak yatim disekitar negeri Melaka.Selain itu, program ini juga dapat memupuk rasa bertanggung jawab dan sikap prihatin masyarakat terhadap anak-anak yatim yang kurang berkemampuan dalam menyambut kedatangan sinar Syawal.

Sehubungan itu, NISA' Melaka memohon sumbangan IKHLAS daripada semua, supaya sumbangan anda dapat disalurkan kepada anak-anak yatim yang berkenaan.Semoga SUMBANGAN yang dihulurkan mendapat KEBERKATAN dan GANJARAN DISISI ALLAH S.W.T

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Pn Rogayah : 016-6324716 / 019-6267178
Pn Mahani : 013-6674588
Cik Jamilah : 013-6776835
Cik Rohani : 013-6804802

Sumbangan anda boleh di masukkan ke dalam akaun
Bank Simpanan Nasional Acc No : 04126-29-00004724-1
atas nama MAHANI OTHMAN BASIR
(Pengarah Nisa' Negeri Melaka)

Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik anda semua.

ANDA DAN NISA' KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA



Khamis, 13 September 2007

SALAM RAMADHAN


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Andai semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT adalah penawarnya
Dan jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA dan TAUBAT lah ubatnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya
Marhaban Ya Ramadhan, Mohon diberikan kekuatan Beramal....
Bertahajud Menyerikan Wajah
Bersyukur Membajai Barakah
Bermuhasabah Mencetus Hikmah
Bertawakal Membuahkan Pasrah
Bersaudara Menyemai Mahabbah
Berukhwah Kerana ALLAH

Ramadhan Datang Lagi...

Hari ini adalah hari pertama kita berpuasa untuk tahun 1428 H. Sesungguhnya marilah bersama kita mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana telah memberikan kesempatan untuk kita menunaikan ibadah puasa ini. Kita berharap agar Allah masih meminjamkan kita umur supaya dapat kita berpuasa sebulan.

Adik-adik yang baru belajar puasa macamana? Tentunya ada yang setiap waktu melihat jam dan sering kali bertanya kepada Ummi, bila lagi boleh makan? Sabarlah Dik.. itu baru satu hari, ada 29 hari lagi yang perlu dilalui.Bila melihatkan adik-adik ini walaupun masih kecil tapi bersemangat untuk berpuasa kita berasa amat kagum dengan semangat kental mereka.

Namun apa yang dikesalkan..ada mereka-mereka yang umurnya telah mewajibkan untuk berpuasa tapi...mereka lebih lemah imannya daripada adik-adik kecil tadi. Bagi mereka tiada bezanya antara bulan ramadhan ini dengan bulan-bulan yang lainnya.Mungkin sedikit perbezaan, bulan lain boleh makan-makan secara amat terbuka tapi bulan ramadhan ni terpaksa le menyorok sikit.. Ye le takut naik keta mayat.

Memanglah puasa ini bukanlah satu perkara yang senang untuk dilaksanakan terutama pada hari pertamanya. Kalau tidak kuat iman memang le tak mampu, tengok adik-adik kecil menjilat aiskrim pun dah terliur kita, rasanya sedap sangat bila melihat aksi adik kecil menjilatnya. Ok le dah melalut plak... Untuk itu NIsa' Melaka mengambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK, SEMUGA SEGALA AMALAN KITA DIRAHMATI DAN DIBERKATI

Khamis, 6 September 2007

Isnin, 3 September 2007

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN - UPSR


Hari ini bermulanya peperiksaan UPSR bagi pelajar tahun 6. Di kesempatan ini Nisa' Melaka mengucapkan kepada semua pelajar tahun 6 yang menduduki peperiksaan ini, Selamat menjawab peperiksaan dengan tenang dan berkeyakinan.

Adik-adik semua, ingatlah sebelum mula menjawab bacalah salawat keatas nabi banyak-banyak supaya segala apa yang telah adik-adik baca akan sentiasa segar teringat di dalam minda.

Adik-adik buatlah yang terbaik dari adik-adik untuk exam kali ini dan berjanjilah...KEJAYAAN yang bakal adik bawa balik dari exam ini merupakan HADIAH paling BERMAKNA untuk kedua orang tua.


"SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN"


NISA' MELAKA