Penyokong

Khamis, 13 September 2007

Ramadhan Datang Lagi...

Hari ini adalah hari pertama kita berpuasa untuk tahun 1428 H. Sesungguhnya marilah bersama kita mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana telah memberikan kesempatan untuk kita menunaikan ibadah puasa ini. Kita berharap agar Allah masih meminjamkan kita umur supaya dapat kita berpuasa sebulan.

Adik-adik yang baru belajar puasa macamana? Tentunya ada yang setiap waktu melihat jam dan sering kali bertanya kepada Ummi, bila lagi boleh makan? Sabarlah Dik.. itu baru satu hari, ada 29 hari lagi yang perlu dilalui.Bila melihatkan adik-adik ini walaupun masih kecil tapi bersemangat untuk berpuasa kita berasa amat kagum dengan semangat kental mereka.

Namun apa yang dikesalkan..ada mereka-mereka yang umurnya telah mewajibkan untuk berpuasa tapi...mereka lebih lemah imannya daripada adik-adik kecil tadi. Bagi mereka tiada bezanya antara bulan ramadhan ini dengan bulan-bulan yang lainnya.Mungkin sedikit perbezaan, bulan lain boleh makan-makan secara amat terbuka tapi bulan ramadhan ni terpaksa le menyorok sikit.. Ye le takut naik keta mayat.

Memanglah puasa ini bukanlah satu perkara yang senang untuk dilaksanakan terutama pada hari pertamanya. Kalau tidak kuat iman memang le tak mampu, tengok adik-adik kecil menjilat aiskrim pun dah terliur kita, rasanya sedap sangat bila melihat aksi adik kecil menjilatnya. Ok le dah melalut plak... Untuk itu NIsa' Melaka mengambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK, SEMUGA SEGALA AMALAN KITA DIRAHMATI DAN DIBERKATI

Tiada ulasan: