Penyokong

Khamis, 20 September 2007

Ujian DNA sahkan mayat didalam bag adalah Nurin Jazlin

Hati ini terasa amat tersentuh apabila membaca berita, ujian DNA mengesahkan mayat yang ditemui didalam bag pakaian adalah Nurin Jazlin. Sebelum ini Nisa' Melaka mendoakan agar apa yang telah dialami oleh kanak-kanak yang ditemui didalam bag tidak akan dilalui oleh Nurin dan mudahan-mudahan Nurin akan ditemui dengan selamat.

Apabila membaca hasil laporan bedah siasat yang didedahkan dalam akhbar tempatan, betapa ngerinya memikirkan bagaimanakah penderitaan yang ditanggung oleh kanak-kanak diusia 8 tahun, didera secara seksual yang akhirnya menyebabkan kematian. Dapat dibayangkan rintihan, raungan dan tangisan sianak kecil minta dikasihani, tetapi manusia yang memperlakukan itu adalah sebenarnya binatang yang bertopengkan manusia.

Ya Allah apakah yang telah terjadi kepada negara Malaysia yang kami sayangi ini? Satu persatu peristiwa yang menyayat hati berlaku di depan mata. Jenayah yang kian berleluasa, rogol, bunuh, dera dan bermacam-macam lagi. Ditambah pula bencana alam yang tidak terduga yang meragut banyak nyawa manusia. Apakah ini sebenarnya BALA dari Allah? Allah telah menurun kan banyak perkara sebagai peringatan kepada kita sebagai hambanya. Namun dek kerana sifat manusia yang sering LUPA, kita hanya ingat untuk sehari dua setelah berlakunya sesuatu perkara tapi bila masa berlalu, kita kembali seperti asalnya. Sewenang-wenangnya kita mula melakukan maksiat.

Oleh itu, marilah kita semua kembali semula kepada AGAMA. Itulah satu-satunya jalan yang terbaik untuk kita SELAMAT DI DUNIA DAN SELAMAT DI AKHIRAT.

Akhirnya untuk keluarga adik Nurin Jazlin Jazimin, Nisa' Melaka mengucapkan takziah atas apa yang telah menimpa keluarga itu. Berbanyakkanlah bersabar dan berdoa agar tabah menghadapi dugaan yang besar ini. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan beriman.

Tiada ulasan: