Penyokong

Isnin, 19 November 2007

CUTI SEKOLAH DAH BERMULA......


Salam...

Ketemu lagi. Minggu ini dah start cuti persekolahan bagi mereka yang bergelar murid sekolah. Pastinya ini adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang memang dah malas sangat nak naik van/bas kuning dan buat keja sekolah. Namun begitu disaat-saat ini ada juga yang sedang berhempas-pulas berperang. Bagi mereka yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan STPM NisaMelaka mengucapkan SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN. Jawablah dengan penuh hati-hati dan tenang. Sentiasalah bermohon kepada DIA yang berkuasa agar dipermudahkan segala urusan. Dikesempatan ini juga NisaMelaka mengucapkan kepada anak-anak didik dari Sek Men Maahad Ar Rahmah- Ayer Molek dan Sek Men An-Nuriah- Sg Udang do the best, beat the rest. Buktikan kamu dari Sekolah Agama boleh bersaing dengan mereka yang diluar sana yang sentiasa memandang rendah kepada "budak sekolah agama".


Sebenarnya musim cuti ini, mungkin musim yang menyeronokkan kepada pelajar-pelajar tetapi merupakan saat yang memeningkan kepala mak bapak terutama bagi yang bekerja. Ye lah anak-anak ni kalau takde aktiviti berfaedah masa cuti ni mulalah mereka akan buat perangai. Sebab itulah sekarang ni sibuk mak ayah bertanyakan mana program motivasi, mana program kem jati diri dan mana pusat-pusat tuisyen yang adakan kursus intensif masa cuti??.Nampak sangat le mak ayah zaman sekarang ni tak suka anak-anak diaorang duk kat rumah. Kenapa YE?


Dulu masa kami kecik-kecik, takde pun mak ayah nak mengeksport kami kemana-mana. Kalau musim cuti tu kat rumah le kami. Cuma aktiviti outdoor tu bertambah le skit. Dari hanya main tali skipping @ polis sentri dah berkembang kepada masuk hutan cari buah rotan, buah ketapi, buah kuran dan bermacam-macam buah hutan yang lainnya yang masa ni ramai orang dah tak kenal buah-buah tersebut. Tak pun main BEDIL yang diperbuat dari buluh kecil. Paling syok bila mandi-manda kat sungai...sambil makan buah jambu air atau buah ara.Main-main juga tapi time buat keja buat juge. Angkut air dari sungai, penuhkan tempayan, cari kayu api dan tolong mak ayah dikebun.


Bagi budak-budak sekarang, duk kat rumah pun mak ayah bimbang, pegi keluar pun hati mak ayah tak tenang. Teringat kepada kata-kata sahabat, "sekarang ni nak jaga anak-anak jauh lebih susah dari zaman dulu meskipun terlalu banyak kemudahan yang telah tersedia". Orang dulu-dulu anaknya ramai tapi steady je. Orang sekarang anak dua-tiga ketul pun dah tensen gila.... Inilah akibatnya bila manusia dah semakin jauh dari agama. Terimalah akibatnya...


Akhirnya dari NisaMelaka, selamat bercuti......









Tiada ulasan: