Penyokong

Isnin, 19 November 2007

PILIHANJALANRAYA ???


Terbaru ramai orang turut memperkatakan tentang isu demonstrasi jalanan / perhimpunan haram or apa-apa je lah nama yang diberikan kepada perhimpunan 100 ribu anjuran BERSIH baru-baru ini. Antara objektif perhimpunan itu diadakan adalah untuk menuntut supaya pilihanraya yang akan diadakan untuk masa-masa akan datang adalah benar-benar bersih, telus dan adil. Perhimpunan ini telah mengundang pelbagai pandangan pro dan kontra. Namun yang jelas perhimpunan ini bukan sahaja mendapat perhatian dari rakyat Malaysia khususnya tetapi juga dari masyarakat luar negara. Sekali-sekali bila buat sesuatu benda yang baru, baru le orang pandang. Tak gitu? Sebab kalau asyik stail lama je orang dah jemu dah. Perlu le juga tukar cara, tukar selera.

Apapun disini NisaMelaka melihat ada sesuatu yang perlu teramat sangat diberikan perhatian selain kejayaan dapat menghimpunkan rakyat berbaju kuning. Mengikut analisis rambang dari mereka yang turut serta dalam perhimpunan ini, 70% yang hadir adalah anak-anak muda. Ini sebenarnya adalah sesuatu yang menarik. Kalau selama ini sangkaan kita anak-anak muda lebih tertarik untuk meramaikan konsert-konsert, tetapi pada 10 Nov lalu sangkaan ini telah disangkal. Anak-anak muda sekarang dah mula celik. Mereka sanggup turun padang untuk bersama menyatakan kebenaran.

Hanya satu yang menjadi persoalan sekarang. Setelah perhimpunan bersurai kemanakah mereka? Tidakkah ada satu tindakan untuk menghimpunkan semula mereka? Bertanya soalan yang MAHA PENTING.. SUDAHKAH MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI????. Kita tidak mahu sejarah tahun 1999 berulang semula. Meskipun tika dan saat itu anak-anak muda bersemangat bersama mereka yang menjulang kebenaran tetapi bila tiba saat undian mereka menjadi penentu, semangat yang menyala, malap tiba-tiba kerana mereka bukan pengundi yang berdaftar. Oleh itu bertindak pantas lah.

Untuk adik-adik yang turut bersama berdemontrasi, pastikan anda telah menjadi pengundi yang sah bila telah cukup umurnya. Ingatlah setakat berhimpun, berdemo tidak kemana. Kuasa UNDIAN adalah lebih bermakna. Selagi ada masa, gagahkan kaki daftarkan diri.


NisaMelaka - Dah lama dah daftarnya......

Tiada ulasan: