Salam Ramadan
Apa khabar semua? Saya harap kalian semua sihat-sihat belaka. Pihak 3N Nisa' Melaka memohon maaf atas kelewatan mengemas kini kandungan blog akibat kekurangan kakitangan. Alhamdulillah, kali ini pengendali 3N Nisa' ialah Hang Anis. Hang Anis ingin berkongsi sedikit dengan semua mengenai fenomena puasa kali ini.
Seperti biasa, apabila masuk sahaja bulan puasa, Hang Anis merasakan masjid-masjid dan surau-surau semakin makmur. Alhamdulillah, Hang Anis juga seronok melihat ramai yang lebih giat beribadah seperti solat fardhu berjemaah, solat tarawih dan bertadarus Al-Quran ramai-ramai.
Tetapi, Hang Anis berasa lagi afdal andai perkara ini kita teruskan walaupun bukan bulan puasa. Buatlah walau hanya satu waktu solat berjemaah di masjid dan surau untuk sehari. Kalau solat tarawih boleh bertahan lapan rakaat minimum, solat fardhu lagilah bolehkan? Tambahan pula, solat tarawih ini sunat dan dilaksanakan setelah penat seharian berpuasa, kalau solat fardhu pun boleh buat pada hari bukan bulan Ramadan, alangkah baiknya. Sekurang-kurangnya, kita dapat menghidupkan masjid dan meneruskan sunnah Rasulullah s.a.w.
Kalau kita baru hendak bermula memang susah, tetapi kalau kita buat sedikit-sedikit dahulu secara konsisten, insyaallah kita dapat melaksanakan hasrat murni kita ini.
Kita mampu menjadikan bulan Ramadan bulan transformasi. Anda bagaimana pula?
~ Hang Anis ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan