Penyokong

Selasa, 26 Februari 2008

Beginilah Ceriteranya.....

Selawat dan Salam Keatas junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W, keluarga baginda, para sahabat, muslimin muslimat, mukminin mukminat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Aku berlindung dengan nama Allah dari Syaitan yang menghasut!!

Baru sebentar tadi, aku keluar minum teh tarik setelah penat menelaah (huh test lagi esok- sistem pendidikan...alahai). Sebenarnya memang menjadi kelaziman kami keluar minum lewat begini sekadar malas membuat air dirumah. Di kedai mamak boleh juga pekena roti arab...huhu

Bukan itu yang ingin aku kongsikan...tetapi kisah menarik sekitar perbualan sekumpulan pak cik tua (lingkungan 40-an ke 50-an). Semestinya kisah politik telah berjaya menarik perhatianku...huhu akupun memasang telinga dan menjadi pendengar yang baik perbualan mereka.
Perbualan itu pada asalnya berkisar kegiatan mereka. Aku percaya mereka adalah penduduk kampung yang bekerja sendiri (berdasarkan perbualan dan keluhan mereka)...Dan aku mula tertarik apabila salah seorang daripada mereka membuka kisah penamaan calon Ahad lepas. Dia telah pergi dan bersaksi bahawa pihak pembangkang lebih ramai penyokong!!...huhu ini terpaksa aku akui...Kemudian selang perbincangan mereka agak panjang...malas aku menulis semuanya..sekitar isu2 setempat dan nasional yang aku yakin diketahui umum...tetapi satu yang membuatkan aku tersedak teh tarik...bilamana salah seorang daripada mereka mengeluarkan statement begini...(asalnya aku yakin mereka adalah pembangkang!!)
"Aku nie man bukan x nak sokong pembangkang nie... depa nie bagus2... malah kalau nak nengok hebat, aku rasa semua hebat2 belaka... Kerajaan nie pulak aku tahu memang jahat!!... habis semua disapunya... harta... rasuah sana sini... tahun pertama jadi wakil rakyat, kehidupan berubah terus... kekayaan meningkat mendadak... kalau bukan rasuah... macam mana depa dapat kekayaan tu??"Setakat ini, aku sangat yakin pak cik yang berkata begitu akan memangkah PAS!!... tetapi... alahai manusia...
"Tapi, cuma satu je la yang x best kalau PAS memerintah... teruk kita nanti, kat mana kita nak beli no ekor??... " kuang2 Terus malas aku nak dengar lagi ape yang dibincangkan!!..
Ya Allah manusia macam niepun ada kat bumi malaysia ini... moga Allah bagi hidayahNya kat pak cik tu... segala penyelewengan kerajaan dihapuskan just dengan perkara haram yang menjadi rutin hariannya??... sapa nak jawab??!!

p/s Pendekarserkam, macamana nak kempen orang macam ni?????


Ahad, 24 Februari 2008

Munajat Pilihanraya


"الحمدلله الواحد الاحد الفرد الصمد الذى لم يلد ولم يولدز لا اله الا الله الحليم الكريم ،سبحان الله رب العرش العظيم الحمد لله رب العالمين واصلاة والسلام على رسول الامين اشرف الانبياء المرسلين وعلى اله الطاهرين واصحابه اجمعين اللهم نسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والغنيمة من كل بر والسلامة من كل اثم لا تدع لنا ذنبا الا غفرته ولا هما الا فرجته ولا حاجة هي لك رضا الا قضيتها يا ارحم الراحمين يا ذىالجلال والاكرام



Ya Allah Tuhan Yang Maha Perkasa, Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Yang menjadi tempat hamba-hamba-Nya mengadu, yang tidak ada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah. Sesungguhnya, kami mengaku, lemahnya kami, banyaknya dosa kami, buruknya kelakuan kami, lalainya amal-amal kami, sedikitnya ibadat kami, tatapi Ya Allah, kami tidak pernah berTuhankan melainkan kepada Engkau Ya Allah, kerana tidak ada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah Yang Maha Tunggal.


Ya Allah, Tuhan Yang memiliki alam semesta, kami mengadu kepadaMu, berilah kemenangan kepada Parti Islam SeMalaysia dan sekutu-sekutunya dalam pilihanraya kali ini Ya Allah. Kau berikan kekuatan kepada kami, kegerunan kepada musuh-musuh kami, Kau kuatkan saf-saf kami, hancurkan barisan musuh-musuh kami. Ya Allah Yang Maha Perkasa, Engkau hancurkanlah peluang mereka, patah-patahkanlah hujah mereka, kembalikanlah tipu daya mereka kepada batu jemala mereka sendiri.Engkau kalahkanlah mereka sebagai mana Engkau kalahkan tentera ahzab dahulu.


Ya Allah, tamatkanlah keangkuhan dan kesombongan mereka, patah-patahkanlah tulang-temulang mereka, putus-putuskanlah urat temurat mereka, lemahkanlah daya mereka, dan berikanlah kemengangan kepada Kami Ya Allah.


Ya Allah, kepadaMu kami mengadu, kerana tiada tempat bergantung melainkan kepadaMu, kami serahkan pengundi-pengundi hantu yang memihak kepada musuh kami kepada-Mu Ya Allah. Engkau timpakanlah kesusahan kepada mereka, Engkau sempitkanlah usaha mereka, Engkau halangkanlah usaha mereka, Engkau lumpuhkanlah segala pergerakan mereka,Engkau timpakanlah musibah kepada mereka seumur hidup mereka, Engkau butakanlah mata mereka sehingga tiada apa yang mereka nampak melainkan bulan purnama yang bersinar ceria.
Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar, Tuhan Yang Maha Membalik-balikkan hati, berilah petunjuk kepada rakyat Malaysia untuk mengundi parti kami dan sekutunya, balikkanlah hati mereka untuk mengundi parti kami dan sekutunya, hanya Engkau Yang Maha Berkuasa.


Amin ya Rabbal Alamin. "

Dengarlah cerita...

Marilah bersama membaca cerita ini berkenaan seorang Tok Guru...


Suatu pagi di aspuri MMP.... Seperti biasa pada hari minggu, bangun awal pagi, mengemas katil dan melaksanakan 'operasi' iaitu beramai-ramai mengemas dan membersihkan dorm. Selesai rutin tersebut barulah kami menyiapkan diri dan turun ke kantin untuk bersarapan. Kalau orang lain fobia tinggal di asrama tapi aku lain pula.Rasa seronok dan sentiasa teruja dengan setiap aktiviti asrama. Dorm yang aku duduki ini adalah dorm yang paling besar. 'Bilik Dua'. Penghuninya bukan 10 orang tetapi 60 orang! Katil disusun berbaris dalam 2 'line'.Bercadar putih. Penghuninya adalah pelajar tingkatan satu dan dua. Oleh kerana penghuninya terlalu ramai adalah agak mustahil untuk berkenalan mesra dengan semua orang kecuali dengan 'jiran-jiran' yang berdekatan katil kita sahaja ataupun kawan yang memang rapat dengan kita di sekolah.Suka juga untuk disebutkan di sini walaupun besar dan ramai penghuni Bilik 2 sentiasa mengungguli tempat teratas dalam pertandingan bilik terbersih! Jadi setelah selesai segala rutin tadi aku pun turun ke bawah membawa buku dan alat tulis, cadangnya selepas sarapan mahu ke kelas atau ke surau untuk siapkan kerja-kerja sekolah dan ulangkaji.Aku ini rajin beb! Dari tangga aku lihat seorang pakcik berserban putih, berbaju melayu lusuh dan berkain pelikat sedang tertinjau-tinjau mencari seseorang. Mungkin kerana pagi sudah terlalu meninggi, tidak ramai yang berada di perkarangan asrama A. Teragak-agak begitu... aku menegur. " Cari sapo pokcik?" " Ho... ambo cari Nik Amalina, tingkate satu... mek kenal ko? ""Ohhh... kenal.kenal sebilik denga sayo... nanti nok gi panggil... pokcik ni sapo?" "Ayoh dio, ma dio kato dio tak segar, suruh mari ambik... tu ye ambo mari tuh..." Aku bergegas naik ke bilik. Terus kucari Amalina. Mujur Amalina berada dihadapan lockernya. Sedang ralit menghitung duit dalam tabungannya. "Dik Na, ayoh tunggu bbawah... " Bundar matanya melihat aku. Aku angguk-anggukkan kepala beberapa kali. Tanpa banyak soal Amalina terus mencapai tudung dan bergegas ke bawah untuk menemui ayahnya. Aku pula langsung ke kantin untuk mengisi perut. Rasanya ini bukan sarapan pagi lagi... Ketika aku melintasi surau asrama , aku lihat Amalina dan ayahnya tadi berjalan beriringan menuju kekereta. Kereta merc benz yang kelihatannya sudah agak uzur. Aku suka pakcik ini. Walau pertama kali bersua muka. Walau aku tidak mengenali dia. Tidak kusangka lelaki tua sederhana ini ayah kepada Nik Adilah, Nik Amani dan Nik Amalina. Tidak kusangka jua... Lelaki tua, sederhana berkain pelikat berbaju lusuh itu... rupanya lelaki inilah, yang memayungi setiap jiwa pimpinannya dengan setulus doa, secekal harap, dan semurni-murni penyerahan pada yang Maha Esa. Lelaki tua ini... yang mentadbir dunianya dengan matahati dan neraca iman, dunia ditangannya, akhirat dihatinya, moga Tuhan memelihara dirimu dan seluruh umat ini dengan siraman rahmah dan kasih sayang.... Dialah Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Terima kasih Tok Guru, Terima kasih Tuhan.
catatan umi, ex student mmp, 1988-1994.