Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 2008 November 30

PROGRAM DO YOUR OWN BLOG BERJAYA MENARIK MINAT RAMAI

Program Do Your Own Blog anjuran Nisa Melaka hari ini berjaya menarik minat ramai remaja untuk mencipta blog sendiri.

Program yang dijalankan di salah sebuah pusat komputer di Pekan Duyong ini merupakan julung kali diadakan oleh Nisa Melaka.
Selain remaja perempuan, program ini disertai oleh remaja lelaki dan beberapa orang dewasa. Penyertaan yang diluar dugaan menyebabkan penganjur terpaksa mengadakannya sebanyak 2 sessi.

Ahli Jawatankuasa Nisa Melaka, Nazeerah Zainal berkata program bertujuan untuk memberikan peluang kepada remaja mempunyai blog sendiri untuk tatapan diri sendiri dan rakan-rakan dari jauh dan dekat.

"Insya Allah kita akan mengadakan program sebegini dari masa ke semasa dan diharapkan semua remaja dapat mengunjungi blog Nisa Melaka untuk mendapatkan maklumat terkini tentang program Nisa Melaka" katanya.
Nota : Gambar-gambar sekitar program ini.

0 ulasan:

Nisa Pahang

Nisa Terengganu

Nisa Perak

Nisa @ Kuala Lumpur

Nisa' Negeri Perlis

Nisa Negeri Sembilan

Nisa' Sabah