Penyokong

Selasa, 11 November 2008

MEREKA TELAH SYAHID, KITA BAGAIMANA?







Hari ini apabila saya membaca sinar harian barulah saya mendapat tahu rupa-rupanya ketiga-tiga mereka yang terlibat dalam pengeboman dibali telah pun menjadi arwah. Entah macamana untuk digambarkan perasaan saya kerana baru 2-3 minggu lepas saya menyaksikan video dimana salah seorang daripadanya bila ditanya oleh wartawan tentang hukuman mereka, masih boleh lagi menjawab dengan tenang dan juga masih sempat berlawak.


Ketika itu saya sempat berdiskusi dengan suami, bagaimanakah keadaan dan perasaan kita sekiranya kita berada ditempat mereka. Bagaimana agaknya ye kalau kita tahu tarikh kita akan mati?. Bukankah mati itu adalah sesuatu yang amat menakutkan bagi kita? Ye lah rasanya terlalu sedikit lagi amalan yang hendak kita persembahkan dihadapan Allah, malahan terlalu banyak lagi dosa-dosa kita kepadaNya. Tetapi rasanya lebih baik kita tahu bila kita akan mati, sekurang-kurangnya kita akan sentiasa mempersiapkan diri kita untuk menghadapi saat itu daripada kita mati eksiden yang mana kita tidak sempat berbuat apa-apa? Entahlah tetapi yang nyata...bila disebut soal mati eeeei takutnya.


Marilah kita berfikir sejenak, semua orang akan melalui saat-saat kematian. Maksudnya semua orang akan mati,cuma cara mati saja yang berbeza. Oleh itu daripada kita mati diatas katil disebabkan sakit atau diatas jalanraya kerana eksiden, lebih baiklah kita memilih untuk mati digantung,ditembak atau dipancung kerana menegakkan AgaIma Allah. Sakitnya sama saja, mungkin sakitnya mati diatas tilam lebih lagi dari sakit mati dipancung, mana tahu kan kerana kita yang hidup masih belum merasakannya. Tetapi yang nyata mati kerana Allah, sudah tentu PASTI akan terus ke SYURGA TANPA DIHISAB. Aduhai betapa bertuahnya mereka yang dipilih Allah itu....


Sebenarnya semua kita mempunyai peluang untuk mati syahid. Jesteru itu dalam doa kita sentiasa kita pohonkan agar mati kita, matinya seorang syuhada' dan kita berusaha kearah itu. Tetapi malangnya kita, kita berdoa untuk syahid tetapi nak keluar rumah untuk kerja-kerja jemaah pun kita tak mahu. Kita akan melebihkan lagi kerja-kerja kita dipejabat, ditambah pula kerja-kerja rumah yang tidak akan habis-habis.


Memang bila kita terlibat dengan kerja-kerja jemaah, ianya menuntut pengorbanan yang amat tinggi. Berbagai mehnah dan tribulasi terpaksa dihadapi. Oleh itu ramai diantara kita mengambil jalan mudah....KAMI BERSAMA TETAPI SEBAGAI PENYOKONG SAJA, CUKUPLAH... Bukan sebagai PENGERAK...Oleh itu bagaimana mungkin kita boleh memperolehi syahid, kalau untuk itu sahaja kita tidak boleh berkorban? Bagaimana bisa kita akan TERKORBAN?


Untuk itu kepada semua sahabat yang tersayang, marilah kita semua merenung semula, MATI ITU HANYA SEKALI SAHAJA, DAN BIARLAH MATINYA KITA ITU ADALAH MATI YANG TERBAIK......


Tiada ulasan: