Penyokong

Khamis, 22 November 2012

Cerita Boikot-boikot

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua sahabat Hang Anis. Semoga kalian dirahmati Allah s.w.t .

Baiklah, Hang Anis ingin berkongsi mengenai fenomena boikot-boikot yang semakin panas akhir-akhir ini. Hang Anis berasa sungguh berbunga hati ini apabila melihat ramai penduduk dunia termasuklah Malaysia tanah air kita menyahut seruan boikot atas kekejaman Zionis Israel dan tindakan sekutu-sekutunya. Hari ini, Hang Anis ada mendengar khabar mengenai pengumuman Perdana Menteri Israel yang mahu menggencat senjata kembali. Harap-harap benarlah kenyataan beliau ini.

Apa itu boikot? Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, boikot ini membawa maksud  pemulauan seperti ke atas barang-barang keluaran negara asing bagi menyatakan rasa tidak setuju ataupun memaksa individu atau institusi yang berkenaan menerima syarat tertentu. Konklusinya, boikot yang ramai pihak terlibat ini merupakan boikot produk yang memberikan sokongan moral dan kewangan kepada pihak Zionis Israel bagi membantah kekejaman mereka kepada umat Islam Palestin, dengan siri serangan mereka yang terbaru yang berlaku di Gaza sekali lagi.


Mengapa kita perlu BOIKOT? Melalui pembacaan dan pemerhatian Hang Anis terhadap pandangan dan luahan hati para pemboikot ini, Hang Anis dapat simpulkan bahawa cara paling pantas untuk menyuarakan bantahan melalui pemberi dana Zionis sendiri. Pertama, mereka telah pun mempunyai perniagaan bersifat global dan antarabangsa. Francais dan cawangan mereka meliputi majoriti negara dunia seperti McD, Danone, Nestle, Starbuck, Coca Cola, banyak lagi produk. Tambahan pula, produk-produk ini memang mempunyai pelanggan tetap disebabkan oleh kualiti produk mereka. 

Sayang seribu kali sayang, pengeluar produk-produk terkenal ini menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk menyokong misi Israel bagi merampas dan menganiya hak umat Islam Palestin. Sumbangan yang pernah dilakukan Coca Cola ini antaranya ialah sokongan Coca Cola secara berterusan selama 30 tahun kepada Israel dan tidak tunduk kepada tekanan oleh pemboikotan Liga Arab terhadap Israel sehingga diiktiraf Israel melalui Israel Trade Award Dinner 1997 oleh Kerajaan Misi Ekonomi Israel. Sebagai timbal balas kepada berjuta-juta insentif oleh Israel sendiripembinaan janakuasa melalui pengumuman Coca Cola pada Julai 2002 di atas Kiryat Gat, tanah dirampas daripada warga Palestin. Nestle juga sebagai pencipta Maggi, Milo, Nescafe, dan produk-produk lain turut melakukan pembangunan di tanah warga Palestin yang dirampas oleh Israel menjual produknya secara global bagi menyokong ekonomi Israel. Secara mudah, kalau kita memboikot produk-produk ini, secara langsungnya kemerosotan keuntungan mereka akan terus menjadi amaran kepada Israel kerana dana yang menyokong mereka terjejas.

Apakah efek pemboikotan kita ini? Apabila sebuah perniagaan yang besar runtuh maka ia akan membuka peluang kepada perniagaan-perniagaan yang kecil untuk membangun. Sepatutnya kita mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membangunkan ekonomi secara berdikari. Contohnya, Coca Cola yang telah lama mendominasi pasaran negara Asia Tengah telah mengalami kemerosotan hampir 60 % akibat daripada perbuatan boikot ini. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif daripada perniagaan milik muslim dari Iran ZamZam Cola sehingga dikatakan tidak dapat menampung jumlah permintaan bagi memenuhi kekosongan yang ditinggalkan oleh Coca Cola. Mereka berjaya menjual sebayak 4 juta tin minuman dalam minggu pertama, perkara yang tidak dijangka sama sekali. ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih baik kepada masyarakat. Sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, menjadi negara Eropah pertama yang mengimpot ZamZam Cola. Sekarang terdapat banyak alternatif lain untuk Coca Cola seperti Radix Cola dan Mecca Cola juga. McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF). JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel yang akan memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry. Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Dijangka sejumlah 175 restoran ditutup, dengan membawa kerugian sebanyak USD 350 juta. Jadi, usaha memboikot sebenarnya tidak sia-sia. 

Hang Anis percaya tindakan memboikot ini memang mudah bunyinya, tetapi tindakan kecil ini pun mampu memberi impak yang diharapkan. Walaupun usaha kita tidak sehebat saudara kita di Palestin, ibarat si burung kecil yang mahu memadam api Nabi Ibrahim a.s, namun pertolongan sedikit dengan doa semua pasti mengharapkan kemenangan umat Islam dan reda Allah s.w.t. 

Allah mengarahkan kita untuk membuat persiapan bagi menghadapi segala bentuk musuh-musuh ini. Firman Allah: 

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Al-Anfaal: 60)


Ingatlah baik-baik bahawa membiarkan diri santai-santai, berada dalam zon selesa tanpa perlu berjuang, berkorban adalah satu perbuatan menjatuhkan diri sendiri ke dalam kebinasaan! Dalam ayat yang lain, Allah menempelak golongan yang ingin bersenang-lenang dan tidak mahu berjuang: 

“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan A
llah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.” (At-Taubah: 38)

Kalau minta boikot McD pun berat tangan dan rela makan McD, berbaloikah nikmat McD berbanding nikmat di akhirat nanti?





Tiada ulasan: