Hang Anis ingin berkongsi pada minggu ini dengan pembaca sekalian tentang bersabar. Untuk pengetahuan anda, bulan puasa ini merupakan bulan yang menguji kesabaran emosi, mental dan fizikal kita. Kita berlapar, menahan haus, dan bersabar dengan karenah manusia yang lain. Hang Anis suka tengok orang yang berpuasa ini berusaha menahan marah dan gelojak emosi. Selain itu, Hang Anis suka melihat ramai orang berusaha menjadi lebih baik pada bulan ini. Menjelang Aidilfitri kelak, Hang Anis berharap kita semua masih mengekalkan disiplin bersabar dan melakukan kebaikan ini kerana kita akan mendapat pertolongan dan rahmat Allah s.w.t.
Hang Anis faham, ada dalam kalangan kita yang menerima sindiran dan respon negatif apabila kita hendak berubah menjadi lebih bersabar dan baik. Jangan risau, sahabat junjungan mulia Rasulullah s.a.w. sendiri turut mengalami respon negatif daripada ahli keluarganya.
Takkan kita nak kebaikan bersabar dan melakukan kebaikan setahun sekali sahaja kan?
Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Riwayat Muslim
Gambar pilihan Hang Anis minggu ini daripada link
Hang Anis suka tengok budak kecil ini membaca bersungguh-sungguh. Kecil-kecil sudah pandai membaca dan menuntut ilmu.
#Nanti adik besar nak jadi umat Rasulullah s.a.w yang terbaik... Insyaallah adik.
1 ulasan:
Hang Anis, tulisan hadis ni kecil sangat. Take note betulkan. Artikel menarik, thanks~
Catat Ulasan