Assalamu'alaikum wbt dan Salam Ramadan.
Hang Anis ingin berkongsi dengan semua tentang perihal melewatkan sahur. Mesti kita semua ada yang sedia maklum dan ada juga yang belum tahu, mengapa kita perlu melewatkan sahur?
Hang Anis ada membaca artikel http://abuhanis.blogspot.com/2006/07/bersahur-dan-pandangan-sains.html yang bertajuk "Bersahur dan Pandangan Sains". BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah amat penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis. Kesimpulannya, apabila kita melewatkan waktu sahur, maka waktu sahur kita menjadi waktu sarapan pagi. Kebaikannya, kita akan dapat manfaat sarapan pagi melalui sahur.
Kalau kita membaca banyak lagi artikel mahupun bahan bacaan mengenai kelebihan melewatkan sahur, maka lagi banyaklah manfaat yang mampu kita peroleh. Hang Anis berharap Hang Anis bersama-sama para pembaca dapat manfaat yang cukup baik daripada sunnah junjungan mulia Rasulullah s.a.w. sempena bulan Ramadan ini.
Jom!
-Hang Anis-
Sabda Rasulullah s.a.w, “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa.” (Ahmad) Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu subuh dan berhubung dengan ini Zaid bin Thabit pernah berkata, “Kami pernah bersahur bersama nabi kemudian kami bangun untuk melakukan solat (subuh).” Kemudian Zaid bin Thabit disoal, “Berapa lama masa antara keduanya (yakni antara makan sahur dan solat subuh)?” Berkata Zaid, “Sekadar membaca 50 ayat Al-Quran.” (Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan