Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Warga pelajar dan pendidik sekalian,
Setiap kali menjelang 16 Mei, mengingatkan kita akan hari yang bersejarah dan bermakna iaitu sambutan Hari Guru. Tarikh 16 Mei dijadikan tarikh keramat bagi mengenangkan jasa dan sumbangan para guru terhadap usaha membangunkan kualiti modal insan menerusi wadah pendidikan.
Penamaan tarikh 16 Mei sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan ketika itu.
Sejarah telah memahatkan bahawa jatuh bangun sesuatu bangsa bergantung kepada kualiti pendidikan umat tersebut. Jika mundurnya pendidikan umat tersebut, maka mundurlah bangsa itu sebaliknya jika maju pendidikan umat tersebut, maka majulah bangsa tersebut. Justeru usaha membangunkan pengupayaan umat (nation capability) amat mendesak dan tugasnya terletak di tangan para guru sebagai pilar utama menjayakan agenda membangunkan ketuanan umat dan negara.
Dunia pendidikan kita berada antara dua persimpangan. Pendidikan sebagai wadah melahirkan generasi berkualiti atau wadah komersil mengaut keuntungan semata-mata. Pendidikan jika diabaikan inti dan makna perjuangan dan idealisme mengangkat harakat masyarakat madani akan meminggirkan nilai akhlak dan pembentukan sahsiah para pelajar. Akhirnya akan melahirkan generasi yang beracuankan pemikiran penjajah dan luntur nilai-nilai keislamannya.
Tidak hairanlah kita melihat pelbagai masalah dan gejala sosial yang menimpa anak-anak pelajar kita. Dari kisah ponteng sekolah hinggalah kes pembuangan bayi, pembunuhan dan salahlaku seks. Semuanya ini adalah gambaran ketempangan dan keluwesan sistem pendidikan kita. Para guru harus bertindak sebagai agen perubah dan penjana modal insan terbilang.
Usaha memulih dan memperkasakan pendidikan terletak di bahu warga guru dan pendidik. Para guru perlu memugar dan membugar idealisme perjuangan untuk membina semula sebuah masyarakat luhur di dalam sebuah negara yang pelbagai etnik dan bangsa ini. Pendidikan tidak terhad sebagai proses pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah tetapi harus menjangkau kepada pembinaan personaliti para pelajar.
Rasulullah dan para sahabat r.a adalah model unik kejayaan satu sistem pendidikan rabbani. Pendidikan yang berteraskan kepada ilmu wahyu dan suluhan rabbani telah berjaya mencetak generasi yang dikenali sebagai Jil Qurani Farid (Generasi Al-Quran Yang Unik). Sewajarnya para pendidik mencontohi dan menimba kejayaan sistem tersebut.
Cabaran dunia pendidikan amat getir dan bukan kepalang. Para guru perlu meningkatkan keupayaan kemahiran softskill dan hardskill sebagai seorang pendidik agar mampu mendepani cabaran tersebut. Tanpa persediaan dan persiapan yang secukupnya, mereka akan gagal dan kecundang dalam memartabatkan pendidikan ini. Imbuhan dan insentif dari pihak kerajaan dalam memajukan bidang pendidikan amatlah dialu-alukan.
Bersempena Hari Guru ini, marilah kita bersama-sama menghargai jasa dan pengorbanan para guru. Semoga keringat dan sumbangan bakti mereka menjadi amal pada hari kemudian. Guru bak kata orang adalah lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain.
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
1979
Selamat Hari Guru
“Guru Pembina Negara Bangsa”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan