Selasa, 28 April 2009
Rabu, 22 April 2009
Nisa Indoor Games 2009

MARI NISA MELAKA KITA BERSAMA MEMERIAHKAN LAGI NISA INDOOR GAMES YANG AKAN DIADAKAN PADA 25 APRIL INI DI DEWAN JUBLI PERAK, SHAH ALAM.
DI PROGRAM INI KITA DAPAT BERMAIN KEMBALI PERMAINAN YANG MUNGKIN SESETENGAHNYA TELAH MENJADI NOSTALGIA BUAT KITA
AYUH BERSAMA, JUMPA DISANA......
Rabu, 15 April 2009
KEM SURVIVAL NISA SIRI 1
Bertempat di Sek Men Ar Rahmah, seramai 90 orang peserta telah menyertai kem survival nisa siri 1. Program yang berlangsung pada 11 & 12 April ini telah mulakan dengan acara nisa indoor games yang menampilkan beberapa permainan tradisional yang kian dilupai oleh generasi muda kini. Antara permainan yang diadakan seperti congkak, batu seremban, dam ular gergasi, ceper tutup botol, tuju tin dan juga zero point. Ramai antara peserta yang tidak pernah bermain tuju tin dan zero point sebelum ini dan mereka amat tertarik dengan permainan ini.
Pada sebelah petang, pertunjukan fesyen anggun muslimah diadakan. Motivasi yang diadakan pada sebelah malam telah disampaikan oleh Pengarah Nisa Melaka, Puan mahani Othman. Kekentalan jiwa peserta terus diuji dengan slot Ghost Hunter, dimana diwaktu program ini dijalankan peserta diingatkan bahawa dalam apa sekalipun keadaan, pergantungan kita mestilah kepada ALLAH.
Program diteruskan pada keesokan harinya dengan pertandingan senamrobik dari setiap kumpulan. Meskipun peserta kelihatan agak kepenatan tetapi mereka masih lagi mampu untuk meneruskan tugasan yang telah diberikan kepada mereka iaitu menjadi petani moden. Meskipun tugasan ini agak mencabar bagi mereka kerana kebanyakkan mereka tidak pernah sekali memegang cangkul tetapi disebabkan mereka bekerja dalam kumpulan, semua dapat dilaksanakan dengan baik. Disini konsep berjemaah dapat mereka pelajari.
Sepanjang program ini berjalan, peserta dikehendaki memasak makanan mereka sendiri dengan menyediakan semua peralatan dan bahan dari rumah. Mereka juga tidur didalam khemah.
Rata-rata peserta yang ditemui setelah program ini selesai, amat berpuashati dengan program ini dan berharap siri-siri yang lain akan diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik dan mencabar. InsyAllah Nisa Melaka akan meneruskan program-program sebegini bagi mendidik remaja kini supaya mempunyai semangat yang kental dan jati diri serta tidak terikut dengan unsur-unsur negatif yang makin berleluasa kini terutama dikalangan remaja
Langgan:
Catatan (Atom)


