Penyokong

Rabu, 15 April 2009

KEM SURVIVAL NISA SIRI 1

Peserta bermain dam ular gergasi

Bertempat di Sek Men Ar Rahmah, seramai 90 orang peserta telah menyertai kem survival nisa siri 1. Program yang berlangsung pada 11 & 12 April ini telah mulakan dengan acara nisa indoor games yang menampilkan beberapa permainan tradisional yang kian dilupai oleh generasi muda kini. Antara permainan yang diadakan seperti congkak, batu seremban, dam ular gergasi, ceper tutup botol, tuju tin dan juga zero point. Ramai antara peserta yang tidak pernah bermain tuju tin dan zero point sebelum ini dan mereka amat tertarik dengan permainan ini.

Fesyen Show Anggun Muslimah


Pada sebelah petang, pertunjukan fesyen anggun muslimah diadakan. Motivasi yang diadakan pada sebelah malam telah disampaikan oleh Pengarah Nisa Melaka, Puan mahani Othman. Kekentalan jiwa peserta terus diuji dengan slot Ghost Hunter, dimana diwaktu program ini dijalankan peserta diingatkan bahawa dalam apa sekalipun keadaan, pergantungan kita mestilah kepada ALLAH.

Ghost Hunter


Program diteruskan pada keesokan harinya dengan pertandingan senamrobik dari setiap kumpulan. Meskipun peserta kelihatan agak kepenatan tetapi mereka masih lagi mampu untuk meneruskan tugasan yang telah diberikan kepada mereka iaitu menjadi petani moden. Meskipun tugasan ini agak mencabar bagi mereka kerana kebanyakkan mereka tidak pernah sekali memegang cangkul tetapi disebabkan mereka bekerja dalam kumpulan, semua dapat dilaksanakan dengan baik. Disini konsep berjemaah dapat mereka pelajari.



Senamrobik Kumpulan Coklat

Kumpulan Hijau Berkebun


Kumpulan Purple Berkebun

Sepanjang program ini berjalan, peserta dikehendaki memasak makanan mereka sendiri dengan menyediakan semua peralatan dan bahan dari rumah. Mereka juga tidur didalam khemah.

Peserta Happy

Rata-rata peserta yang ditemui setelah program ini selesai, amat berpuashati dengan program ini dan berharap siri-siri yang lain akan diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik dan mencabar. InsyAllah Nisa Melaka akan meneruskan program-program sebegini bagi mendidik remaja kini supaya mempunyai semangat yang kental dan jati diri serta tidak terikut dengan unsur-unsur negatif yang makin berleluasa kini terutama dikalangan remaja


1 ulasan:

Awrapurnama berkata...

salam wbt..
sy sbg peserta kem survival nisa siri 1 ini b'harp thn hdpn ada aktiviti tmbhn yg lbh mncabar w/pun spt xsggp nk hadapi. he2..
inshaAllah thn hdpn kami akn mmberi krjasama dgn baik agr thn hdpn lbh lancr dr sblmny. thn dpn buat 3 hri pula? tmpt yg lbh mncabr?
kna sedia awl2 ni.. :D