Penyokong

Khamis, 1 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU


Hari ini merupakan hari pertama kita berada dalam tahun baru 2009. Pastinya tahun baru ini kita sambut dengan penuh keazaman. Sudah menjadi kebiasaan, setiap sambutan tahun baru pasti disusuli dengan azam yang baru. Apa azam anda????


Tahun 2008 yang ditinggalkan, berlalu pergi dengan seribu kisah suka duka. Bagi nisamelaka, tahun 2008 menjadi kenangan indah bila dapat melaksanakan program-program yang bermanafaat untuk masyarakat, dapat bertemu lebih ramai lagi remaja yang berminat untuk menyertai nisa,dapat sama-sama bertukar fikiran dengan anak remaja di IPT dalam negara mahupun luar negara, dapat menyelami apakah yang sebenarnya yang bergolak dibenak remaja sekarang. dan Alhamdullilah nisamelaka sekarang makin dikenali oleh masyarakat.


Namun disebalik kegembiraan, terselit juga kesedihan bila pada awal tahun 2008, satu persatu ajk nisamelaka terpaksa meninggalkan nisamelaka kerana berhijrah ketempat lain. Pemergian mereka adalah disebabkan oleh tuntutan tugas, mendirikan rumahtangga dan juga menyambung lagi pembelajaran mereka keperingkat yang lebih tinggi.


Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti, disaat-saat nisamelaka terkapai-kapai mencari ajk yang berwibawa, Allah telah mengantikan dengan mereka yang ikhlas dan bersungguh untuk berjuang bersama dengan nisa.


Dikesempatan ini nisamelaka ingin mengucapkan kepada semua, SELAMAT TAHUN BARU. Muga tahun ini kehidupan kita akan lebih bermakna lagi. Muga hari-hari yang bakal kita lalui akan lebih ceria, Kehidupan yang lebih diberkati, kesihatan tubuh badan, dilimpahkan rezeki yang berkat, dijauhkan daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan,disuburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa juga dimakbulkan cita-cita yang murni.


Terakhir azam nisamelaka agar pada tahun 2009 ini, nisa dapat melaksanakan sebanyak mungkin program-program amal kepada semua lapisan masyarakat. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada ajk-ajk nisa melaka supaya terus gigih dalam menjayakannya. Ameen.....






1 ulasan:

MujahidahPuteri berkata...

salam.maaf.terkejut ana melihat posting ni.selamat tahun baru".teringat ana ketika di sek dulu,ustazah menegur ana supaya tidk ucap kata2 tu.seolah2 kita mengiyakan apa yg cb dibw oleh barat.(redha)kita hanya meraikan maal hijrah sbg org islam.wallahua'lam.