Penyokong

Selasa, 27 Mei 2008

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.... Buat sahabat-sahabat yang bakal mendirikan rumahtangga, di sini ada tip-tip penting berkaitan persandingan yang boleh dijadikan panduan...hehe al-maklumlah sekarang ni cuti sekolah, ramai yang ambil peluang untuk buat walimatul urus/kenduri... Jadi, "Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga bahagia dunia dan akhirat....ameen"


Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam

From: Suara Persatuan Ulama (Malaysia) Online

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.

Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah, "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat :

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

Jumaat, 9 Mei 2008

Hijab ertinya tirai atau dinding dan digunakan juga dengan erti kata perlindungan wanita Islam daripada pandangan-pandangan lelaki ajnabi. Tetapi apa yang lebih ditekankan di sini ialah konsep menutup aurat bagi wanita Islam yang mengikut syariat Islam. Sebelum meneruskan lebih lanjut, marilah kita tanya diri kita, setakat manakah kita memahami konsep menutup aurat yang dianjurkan oleh Islam? Kalau kita perhatikan pada zaman moden ini, perkembangan fesyen begitu pesat sekali dengan wanita Islam sendiri turut tidak ketinggalan mengikuti arus ini. Islam tidak menetapkan jenis pakaian bagi wanita Islam. Apa yang dituntut oleh Islam ialah pakaian yang memenuhi syariat iaitu menutup aurat. Pakailah apa yang anda suka tapi pastikan ia memenuhi apa yang dikehendaki oleh syariat. Marilah kita sama-sama perhatikan ciri-ciri pakaian wanita Islam :

1. Menutup aurat dan perhiasan sebagaimana yang dikehendaki, seperti firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud : "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : 'Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang."

2. Pakaian tidak nipis hingga menampakkan bayang-bayang tubuh badan dari luar.

3. Pakaian itu tidak sempit atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan yang hendak di selindungkan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat daan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya" [ Riwayat Muslim ]

4. Pakaian itu hendaklah yang tidak menarik perhatian lelaki.

5. Pakaian itu tidak menyerupai lelaki. Imam Hafiz menukilkan hadith yang bermaksud : "Rasulullah SAW mengutuk lelaki yang menyerupai dirinya dengan wanita dan sebaliknya mengutuk wanita-wanita yang menyerupai dirinya seperti lelaki".

6. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir dan musyrik yang mendedahkan aurat. Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia itu dari golongan mereka". [Riwayat Tabrani]

7. Pakaian itu bukan untuk bermegah-megah, menunjuk-nunjuk atau berhias (menarik perhatian orang ramai).

Setelah membaca keterangan di atas, mari kita perhatikan dan menilik diri kita, adakah kita sudah menepati ciri-ciri yang telah ditentukan oleh Allah SWT? Kalau belum menepati kehendak syariat, marilah kita mulakan langkah untuk memperbaikinya, sekurang-kurangnya kita mempunyai niat untuk memperbaiki dan mengubah diri kita. Terlalu banyak faedah yang kita perolehi daripada menutup aurat tetapi itu bukanlah persoalan utama sebaliknya ia adalah tanggungjawab kita untuk mematuhi perintah Allah SWT yang mewajibkan setiap wanita Islam menutup aurat.

Pada masa kini kita sedih melihat ramai di kalangan wanita Islam yang memakai tudung kerana fesyen dan ingin kelihatan anggun dan menarik apabila mengenakan tudung di kepala, lebih-lebih lagi di kalangan remaja Islam kita pada masa kini. Justeru itu, betulkanlah niat anda dan mulakanlah langkah dari sekarang!!!