1. Menutup aurat dan perhiasan sebagaimana yang dikehendaki, seperti firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud : "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : 'Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang."
2. Pakaian tidak nipis hingga menampakkan bayang-bayang tubuh badan dari luar.
3. Pakaian itu tidak sempit atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan yang hendak di selindungkan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat daan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya" [ Riwayat Muslim ]
4. Pakaian itu hendaklah yang tidak menarik perhatian lelaki.
5. Pakaian itu tidak menyerupai lelaki. Imam Hafiz menukilkan hadith yang bermaksud : "Rasulullah SAW mengutuk lelaki yang menyerupai dirinya dengan wanita dan sebaliknya mengutuk wanita-wanita yang menyerupai dirinya seperti lelaki".
6. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir dan musyrik yang mendedahkan aurat. Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia itu dari golongan mereka". [Riwayat Tabrani]
7. Pakaian itu bukan untuk bermegah-megah, menunjuk-nunjuk atau berhias (menarik perhatian orang ramai).
Pada masa kini kita sedih melihat ramai di kalangan wanita Islam yang memakai tudung kerana fesyen dan ingin kelihatan anggun dan menarik apabila mengenakan tudung di kepala, lebih-lebih lagi di kalangan remaja Islam kita pada masa kini. Justeru itu, betulkanlah niat anda dan mulakanlah langkah dari sekarang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan