Penyokong

Jumaat, 31 Oktober 2008

AKTIVITI EKONOMI NISA

Salam Buat Semua Pengunjung setia nisa Melaka.
Ramai sebenarnya yang menghubungi nisa Melaka bertanyakan apakah program yang akan dilaksanakan pada masa-masa yang akan datang. Sebenarnya terlalu banyak program yang ingin dilaksanakan oleh nisa Melaka. Nisa Melaka memahami ramai remaja diluar sana yang terlalu merindui bersama dengan kakak-kakak nisa. InsyAllah kami amat menghargai sokongan dari semua.

Setakat ini semua program yang dilaksanakan nisa adalah merupakan kerja-kerja amal untuk nisa mendekati masyarakat. Namun nisa bukanlah satu badan koperat yang mempunyai kewangan yang kukuh. Jesteru itu nisa terpaksa bekerja keras untuk mencari dana bagi memastikan program tetap dapat berjalan lancar. Bagi program yang sudah sudah, biasanya ketidakcukupan kewangan akan ditampung sendiri oleh AJK Nisa (Dari kocek AJK nisa sendiri). Bukan untuk mengunkit, sesungguhnya saya sebagai Pengarah nisa amat berbangga dengan AJK nisa itu sendiri, yang tidak berkira untuk menyumbang bukan sahaja tenaga, masa malah kewangan juga. Itulah bila telah mendapat pentarbiahan yang cukup...

Jesteru itu bagi mencari dana nisa Melaka, Lujnah ekonomi telah mengadakan beberapa projek antaranya penjualan Green Tea colostrum (GTC) dan penjimat minyak MyGreen Oil. Kami Ajk nisa negeri amat-amat mengharapkan agar semua pembaca blog ini agar dapat bersama membantu nisa untuk sama-sama membeli barangan ini. Semua keuntungan hasil jualan ini akan dimasukkan kedalam tabung nisa - Helping Hand. Bantuan ANDA amat-amat dihargai, Kerana ANDA dan NISA, kita laksanakan impian bersama.


Tiada ulasan: