Hari ni kita telah berada di tahun 2008. Dah menjadi adat lah, asal masuk tahun baru pastinya setiap orang akan mempunyai azam baru. Walaupun azam tahun-tahun lalu masih banyak yang tidak tertunai lagi.
Bagi NisaMelaka pula biarlah tahun ini kami dapat melaksanakan lebih banyak program terutamanya yang berbentuk kemasyarakatan. kalau boleh kami ingin bersama-sama dengan pelbagai lapisan masyarakat. Bukan hanya bertumpu kepada golongan remaja perempuan tetapi juga lelaki.Golongan ibu tunggal bapa tunggal, kanak-kanak malahan juga warga emas.
Kami kini telah merangka beberapa program yang akan dilaksanakan untuk tahun baru ini. Namun apa yang kami harapkan kepada anda yang diluar sana untuk sama-sama membantu bagi merealisasikan agar segalanya menjadi kenyataan. Ayuh bersama hulurkan tangan. Kerjasama dari anda amat-amat kami hargai.....
ANDA DAN NISA, KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan