Penyokong

Ahad, 25 November 2007

Disini NisaMelaka ingin berkongsi dengan semua pembaca mengenai permasalahan bagaimana untuk menukar mentaliti kebanyakkan rakyat Malaysia hari ini untuk bertindak mengikut akal fikiran bukannya terikut-ikut dengan orang lain.Umum telah mengetahui dan amat sedar tentang betapa kehidupan hari ini berada dalam kecelaruan yang amat sangat. Jenayah yang berleluasa, kos penghidupan yang menyesakkan dan pelbagai masalah lagi yang tidak terhitungkan. Borak-borak NisaMelaka dengan surirumah, masing-masing memang mengeluh dengan kenaikkan barangan hari ini,ada juga yang berkata " kerajaan ari ni pandai, dia naikkan gaji rakyat lepas tu dia ambil semua"."Dengar khabar minyak dan gas nak naik lagi tapi rasanya lepas pilihanrayalah....sekarang tak berani nak naikkan lagi."Auntie disebelah rumah pulak yang merupakan ibu tunggal,"haiya...sekarang semua barang naik, kalau ini macam susahlah mau hidup".Itulah antara keluhan mereka. Sebenarnya dimana-mana pun orang akan mempersoalkan tentang kenaikkan barangan ini.
Dipejabat pula selain isu kenaikan barangan, isu keselamatan pula yang ditimbulkan. Maklum le mak ayah pergi kerja mencari rezeki, anak-anak duk tinggal kat rumah. Ada pembantu pun tak 100% boleh percaya. Sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Macam-macam penjenayah ada.Penjenayah Nurin pun sampai le ni tak tertangkap lagi.

Persoalannya walaupun rakyat amat-amat sedar tentang kekalutan keadaan Malaysia hari ini tetapi mereka masih lagi tidak sedar bahawa sebenarnya mereka ini mempunyai kuasa yang besar untuk merubah keadaan ini. Sehingga ada seorang polis yang terpaksa berjaga sampai pagi kerana terpaksa berkawal bagi program remaja berpesta di A Famosa yang dipenuhi dengan tarian dan nyanyian, arak dan seks hanya mengeluh "macamana nak buat, kita kena kerja nak cari rezeki...KITA TAK BOLEH NAK BUAT APA-APA ARAHAN PIHAK ATASAN". Begitulah sangkaan mereka. Ada juga kedengaran ustaz ustazah yang menyatakan " Takpelah segala maksiat yang berlaku ni memang kita tak suka, tapi kita ni lemah, jadi kita memang menentang dalam hati, itupun dikira Allah jua( sebab kita terpaksalah juga menjaga periuk nasi).Oleh itu ramailah ustaz ustazah yang menyepi tetapi sebenarnya mereka menentang dalam diam???.Kita sebenarnya tidak sebijak rakyat Australia yang mana hari ini telah mempunyai perdana menterinya yang baru. Meskipun Howard amat berbangga dengan pemerintahannya yang dikatakan cemerlang tetapi rakyatnya telah amat bosan dengan kaedah pemerintahannya dan telah mengantikannya dengan orang yang diyakini lebih baik. Bila terbaca kisah ini, NisaMelaka hanya mengeluh...Negara orang.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, sebenarnya kita tidak mengira siapa yang memerintah. Yang penting sebagai sebuah negara yang diakui Negara Islam, hendaklah sistem pemerintahan yang dijalankan benar-benar adil dan mengikut ketetapan yang dikehendakiNYA. Sebenarnya tak RUGI kalau kita mengikut segala kehendakNYA.Bila berfikir seketika, NisaMelaka sentiasa berfikir macamanakah caranya untuk memahamkan mereka yang diluar sana untuk sama-sama membuat satu perubahan kearah pemerintahan yang lebih baik. Terkadang timbul rasa bosan dan boring bila berkempen dari rumah ke rumah.
Ye le didepan semuanya insyaAllah tapi bila dah dapat gula-gula dekat pilihanraya nanti semuanya akan berubah belaka.Hai kalau macam ni le mentaliti rakyat Malaysia, sampai bilalah kita nak lihat keadaan negara seperti zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz? Agaknya sampai mata dah tertutup le...Kempunan le jawabnya.

NisaMelaka - Tengah tensen ni, walaupun bukan rakyat negeri kelantan tapi hati terasa bagai nak meletup sebab kerajaan nak salurkan minyak kat negeri Thailand. Kalau macam tu marilah kita ramai-ramai berdoa muga minyak tersebut kering kontang, alang-alang rakyat kelantan tak dapat, biar semua tak dapat langsung.( hehe .. ada relate dengan atas punya artikel ke??)

Tiada ulasan: