Penyokong

Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH MUSLIMAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH MUSLIMAH. Papar semua catatan

Isnin, 23 Januari 2012

10 Ciri-ciri Peribadi Muslim


Marilah kita membina keperibadian kita sebagai satu individu yg benar-benar muslim mencakupi 10 sifat dan ciri peribadi muslim sebagaimana yg telah digariskan oleh Imam As-syahid Hassan Al-Banna:-



1. Aqidah yg Sejahtera

2. Ibadah yg sohih

3. Akhlak yg mantap

4. Berpengetahuan Luas

5.Memiliki tubuh badan yg sihat

6. Bermujahadah melawan hawa nafsu

7.Berdikari

8.Tersusun didalam urusan

9.Menepati masa

10.Bermanfaat utk orang lain.

Hanya peribadi pemuda dan pemudi yg memiliki ciri-ciri ini mampu menggalas bebanan menyeru manusia kembali kepada Allah…Ayuh! kita bina bersama dengan penuh keazaman dan kesungguhan serta saling nasihat menasihati.

Jumaat, 30 Disember 2011

Peranan Muslimah dalam Masyarakat Islam

Assalamualaikum

Sudah jelas bahawa kewajipan Muslimah bukanlah hanya sebagai ibu (ummun) dan pengatur rumah tangga (rabbatul bait). Namun Muslimah juga memiliki tanggungjawab lain yang hukumnya juga adalah wajib iaitu turut aktif melakukan dakwah baik secara peribadi mahupun bergerak dalam jemaah. Dengan kata lain, peranan utama wanita muslimah adalah mengurus dan mendidik anak-anak. Dia mampu menjadi sumber yang menghasilkan cendekiawan dan mujahid pembela Islam. Wanita yang berusaha mempersiapkan anaknya menjadi pejuang Islam merupakan penyumbang besar dalam proses perubahan masyarakat.

Peranan kedua ialah untuk membimbing sesama wanita. Walaupun wanita memikul tanggungjawab yang besar dalam keluarga, namun beliau juga pasti mampu untuk memikul tugas dakwahnya kerana Allah Yang Maha Mengetahui tidak akan membebani hambaNya diluar kemampuan mereka. Perkara penting yang harus difahami seorang muslimah ialah bagaimana caranya untuk memadukan seluruh kewajipannya agar dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Seorang muslimah itu mesti memiliki pemahaman yang jernih mengenai Islam. Dia wajib meyakini bahawa Islam adalah rahmatan lil ’alamin dengan tertegaknya seluruh hukum Islam dan tidak boleh meragui bahawa Islam wajib ditegakkan dalam kehidupan sebagai satu-satunya penyelesaian. Muslimah perlu menyedari bahawa tertegaknya Islam bergantung kepada perjuangan pemeluknya termasuklah kaum wanita yang jumlahnya separuh dari penduduk manusia. Seorang Muslimah perlu memahami bahawa beliau merupakan asas kepada tiang negara dan sebahagian dari ahli masyarakat. Masyarakat Islam tidak mungkin akan terbina dan Daulah Islam tidak akan tertegak jika wanitanya tidak memahami Islam, tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan, tidak berdakwah ke jalan Islam, tidak melahirkan generasi pejuang Islam dan tidak menyokong suaminya yang berjuang menerapkan Islam.

Pemahaman tadi perlu digabungkan dengan gambaran yang jelas tentang apa yang mesti dilakukan supaya pemahaman itu tidak terhenti hanya sebagai satu pengetahuan tetapi ianya dipraktikkan dalam kehidupan. Seandainya perkara ini tidak diwujudkan, adalah tidak mustahil jika terdapat segolongan Muslimah yang merasa tertekan dengan beban dakwah yang dipikulnya, justeru menghadkan kewajipannya terhadap rumahtangga sahaja. Memang benar, tanggungjawab dakwah itu berat. Namun, alangkah beratnya siksaan di akhirat bagi mereka yang meninggalkan dakwah dan betapa besar malapetaka yang akan menimpa manusia seandainya kaum hawa sebagai ibu yang mendidik umat manusia, mengabaikan dakwah.

Muslimah yang memahami kewajipannya, akan saling bekerjasama dengan suami tercinta untuk bersungguh-sungguh mendidik anak-anak dan keluarganya dengan ajaran Islam yang sebenar sehingga melahirkan para pendukung perjuangan Islam. Mereka(wanita) juga akan turut berjuang bersama-sama Muslimah lainnya untuk membentuk para pendukung dakwah Islam dan seterusnya mewujudkan satu pandangan umum bahawasanya Daulah Islam wajib ditegakkan.

Dalam kesibukan aktiviti sehariannya sebagai pengatur rumah tangga, seorang muslimah itu masih mampu untuk mengubah pemahaman umat sekalipun sewaktu membeli-belah di pasar, menghantar anak ke sekolah ataupun sewaktu berbual-bual dengan jiran tetangga. Semua itu dilakukan dengan tujuan yang jelas, iaitu bagi membentuk pandangan umum tentang kewajipan menerapkan Syariat Islam di dalam kehidupan. Sekiranya tedapat peluang, samada secara tidak sengaja, ataupun sememangnya di rancang, seorang muslimah akan mengadakan program-program pembinaan pemikiran Islam di sekitar kawasan kediamannya. Beliau juga berperanan mengajak rakan-rakan Muslimah yang lain untuk menyertai program-program yang diadakan..

Peranan ketiga wanita adalah sebagai sayap kiri masyarakat dalam mewujudkan masyarakat Islam bersama-sama golongan lelaki. Wanita mempunyai peranan yang sama dengan lelaki dalam usaha menegakkan Islam. Wanita adalah saudara lelaki. Begitulah ungkapan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam tentang wanita seperti yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari. Pernyataan seperti ini banyak ditemui dalam sirah dakwah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam. Kaum muslimin tidak akan lupa bahawa orang yang pertama mengimani Muhammad ibnu Abdullah sebagai Nabi dan Rasul adalah seorang wanita yang dijadikan oleh Allah Subhanahu wa Taala sebagai isterinya, Saidatina Khadijah. Beliaulah yang membantu Rasullullah berdakwah, membelanya, mengeluarkan harta bendanya bagi dakwah dan sangat mencintai suaminya di saat ramai orang memperlekehkan dan membencinya. Beliaulah yang berada di sisi Rasullullah dan menyokong dakwah Nabi dengan setia tanpa henti sehingga akhir hayatnya tiga tahun sebelum hijrah. Suatu ketika Nabi mengenang wanita yang sangat dicintainya : ”Demi Allah, tiada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman ketika semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua pihak mendustakan, yang mengorbankan hartanya ketika semua berusaha mempertahankannya dan daripadanyalah aku mendapat keturunan”. Inilah srikandi muslimah pertama.

Di Mekah dan Madinah bukan hanya kaum lelaki yang berdakwah tetapi juga wanita. Saudah binti Zam’ah, setelah memeluk Islam, dia segera mendakwahi keluarganya sehinggakan suaminya memeluk Islam. Keduanya saling menyokong untuk berhijrah ke Habsyah dan sehinggakan demi dakwah, suaminya menghembuskan nafas terakhir di negeri Najasyi itu. Akhirnya, sekembalinya ke Mekah Allah Subhanahu wa Taala menetapkannya sebagai isteri Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Ummu ’Ammar (isteri Yasir, ibunya ’Ammar bin Yasir) adalah orang pertama yang terbunuh fi sabilillah demi Islam dan kemudian diikuti oleh suaminya. Demikian pula Fatimah binti Al Khathab yang ditemani oleh suaminya untuk berbincang dengan abangnya, Umar bin Al Khathab yang berakhir dengan pengislaman Umar.

Sewaktu pasukan Nabi menuju ke Khaibar, Ummu Sinaan menghadap baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam meminta untuk turut serta dalam pasukan bagi tugas menjaga keperluan minuman, merawat orang sakit dan luka serta mengurusi bekalan makanan. Permintaan tersebut dipersetujui oleh Rasulullah dengan mengatakan : ”Pergilah dengan mendapat rahmat dari Allah”.

Peranan keempat wanita dalam mengubah masyarakat adalah berkecimpung dalam politik. Terdapat banyak contoh peranan wanita muslimah ketika zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dalam bidang yang berisiko tinggi. Asma binti Abu Bakar bertugas menghantar makanan untuk ayahnya (Abu Bakar) dan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang sedang bersembunyi di Gua Tsur dalam perjalanan hijrah ke Madinah. Tugas ini sangat berbahaya, kerana apabila orang Quraisy mengetahui tindakannya, bukan hanya dia yang akan mendapat kesusahan tetapi nyawa ayahnya dan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam akan terancam. Asma’ merupakan seorang yang cerdik, dia berjalan menuju ke bukit itu sambil mengembala kambing. Beliau berjalan di depan dan kambing-kambingnya berjalan di belakang. Akhirnya, Rasullullah dan Abu Bakar berjaya memboloskan diri menuju ke Madinah untuk terus menegakkan Islam oleh negara di Madinah.

Peranan politik lain bagi wanita adalah memuhasabah(menasihati) penguasa. Tidak hanya bagi lelaki, wanita juga diperintahkan untuk menasihati pemimpin. Rasulullah bersabda, ”Agama itu nasihat”. Ditanyakan ’Kepada siapa ya Rasulullah?’ Beliau menjawab : ”Kepada Allah, Rasulnya, para pemimpin kaum Muslim dan rakyat mereka”. [HR Bukhari].

Diriwayatkan semasa pemerintahan Khalifah Umar, seorang wanita memuhasabah dasarnya (polisinya) iaitu melarang wanita meminta mahar (mas kahwin) yang tinggi dan bagi yang telah mendapat mahar yang tinggi harus mengembalikannya. Hujah wanita itu, dasar tersebut bertentangan dengan firman Allah Subhanahu wa Taala :

”Dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedangkan kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikitpun” [TMQ An Nisa:20]
Khalifah Umar pun terus menukar arahannya dengan mengatakan : ”Benar, perkataaan wanita itu!”

Selain dari itu, aktiviti politik wanita juga adalah melibatkan diri dalam parti politik sebagaimana yang telah disebut dalam Al Quran, Allah Subhanahu wa Taala memerintahkan lelaki dan wanita untuk melibatkan diri dalam parti politik. Firman-Nya :
”Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada Islam, mengajak melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang beruntung” [TMQ Ali Imran:104]

Wanita dalam parti politik boleh sahaja menasihati pemimpin namun aktivitinya yang lebih utama adalah membina kesedaran politik kaum wanita. Wanita merupakan tiang negara, jika wanita tiada kesedaran dan pemikiran politik maka negara akan lemah. Sebaliknya jika wanita memiliki kesedaran politik yang tinggi maka negara pasti akan berdiri teguh.

Jelas sekali, betapa kaum wanita sepatutnya menjadi srikandi muslimah seperti para Sahabiyah. Sudah tiba masanya wanita menolak kaum hawa direndahkan atau merendahkan diri sebagai pemuas nafsu, penghibur dengan lenggok yang mengghairahkan, mengeksploitasi kecantikannya dan mengabaikan kehidupan masyarakat yang ahli-ahlinya telah wanita lahirkan dengan penuh kepayahan dan kesakitan.

Wanita sepatutnya menyedari waktu yang dimilikinya hanya dua puluh empat jam sehari sedangkan kewajipan yang mesti ditunaikan semakin menggunung. Oleh kerana itu, mereka amat menghargai waktu. Tidak mungkin baginya untuk melakukan aktiviti yang mubah (harus) apatah lagi aktiviti yang sia-sia seperti menonton drama, telenovela, berbual kosong dan sebagainya. Mereka sentiasa terikat dengan hukum syara’ baik dalam perbuatan mahupun perkataan. Halal dan haram menjadi panduan dan mengutamakan kewajipan. Bibirnya sentiasa basah dengan zikrullah yang memuji Allah Subhanahu wa Taala. Sejadah sentiasa terhampar untuk bersujud dan rumahnya selalu dipenuhi dengan bacaan Al-Quran beserta kajian isinya. Dia tidak takut dengan celaan dan ancaman sesiapapun yang membenci Islam kerana janji Allah Subhanahu wa Taala sentiasa tersemat di hati dan menjadi pendorong kepadanya. ”Dia yang Maha Perkasa akan menolong mereka yang menolong agamanya” [TMQ Muhammad:7]. Tegaknya Islam di muka bumi ini menjadi cita-citanya dan redha Allah merupakan harapannya. Ringkasnya, wanita Islam merupakan wanita yang melakukan ttugas dan tanggungjawab berkaitan hal-hal ibadah, urusan keluarga, sosial, ekonomi dan politik.

KUNCI PERPADUAN ADALAH ISLAM YANG SEBENAR

Assalamualaikum

Tema perpaduan sentiasa menjadi tajuk utama apabila tiba sesuatu musim perayaan di Malaysia. Ini tidak dapat dielakkan memandangkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Hal ini merujuk kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau menghadiri sambutan Rumah Terbuka Krismas 2011 yang lalu. Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu mengajak seluruh rakyat Malaysia mengukuh dan mempertahankan perpaduan antara kaum sebagai asas untuk kestabilan politik ke arah pembinaan negara maju pada masa depan. Tambahnya lagi, tidak banyak negara di dunia yang terbina daripada kepelbagaian kaum, keturunan dan agama yang mencapai kejayaan luar biasa seperti yang dikecapi oleh Malaysia.

Menurut Muhyiddin lagi, kerajaan dalam memastikan perpaduan di kalangan rakyat terus berkekalan akan meneruskan dasar-dasar yang memberikan keuntungan kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Beliau mengambil contoh Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini seperti bantuan RM500 kepada keluarga di bawah pendapatan RM3,000 serta bantuan permulaan sekolah yang memanfaatkan semua lapisan masyarakat.

Tidak dinafikan bahawa semua rakyat tanpa mengira kaum menerima bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan. Tetapi, ia tidak semestinya menjamin perpaduan kaum di dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara majmuk. Pemberian tersebut adalah wajar memandangkan itu adalah tanggungjawab kerajaan tanpa mengira parti yang memerintah di dalam memastikan keperluan asas dan hak rakyat dipenuhi. Perpaduan yang sebenar tidak boleh disandarkan kepada manfaat semata-mata kerana apabila manfaat itu hilang, sudah tentu perpaduan itu akan hilang atau menjadi rapuh.

Perpaduan yang sebenar seharusnya berlandaskan kepada mabda(ideologi). Ikatan kalangan individu yang berpaksikan kepada sesuatu mabda akan menghasilkan penyatuan masyarakat yang berasaskan kepada pemikiran dan perasaan terhadap sistem yang dilaksanakan ke atas setiap individu rakyat. Ini dapat dibuktikan semasa zaman kegemilangan Islam di mana pelbagai kaum dan agama dengan pelbagai budaya dan bahasa hidup dengan aman dan sejahtera.

Isu perkauman dan perpaduan langsung tidak menjadi persoalan kerana setiap individu dapat memenuhi hak dan keperluan mereka samada keperluan asas atau sekunder menerusi sistem atau syariat Islam yang diterapkan secara kaffah. Ini sudah tentu akan melahirkan suatu perasaan yang utuh terhadap sistem atau hukum-hakam yang dilaksanakan ke atas mereka dan mereka memahami pemikiran-pemikiran dan asas disebalik perlaksanaan hukum-hakam tersebut yang mereka harus patuhi sebagai anggota masyarakat.

Justeru, selagi setiap individu tidak bersatu dan berkongsi di dalam aspek pemikiran dan perasaan di bawah suatu sistem (merujuk kepada syariat Islam) yang dapat memenuhi kehendak, keperluan dan hak mereka, maka selagi itulah perpaduan yang sebenar yang utuh tidak akan dapat dicapai.

Rabu, 26 Oktober 2011

FUTUR ? Ape Tue ?

Assalamualaikum Nisa ...

Futur bererti lemah, malas, berhenti atau terputus setelah dahulunya dia rajin dan konsisten. Di dalam konteks berkebajikan atau amal dakwah, ia adalah sejenis fenomena penyakit yang menimpa seseorang aktivis dalam bentuk rasa malas, menunda, berlambat-lambat dan lebih menyedihkan ialah apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada berbuat sesuatu yang baik setelah dia pernah beriltizam dengannya.

Kenapa Futur Bahaya?

Walaupun futur adalah fenomena yang biasa berlaku di dalam diri seseorang tetapi ia mestilah diuruskan dengan baik agar sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan menyebabkan kesan-kesan yang buruk.

Di antaranya :

1 - Cuai kepada tanggungjawabnya

Futur menyebabkan seseorang menjadi lemah dan malas dalam menunaikan amanah dan tanggung-jawab yang dipikulnya. Ini menyebabkan tugasan tersebut tertangguh atau terbengkalai keseluruhannya.

2 - Gugur dari jalan kebaikan

Sekiranya futur dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan, maka dia akan menjadi satu tabiat. Lama kelamaan penyakit ini menjadi sebati dan seseorang itu menjadi semakin jauh dari amal kebaikan dan dia terus tenggelam di dalam dunianya.

Apabila dia gugur dari jalan kebaikan, maka hilanglah kebaikan yang banyak darinya. Bahkan lebih teruk lagi apabila dia pula yang menentang seruan kebaikan yang pernah diperjuangkannya.

3 - Mati di dalam keadaan yang futur

Apabila futur sudah menjadi kebiasaannya, maka dia menanggung risiko besar untuk mati di dalam keadaan sedemikian. Amat kita takuti sekali jika Allah S.W.T mengambil nyawa kita sedangkan kita dalam keadaan futur, sedangkan Allah S.W.T menghisab amal seseorang berdasarkan akhir hayatnya. Di atas sebab itulah Rasulullah S.A.W mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu dari penyakit lemah dan malas."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Kenapa Boleh Futur?

Di sana, terdapat banyak pintu yang boleh membuka jalan kepada futur :

1 - Terlebih dalam pergaulan

Rasulullah S.A.W menasihatkan supaya kita memilih kawan sebagaimana sabdaannya yang bemaksud;

"Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

2 - Berlebih-lebihan atau melampau di dalam beramal

Ramai aktivis muda begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga melupakan anjuran Islam dan kemampuan diri sendiri. Akhirnya apabila fenomena futur menjelma, maka dia menjadi lemah dan bosan.

Ada juga di kalangan manusia yang suka dan berlebihan menilai orang lain, namun kemudiannya dia sendiri futur dan menjadi lebih jelek dari orang yang dinilainya.

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud;

"Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara berterusan walau pun sedikit."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3 - Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus

Satu contoh berlebihan di sini ialah di dalam melayari internet, chatting atau ber-FB. Apabila berlebihan dengannya, seseorang itu akan ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk 'terbang' di alam siber. Akibatnya masa untuk berbuat kebaikan menjadi kurang dan dia sering merasa konflik antara dua perkara ini.

4 - Suka bersendirian

Apabila seseorang suka bersendirian, maka dia telah hilang satu sistem pertahanannya daripada Syaitan. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya.

Pastinya Syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal kebaikan yang diperjuangkannya. Kita hanya akan mampu berkekalan di dalam kebaikan sekiranya terus bekerja dan hidup di dalam keadaan berjemaah dan bermasyarakat.

5 - Kurang mengingati mati

Antara faktor yang menjadi pemangkin kepada perjuangan ke arah kebaikan ialah dorongan untuk mendapat pahala, rindu dengan Syurga, takutkan dosa dan siksa Neraka. Amat penting bagi kita untuk terus mendidik diri agar istiqamah di dalam ibadah seperti membaca al-Quran, solat Subuh berjamaah dan amalan-amalan lain yang akan mengingatkan kita kepada Akhirat dan bukan hanya bercakap mengenai hal ehwal semasa atau politik semata-mata.

6 - Enteng dengan perkara syubhat dan berbuat dosa

Ada orang yang suka mengambil mudah atau enteng memandang dosa-dosa kecil. Lama-kelamaan dia tercebur dan berterusan dengannya. Manusia pasti melakukan silap dan dosa tetapi apabila berterusan melakukannya maka ini akan menyebabkan hatinya gelap, dia menjadi futur dan kemudiannya berakhir dengan gugur.

7 - Hati yang berpenyakit

Ada di kalangan manusia berbuat kebaikan kerana inginkan nama dan populariti, ada yang berbuat demikian untuk mencuri hati gadis yang dicintainya dan pelbagai sebab yang lain. Kegagalan untuk memperbetulkan atau memperbarui niatnya akan menyebabkan dia sukar untuk bertahan lama daripada futur dan terus berundur.

8 - Permasalahan dalaman organisasi

Bermacam-macam faktor yang boleh menyebabkan konflik internal. Hanya mereka yang mampu berbesar hati dan berlapang dada serta dengan kebijaksanaan kepimpinan maka permasalahan-permasalahan ini akan dapat diatasi dengan baik.

9 - Terlalu asyik dengan kerjaya dan dunianya

Apabila seseorang telah menjadi terlalu asyik dengan kehidupannya, maka dia boleh tenggelam dengannya dan sukar untuk bangkit melainkan sekiranya dia ikhlas, intim hubungannya dengan Allah S.W.T dan bersegera bangkit setelah dilanda futur.

Selasa, 11 Oktober 2011

Ingatan Buat Semua Muslimat

Assalamualaikum  Nisa Semua 



Khamis, 8 September 2011

Cammana Nak Jadi Muslim Sejati ?

Puasa Ramadhan merupakan satu kefardhuan yang telah disyariatkan oleh Allah. Ia merupakan sebahagian daripada rukun Islam yang lima. Bagi yang sengaja meninggalkan puasa, mereka wajib dikenakan hukuman takzir oleh negara. Di kala undang- undang kufur diterapkan pada masa ini, kita dapati ramai yang sengaja mengabaikan syariat Islam. Malah lebih teruk sekiranya yang tidak berpuasa itu dengan senang lenang makan dan minum di khalayak ramai.

 Bagi pihak seperti Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ini, mereka boleh melakukan tangkapan kepada sesiapa yang tidak berpuasa dan makan serta minum di khalayak ramai. Namun begitu, persoalannya adalah, kenapa ia tidak dilaksanakan bagi kesalahan – kesalahan lain seperti tidak menutup aurat, kewujudan premis- premis maksiat yang bebas beroperasi serta konsert- konsert maksiat berskala antarabangsa yang bebas dan banyak dijalankan di Sarawak? Apa yang pasti, semua ini akan terus berlaku sekiranya undang- undang yang dilaksanakan bukan syariat Islam. 

Undang- undang yang ada, bukan sahaja tidak melahirkan umat yang bertakwa, malah ia juga memberi ruang kepada pelaku maksiat untuk bermaharajalela. Selain itu, undang- undang yang ada (yang lahir dari sistem demokrasi) hanyalah bertindak untuk menghukum dan bukannya mendidik agar manusia menjadi insan yang bertakwa.

Selain itu, umat yang ada tidak dipupuk dengan kesedaran Islam dan ini menjadikan mereka lebih jauh dari syariat Islam. Malah keadaan menjadi lebih buruk sekiranya mereka sekadar memiliki nama sebagai seorang Islam , tetapi setiap tindak tanduk perbuatan mereka tidak diikat oleh aqidah Islam. Dalam konteks menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan, mereka ini akhirnya hanya sekadar mendapat rasa lapar dan dahaga.

Betapa banyak orang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga, betapa banyak orang yang menghidupkan malam tidak mendapatkan apa-apa kecuali kantuknya sahaja. [HR Ibn Majah].

Hakikatnya, kenikmatan bulan Ramadan dan Islam hanya akan dapat dikecapi sekiranya Islam diterapkan secara syumul dalam kehidupan. Namun, sekiranya pemimpin yang ada adalah pemimpin yang khianat serta merompak hak rakyat dan tidak menerapkan Islam, bagaimana mungkin kenikmatan ini dapat dikecapi?

 Janganlah kita hanya sekadar menjadi “Muslim Ramadhan” dan bukannya muslim sejati yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah. Ayuh, bersama-samalah kita melakukan perubahan untuk mengembalikan Islam dalam kehidupan bernegara dengan penegakan syariat Islam

Selasa, 9 Ogos 2011

CERITA PASAL AURAT

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

MENDAMBA INAYAH ILAHI

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Jelas kepada setiap individu muslim yang termaktub di dalam Al-Quran untuk beriman dan mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi larangan Allah SWT. Setiap makhluk dan kejadian yang dicipta di dunia ini mempunyai peranan dan fungsi tersendiri. Allah SWT mencipta makhlukNya, menunjukkan keagungan dan kekuasaanNya. Tapi adakah kita sedar bahawa kejadian yg ada dibumi ini adalah menunjukkan kekuasaanNya?

Langit yang membiru di atas sana, dilitupi dengan awan-awan putih yang sentiasa bergerak, pokok-pokok menghijau yang sentiasa menyuburkan tanah,

lautan yang luas, bulan yang sentiasa bersilih ganti dengan matahari menerangi muka bumi ini dan banyak lagi kejadian yang menunjukkan kekuasaanNya. Subahanallah! Maha Suci Allah yang mempunyai zat dan Yang Maha Bijaksana.

Lihatlah kebesaran Allah SWT.

Marilah kita sama-sama tenangkan fikiran dan cuba mendongak ke langit, melihat ke kanan, melihat kekiri, memandang hadapan, memandang ke belakang, menunduk kebawah, dan akhir sekali melihat diri kita. Lihatlah ciptaan Allah yang Agung ini. Jika kita 'malas' untuk melihat alam ini, kita hanya perlu lihat diri kita! Merasai diri kita! Ya! Diri kita. Cubalah pegang telinga kita, mata, mulut , hidung dan semua tubuh badan kita. Betapa kerdilnya kita disisi Allah.

Subahanallah! Cukup sempurna ciptaan Allah ini. Tapi, adakah kita bersyukur kepada Allah dengan nikmat yang diberikan kepada kita? Adakah kita gunakan anggota badan kita dengan sebaik-baiknya yakni melakukan ibadah kepada Allah dan meninggalkan laranganNya? Tidak cukup sekadar itu, adakah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini dengan menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan? Muhasabah diri kita kembali sahabat, supaya kita tidak jauh daripada rahmat Allah.

Apakah kegunaan mata, telinga, mulut, tangan, dan kaki kita sahabat? Sudah tentu kita menjawab, mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk berbicara, tangan untuk memegang, dan kaki untuk berjalan. Ya,semua jawapan itu benar. Tapi cuba kita lihat dipenghujung dunia zaman sekarang ini:

Mata

Mata yang sepatutnya digunakan untuk melihat keindahan dan keagungan ciptaan Allah digunakan untuk melihat maksiat contohnya melihat aurat. Wanita menunjukkan aurat dengan berpakaian mencolok mata dan begitu juga sebaliknya. Pornografi (bahan lucah) juga menjadi tontonan dan hiburan dewasa, remaja bahkan kanak-kanak zaman sekarang. Nauzubillahiminzalik.

Telinga

Kurniaan Allah kepada manusia untuk mendengar sesuatu yang baik seperti alunan zikir, bacaan Alquran disia-siakan dengan mendengar umpatan-umpatan, tohmahan-tohmahan dan fitnah-fitnah yang tidak sepatutnya kita dengar. Alunan muzik keras dan melalaikan yang menjadi pilihan zaman sekarang.

Mulut

Mulut merupakan anggota badan yang membolehkan kita berkomunikasi. Kesempurnaan ciptaan Allah ini adalah untuk kita lantunkan alunan zikir, tahmid, tasbih, tahlil, serta membasahkan lidah kita dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran. Mulut juga sebagai anggota tubuh badan untuk makan dan minum rezeki yang halal. Namun segelintir kita menyalahgunakan dengan mengucapkan kata-kata nista, mengumpat, mencaci, memfitnah, meminum minuman keras, dan bercakap benda yang tidak bermanfaat.

Tangan

Maha suci Allah menjadikan tangan untuk melengkapi tubuh badan manusia yang berfungsi untuk memegang dan menjalankan aktiviti yang menjadi ibadah kita kepada Allah. Namun kejadian yang indah ini digunakan untuk memegang minuman keras, memukul orang tidak berdosa, membunuh bayi yang tidak berdosa seperti anak luar nikah, mencuri, memberi rasuah dan melakukan kemaksiatan kepada Allah. Astaghfirulahal azim.

Kaki

Tanpa kaki kita sukar untuk melakukan aktiviti harian, dan tanpa kaki juga kita tidak mampu bergerak sesuka hati. Anugerah Allah ini adalah untuk kesenangan manusia melakukan ibadah kepadaNya namun telah disalahgunakan dengan melangkah ke lembah hina seperti melangkah ke kelab malam, tempat pelacuran, tempat judi, bar dan macam-macam lagi.

Ya Allah, adakah kita sedar apa yang kita lakukan dengan anggota tubuh badan kita? Adakah ini caranya kita mengucap syukur kepada Allah dengan kurniaan yang diberikan kepada kita? Nauzubillahimin zalik. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa dibawah rahmatNya.

Namun begitu sahabat, adakah kita tahu apakah yang mengendalikan anggota tubuh badan kita?

Hati merupakan satu organ yang mengendalikan dan mengawal segala perbuatan kita. Mengapa ana berkata begitu?

Dalam sebuah hadis Riwayat Bukhari dan Muslim:

"Tidakkah dalam setiap tubuh itu ada seketul daging. Sekiranya baik,baiklah seluruh tubuh itu. Dan sekiranya tidak baik tidak baiklah seluruh tubuh itu. Dan itu adalah hati."

Hati mengendalikan setiap anggota tubuh badan yang lain, jika baik keadaan hati itu, maka baiklah kegunaan anggota tubuh badan kita. Jika tidak baik keadaan hati maka anggota badan digunakan kearah kemaksiatan. Jadi sahabat, kita perlu sentiasa menjaga hati kita supaya kita sentiasa menjaga kesucian hati kita. Hati yang tenang adalah daripada hati yang tulus ikhlas untuk beribadah kepada Allah. Hatilah juga yang menggerakkan fikiran untuk menggunakan anggota tubuh badan kita dengan baik.

Jadi bagaimana untuk kita jaga hati kita ini sahabat? Hendaklah kita sentiasa bertaubat kepada Allah setiap kali kita melakukan dosa supaya hati kita sentiasa disinari Nuur dari Allah. Untuk mempertahankan hati kita supaya tidak dirobek syaitan laknatullah maka kita harus sentiasa berzikir kepada Allah dan membasahkan lidah dengan bacaan Al-Quran. Dengan itu, kita akan mendapat ketenangan daripada Allah taala.

Pahala bagi orang-orang yang bersabar menurut Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

"Sabar itu ada tiga:

1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.

2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang paling tinggi."

Dalam Alquran yang suci Allah telah berfirman yang bermaksud:

Katakanlah:"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesunnguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah Az-Zumar ayat 53)

Kita sebagai hambaNya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan, jadi bertaubatlah kepada Allah Yang Maha Mendengar taubat. Semoga sinar hidayah menerangi kehidupan kita dan menjadi hala tuju kita untuk ke syurga Allah yang kita idam-idamkan, InsyaAllah.

Ya Allah,
Ku menadah kedua belah tanganku untuk memohon kepadaMu, Ya Rabb!
Aku mohon Ya Allah supaya engkau memelihara hati-hati kami dan seluruh jasad kami daripada melakukan maksiat kepadaMu Ya Allah,
Kami adalah hambaMu yang kerdil lagi hina ya Allah,
Kami bertaubat kepadaMu dengan apa yang telah kami lakukan kepadaMu selama ini Ya Allah,
Dosa-dosa yang menggunung tinggi Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha Pengampun,
Ampunilah dosa-dosa kami,
Kami mohon Ya Allah supaya Engkau pelihara kami daripada hasutan syaitan yang direjam,
Terimalah taubat kami ini Ya Allah.

Semoga kita sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah, InsyaAllah

Selasa, 9 November 2010

Wasiat Rasulullah SAW Kepada Aisyah Radhiallahuanha

Saiyidatuna 'Aisyah r.a meriwayatkan: Rasulullah s.a.w (mafhumnya):

"Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini."

Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut:

Hai, Aisyah, peliharakanlah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah mereka itu:

a) Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan) - apabila dibalakan tidak bersabar.

b) Tidak memuji Allah Taala di atas kemurahan-Nya - apabila dikurniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur.

c) Mengkufurkan nikmat.

d) Membanyakkan kata-kata yang sia-sia.

Wahai, Aisyah, ketahuilah:

Bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala amalannya.

Bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

Bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat.

Bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya (yang harus / halal) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhianati suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

Bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya.

f) Bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri nabi Nuh dan isteri nabi Lut dan tiada harapan mendapat kebajikan syufaat daripada sesiapa pun.

g) Bahawa wanita yang berzina akan diderakan di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat - tiap-tiap perbuatan zina dengan delapan puluh cemeti daripada api.

h) Bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang fisabilillah.

i) Bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya, akan diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.

j) Bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah).

Sabtu, 6 November 2010

4 KUNCI KEBAHAGIAAN

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" Riwayat Ibnu Hibban

Huraian :
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

ADAB MENERIMA UNDANGAN

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga” Riwayat Hadith Al-Bukhari

Huraian :
1. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain agar hubungan silaturahim sentiasa terjaga selain dapat menghindari perselisihan faham yang mengakibatkan perbalahan dan perpecahan.

2. Rasulullah s.a.w contohnya tidak pernah menolak sebarang pemberian atau hadiah dan baginda juga tetap menerima apa juga bentuk jemputan tanpa membeza-bezakannya sama ada kecil, besar, kaya, miskin atau sebagainya.

3. Orang yang memilih- milih jemputan bagi sesuatu jamuan atau hadiah yang diberikan kepadanya adalah mempamerkan sifat orang yang sombong dan bongkak sedangkan sifat ini adalah sangat dilarang di dalam Islam.

Selasa, 19 Oktober 2010

RENUNGAN BUAT IKHWAH DAN AKHAWAT

“Ukhti, aku tertarik ta’aruf sama anti.” Itulah kalimat yang sering diadukan oleh para akhwat yang penulis kenal. Dalam satu minggu bisa ada dua tawaran ta’aruf dari ikhwan dunia maya. Berdasarkan curhat para akhwat, rata-rata si ikhwan tertarik pada akhkwat melalui penilaian komentar akhwat.

Banyaknya jaringan sosial di dunia maya seperti facebook, yahoo messenger, dll, menjadikan akhwat dan ikhwan mudah berinteraksi tanpa batas.

Begitu lembut dan halusnya jebakan dunia maya, tanpa disadari mudah menggelincirkan diri manusia ke jurang kebinasaan.

Kasus ta’aruf ini sangat memprihatinkan sebenarnya. Seorang bergelar ikhwan memajang profil islami, tapi serampangan memaknai ta’aruf. Melihat akhwat yang dinilai bagus kualitas agamanya, langsung berani mengungkapkan kata ‘ta’aruf’, tanpa perantara.

Jangan memaknai kata “ta’aruf” secara sempit, pelajari dulu serangkaian tata cara ta’aruf atau kaidah-kaidah yang dibenarkan oleh Islam. Jika memakai kata ta’aruf untuk bebas berinteraksi dengan lawan jenis, lantas apa bedanya yang telah mendapat hidayah dengan yang masih jahiliyah? Islam telah memberi konsep yang jelas dalam tatacara ta’aruf.

Suatu ketika ada sebuah cerita di salah satu situs jejaring sosial, pasangan akhwat-ikhwan mengatakan sedang ta’aruf, dan untuk menjaga perasaan masing-masing, digantilah status mereka berdua sebagai pasutri, sungguh memiriskan hati. Pernah juga ada kisah ikhwan-akhwat yang saling mengumbar kegenitan di dunia maya, berikut ini petikan obrolannya:

“Assalamualaikum ukhti,” Sapa sang ikhwan.

“‘Wa’alikumsalam akhi,” Balas sang akhwat.

“Subhanallah ukhti, ana kagum dengan kepribadian anti, seperti Sumayyah, seperti Khaulah binti azwar, bla bla bla bla…” puji ikhwan tersebut.

Apakah berakhir sampai di sini? Oh no…. Rupanya yang ditemui ini juga akhwat genit, maka berlanjutlah obrolan tersebut, si ikhwan bertanya apakah si akhwat sudah punya calon, lantas si akhwat menjawab.

“Alangkah beruntungnya akhwat yang mendapatkan akhi kelak.”

Sang ikhwan pun tidak mau kalah, balas memuji akhwat. “Subhanallah, sangat beruntung ikhwan yang mendapatkan bidadari dunia seperti anti.”

....Banyaknya jaringan sosial di dunia maya menjadikan akhwat dan ikhwan mudah berinteraksi tanpa batas. Ikhwannya membabi buta, akhwatnya terpedaya....

Owh mengerikan, berlebay-lebay di dunia maya, syaitan tak mau menyia-nyiakan kesempatan ini. Lalu tertancaplah rasa, bermekaran di dada dua sejoli tersebut, yang belum ada ikatan pernikahan.

Dengan bangganya sang ikhwan menaburkan janji-janji manis, akan mengajak akhwat hidup di planet mars, mengunjungi benua-benua di dunia. Hingga larutlah keduanya dalam janji-janji lebay.

Ikhwannya membabi buta, akhwatnya terpedaya……a’udzubillah, bukan begitu ta’aruf yang Rasulullah ajarkan.

Wahai Ikhwan, Jangan Permainkan Ta’aruf!

Muslimah itu mutiara, tidak sembarang orang boleh menyentuhnya, tidak sembarang orang boleh memandangnya. Jika kalian punya keinginan untuk menikahinya, carilah cara yang baik yang dibenarkan Islam. Cari tahu informasi tentang akhwat melalui pihak ketiga yang bisa dipercaya. Jika maksud ta’arufmu untuk menggenapkan separuh agamamu, silakan saja, tapi prosesnya jangan keluar dari koridor Islam.

....Wahai ikhwan, relakah jika adikmu dijadikan ajang coba-coba ta’aruf oleh orang lain? Tentu engkau keberatan bukan?....

Wahai ikhwan, relakah jika adikmu dijadikan ajang coba-coba ta’aruf oleh orang lain? Tentu engkau keberatan bukan? Jagalah izzah muslimah, mereka adalah saudaramu. Pasanglah tabir pembatas dalam interaksi dengannya. Pahamilah, hati wanita itu lembut dan mudah tersentuh, akan timbul guncangan batin jika jeratan yang kalian tabur tersebut hanya sekedar main-main.

Jagalah hati mereka, jangan banyak memberi harapan atau menabur simpati yang dapat melunturkan keimanan mereka.

Mereka adalah wanita-wanita pemalu yang ingin meneladani wanita mulia di awal-awal Islam, biarkan iman mereka bertambah dalam balutan rasa nyaman dan aman dari gangguan JIL alias Jaringan Ikhwan Lebay.

Wahai Ikhwan,

Ini hanya sekedar nasihat, jangan mudah percaya dengan apa yang dipresentasikan orang di dunia maya, karena foto dan kata-kata yang tidak kamu ketahui kejelasan karakter wanita, tidak dapat dijadikan tolak ukur kesalehahan mereka, hendaklah mengutus orang yang amanah yang membantumu mencari data dan informasinya.

....luasnya ilmu yang engkau miliki tidak menjadikan engkau mulia, jika tidak kau imbangi dengan menjaga adab pergaulan dengan lawan jenis....

Wahai ikhwan, luasnya ilmu yang engkau miliki tidak menjadikan engkau mulia, jika tidak kau imbangi dengan menjaga adab pergaulan dengan lawan jenis.

Duhai Akhwat, Jaga Hijabmu!

Duhai akhwat, jaga hijabmu agar tidak runtuh kewibaanmu. Jangan bangga karena banyaknya ikhwan yang menginginkan taaruf. Karena ta’aruf yang tidak berdasarkan aturan syar’i, sesungguhnya sama saja si ikhwan meredahkanmu. Jika ikhwan itu punya niat yang benar dan serius, tentu akan memakai cara yang Rasulullah ajarkan, dan tidak langsung menembak kalian dengan caranya sendiri.

Duhai akhwat, terkadang kita harus mengoreksi cara kita berinteraksi dengan mereka, apakah ada yang salah hingga membuat mereka tertarik dengan kita? Terlalu lunakkah sikap kita terhadapnya?

Duhai akhwat, sadarilah, orang-orang yang engkau kenal di dunia maya tidak semua memberikan informasi yang sebenarnya, waspadalah, karena engkau adalah sebaik-baik wanita yang menggenggam amanah Ilahi. Jangan mudah terpedaya oleh rayuan orang di dunia maya.

....berhiaslah dengan akhlak islami, jangan mengumbar kegenitan pada ikhwan yang bukan mahram....

Duhai akhwat, berhiaslah dengan akhlak islami, jangan mengumbar kegenitan pada ikhwan yang bukan mahram, biarkan apa yang ada di dirimu menjadi simpanan manis buat suamimu kelak.

Duhai akhwat, ta’aruf yang sesungguhnya haruslah berdasarkan cara Islam, bukan dengan cara mengumbar rasa sebelum ada akad nikah.