Penyokong

Memaparkan catatan dengan label PROGRAM NISA MELAKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PROGRAM NISA MELAKA. Papar semua catatan

Isnin, 16 Januari 2012

Wajah Baru!

Assalamualaikum wbt. 


Ahlan wa sahlan kepada semua wanita dan muslimat Melaka, Malaysia & dunia. Dengan ini saya mengumumkan bahawa Nisa' Melaka telah pun berwajah baru dan mempunyai page sendiri di Facebook. Nisa' Melaka juga amat berbesar hati untuk mengalu-alukan perkongsian dan penyertaan semua! Jangan lupa mengikuti perkembangan terkini Nisa' Melaka di sini! Pelbagai perubahan boleh dikongsi bersama iaitu:


1 . Tema ungu diperkenalkan sebagai warna dan identiti Nisa'
2. Ruangan iklan untuk sahabat-sahabat yang mencari ruang publisiti perniagaan mahupun perkara-perkara yang menjadi keperluan. Insyaallah, harga dikenakan amat berpatutan.
3. Page Facebook Nisa' Melaka diperkenalkan di url http://www.facebook.com/pages/Nisa-Melaka
4. Maklumat untuk dihubungi yang terkini iaitu no. contact Pengarah Nisa' Melaka, Setiausaha Nisa' Melaka dan Unit 3N untuk penyertaan dan makluman lanjut.
5. Nisa' Melaka juga mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak yang berminat memandangkan Nisa' Melaka merupakan NGO yang bergerak dengan dana persendirian. Sumbangan boleh dilakukan melalui Bendahari Nisa' Melaka.
6. Maklumat-maklumat aktiviti Nisa' 2012 yang bakal menyusul, lebih terkini, sensasi dan masih Islami, insyaallah


Maka, Nisa' Melaka sangat mengharapkan sokongan, penyertaan & promosi sahabat-sahabat mengenai blog dan page Nisa' terbaru ini. 


‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat’. (Surah Al-Maidah: 2)


Bersama-sama kita martabatkan ilmu, iman dan amal, insyaallah..

Khamis, 3 Disember 2009

Nisa Jasin : Program Kem Bistari Muslimah Mithali


Dewan Muslimat Pas Kawasan Jasin dengan kerjasama Nisa Kawasan Jasin telah menganjurkan satu program kem bistari muslimah mithali pada 1 Disember 2009 hingga 3 Disember 2009 bertempat di Balai Islam Azzawiyah Umbai. Program yang merupakan salah satu daripada agenda tahunan Dewan Muslimat Pas Kawasan Jasin ini turut disertai seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan sekolah menengah dan muslimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendekatan yang meluas kepada remaja khususnya remaja muslimah berkenaan dengan gerak kerja organisasi dan kepimpinan.

Selain itu, kem yang diadakan ini juga bertujuan untuk membentuk keperibadian remaja khususnya remaja perempuan berkaitan dengan pembentukan akhlak dan sahsiah diri selain menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak muslimah solehah. Menurut pengarah program , Puan Hjh Shopiah binti Ahmad, program yang dianjurkan pada tahun ini lebih berjaya berbanding dengan  tahun-tahun yang sebelum ini dan berjaya menarik perhatian remaja khususnya daripada pelbagai latar belakang dan pemikiran keluarga. Di dalam program ini, peserta didedahkan dengan apa yang dikatakan sebagai Nisa dan Muslimat dan bagaimana ianya bergerak.

Pengarah yang juga timbalan ketua muslimat negeri turut menyatakan bahawa pada masa kini,kem yang dianjurkan ini juga adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri anak-anak remaja khususnya remaja muslimah dalam menghadapi cabaran dan juga dugaan yang berlaku apabila berada dalam situasi kehidupan yang sebenar. Antara pengisian yang disediakan antaranya slot motivasi, uji minda, gerak kerja berkumpulan, qiamullail dan kapsul iman. Menurut pandangan dari salah seorang dari pimpinan yang turut hadir, Puan Hjh Kintan Man, program yang diatur ini sememangnya memberikan kesan yang mendalam didalam jiwa para peserta malahan ada peserta yang mudah untuk menitiskan air mata dek kerana insaf atas segala kekurangan yang ada pada diri. Menurut beliau lagi, dewasa ini, ibu bapa lebih banyak mementingkan kepada pencapaian akademik berbanding pembentukan sahsiah dan akhlak anak-anak. Penekanan terhadap akhlak dan juga pembinaan jatidiri adalah perlu bagi seseorang remaja yang bakal menjadi salah satu daripada aset negara dan agama. pemumpuan terhadap akademik dan pencapaian luaran tidak boleh dijadikan kayu ukur bagi menilai peribadi seseorang dan beliau yang juga naib ketua muslimat kawasan jasin juga merasakan program ini mempunyai manfaat dan sewajarnya diteruskan.

Salah seorang daripada peserta yang kali pertama mengikuti program ini, adik  Nursyahirah Aqilah binti Jalil menyifatkan program yang dianjurkan ini banyak memberikan pendedahan kepada beliau bagaimana untuk membentuk sahsiah dan peribagi seorang muslimah yang berwibawa dan sejati. Selain itu, menurut adik syahirah lagi, disamping dapat bertemu dengan kawan-kawan dari kawasan yang lain, melalui program ini juga, beliau dapat mengetahui siapakah yang dimaksudkan dengan nisa dan muslimat serta bagaimana ianya beroperasi. Menurut Adik Nusaibah binti Mohd Nazri, 13, pula, melalui program yang dianjurkan ini , para peserta akan dapat mengetahui pelbagai ilmu baru disamping menyemaikan semangat ukhuwah islamiah dan tanggungjawab.Pelajar maahad Hafiz kelang ini berpuashati dengan segala aktiviti yang dianjurkan serta dikendalikan oleh fasilitator yang berkelayakan dan mencadangkan agar program yang seumpama ini diadakan setiap tahun.

Terdahulu dalam majlis yang sama juga, para peserta turut melafazkan ikrar akan berusaha untuk menjana diri dan pemikiran menjadi Nisa dan Muslimah yang berdisiplin dan akan melaksanakan segala tanggungjawab yang bakal diamanahkan nanti.

sumber: Jasindaily

Isnin, 4 Ogos 2008

JOM JOIN BENGKEL UPSR

Nisa Melaka mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar khususnya pelajar tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini untuk turut sama menghadiri Bengkel UPSR anjuran Nisa Melaka.

Bengkel ini dikendalikan oleh guru pakar bagi subjek UPSR, yang terdiri dari penanda kertas jawapan UPSR.Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada teknik menjawab UPSR yang berkesan .
Lokasi : INB Resort Ayer Keroh Melaka
Tarikh : 10 Ogos 2008
Masa : 8.30 am - 5.45 pm
Bayaran : RM 25.00

Maklumat Lanjut Hubungi :
Pn Rogayah 019 6267178
Pn Mahani 013 6674588

Ahad, 7 Oktober 2007

Jumaat, 5 Oktober 2007

Bertempat di Bayview Hotel Melaka, Nisa’ Negeri Melaka telah berjaya mengadakan program Nisa’ Smallkindness II (bersama anak –anak yatim) pada 29 September lalu. Program yang julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk memupuk rasa bertanggungjawab dan sikap perihatin masyarakat terhadap anak-anak yatim yang kurang berkemampuan dalam menyambut sinar syawal yang bakal tiba.

Kehadiran 50 anak-anak yatim bersama penjaga mereka dari seluruh negeri melaka telah diraikan dengan memberikan sedikit sumbangan oleh Nisa’ Melaka berbentuk barangan hamper dan duit raya. Antara agenda program adalah tayangan slaid Nisa’, deklamasi sajak oleh adik Nurhidayah Mohd Din, Tazkirah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Dr Azmi Mohd Shah dan penyampaian Puisi oleh Puan Kintan Man. Program ini telah dirasmikan oleh Penaung Nisa’ Negeri Melaka, Dr Khatijah Jumangat.

Suasana yang pada awalnya meriah bertukar pilu sewaktu Dr Azmi menyampaikan Tazkirah Ramadhan yang telah menyentuh keadaan anak-anak yatim yang telah kehilangan orang tua mereka tanpa sempat untuk mereka kecapi kasih–sayang, belaian dan perhatian yang mereka perlukan. Sesungguhnya beruntunglah bagi mereka yang masih mempunyai ayah dan ibu, maka hargailah kedua orang tua sementara mereka masih bernyawa. Penyampaian puisi oleh Puan Kintan disertai oleh anak-anak yatim yang berada di atas pentas telah menyentuh hati penonton sehingga ramai yang menitiskan airmata. Sementelah lagi Puan Kintan juga merupakan ibu tunggal yang memelihara anak-anak yatim.

Menurut kata Puan Rogayah Harun, Timbalan Pengarah Program, “Program ini dapat dilaksanakan atas sokongan yang diberikan oleh orang ramai yang telah bermurah hati menderma. Meskipun sumbangan yang diberikan oleh Nisa’ Melaka tidaklah sebesar mana, namun diharapkan ianya memberikan erti buat semua. InsyaAllah sekiranya masyarakat terus memberikan sokongan kepada Nisa’, Nisa akan terus mengadakan program-program seumpama ini dimasa-masa akan datang.” Ketika ditanya tentang kejayaan program ini.

Sumbangan–sumbangan itu telah disampaikan oleh Pn Mahani Osman, Pengarah Nisa’ Melaka, Dr Khatijah Jumangat, Puan Hajjah Kintan Man dan Dr Azmi Mohd Shah kepada anak-anak yatim tersebut.




Sabtu, 15 September 2007




Kami Nisa' Melaka dengan segala sukacita menjemput ANDA semua untuk hadir ke Majlis NISA SMALLKINDNESS II (BERSAMA ANAK-ANAK YATIM).

Tarikh : 29 September 2007(17 Ramadhan 1428 H)- Sabtu


Tempat : Bayview Hotel, Melaka


Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari


MASUK ADALAH PERCUMA


Kami mengharapkan kedatangan ANDA SEMUA untuk meraikan anak-anak Yatim tersebut.


ANDA DAN NISA' KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA








MOHON SUMBANGAN IKHLAS UNTUK ANAK-ANAK YATIM

Firman Allah s.w.t :
"Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai anak-anak yatim. Katakanlah : Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya"
( Al Baqarah : 220)

Sempena mengimarahkan bulan Ramadhan dan kedatangan sinar Syawal ini, NISA Negeri Melaka akan menganjurkan satu program kemasyarakatan iaitu NISA SMALLKINDNESS II yang bakal memberikan sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim.

Program ini untuk meraikan seramai 50 orang anak-anak yatim disekitar negeri Melaka.Selain itu, program ini juga dapat memupuk rasa bertanggung jawab dan sikap prihatin masyarakat terhadap anak-anak yatim yang kurang berkemampuan dalam menyambut kedatangan sinar Syawal.

Sehubungan itu, NISA' Melaka memohon sumbangan IKHLAS daripada semua, supaya sumbangan anda dapat disalurkan kepada anak-anak yatim yang berkenaan.Semoga SUMBANGAN yang dihulurkan mendapat KEBERKATAN dan GANJARAN DISISI ALLAH S.W.T

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Pn Rogayah : 016-6324716 / 019-6267178
Pn Mahani : 013-6674588
Cik Jamilah : 013-6776835
Cik Rohani : 013-6804802

Sumbangan anda boleh di masukkan ke dalam akaun
Bank Simpanan Nasional Acc No : 04126-29-00004724-1
atas nama MAHANI OTHMAN BASIR
(Pengarah Nisa' Negeri Melaka)

Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik anda semua.

ANDA DAN NISA' KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA



Khamis, 6 September 2007

Isnin, 3 September 2007

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN - UPSR


Hari ini bermulanya peperiksaan UPSR bagi pelajar tahun 6. Di kesempatan ini Nisa' Melaka mengucapkan kepada semua pelajar tahun 6 yang menduduki peperiksaan ini, Selamat menjawab peperiksaan dengan tenang dan berkeyakinan.

Adik-adik semua, ingatlah sebelum mula menjawab bacalah salawat keatas nabi banyak-banyak supaya segala apa yang telah adik-adik baca akan sentiasa segar teringat di dalam minda.

Adik-adik buatlah yang terbaik dari adik-adik untuk exam kali ini dan berjanjilah...KEJAYAAN yang bakal adik bawa balik dari exam ini merupakan HADIAH paling BERMAKNA untuk kedua orang tua.


"SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN"


NISA' MELAKA


Khamis, 30 Ogos 2007

Nisa' SMALLKINDNESS




Nisa' Melaka telah turut serta dalam program Nisa' Smallkindness anjuran Nisa Malaysia. Dengan motto "Sedikit Sumbangan Atas Keperihatinan Nisa' ", Nisa' Negeri Melaka bersama Nisa' Kawasan telah bergerak menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Antara Nisa' Kawasan yang telah menyempurnakan program ini adalah Tangga Batu, Jasin dan Alor Gajah. Kawasan Bukit katil akan melaksanakan program ini pada hari rakyat Malaysia menyambut Kemerdekaan. Mudah-mudahan sumbangan yang sedikit ini menjadi satu yang bererti buat semua yang terlibat.
ANDA dan NISA', KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA

Isnin, 27 Ogos 2007

Nisa' Melaka akan mengadakan Jambori Nisa' bermula 1 sept hingga 2 sept 2007. Bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm Sg Udang. Bayaran RM 55.00. Sehubungan itu Nisa' Melaka mengalu-alukan penyertaan semua remaja perempuan yang berumur 12 hingga 18 tahun untuk turut serta dalam jambori ini.

Pelbagai program yang menarik telah diaturkan. Antaranya adalah pengisian1 - Manisnya menjadi gadis suci yang akan disampaikan oleh Dr Maimunah, Dr Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Melaka. Pengisian 2 - My Heart akan disampaikan oleh Ustaz Akhwan Affandi dan Pengisian 3 - Milik Siapakah Gadis Ini yang akan disampaikan oleh En Abd Razak Hassan.

Selain itu Peserta akan di uji ketahanan mental fizikal dan mental mereka dalam outdoor games- Berakit dan Berhalangan. Burung Hantu- merupakan satu slot menguji kekuatan jiwa peserta untuk berhadapan dengan situasi yang mencabar. Slot Mai Skodeng akan memaparkan masalah sosial yang melanda remaja pada masa ini serta beberapa pengakuan remaja yang telah insaf.

Nisa' Melaka mengharapkan Program ini akan mendapat sambutan daripada semua remaja dan sokongan daripada semua ibubapa. Mudah-mudahan sokongan daripada anda akan memberikan kekuatan kepada Nisa' Melaka untuk mengaturkan pelbagai program pada masa-masa akan datang sebagai alternatif kepada berbagai program yang melalaikan remaja hari ini.

Akhirnya kepada ANDA yang telah terbaca ruangan ini harap dapat sebarkan kepada mereka yang terdekat dengan ANDA untuk sama-sama menyertai program ini.

Maklumat lanjut Sila hubungi:
016 6324716 Rogayah
013 6804802 Rohani
013 6674588 Mahani