Penyokong

Memaparkan catatan dengan label INFORMASI MUSLIMAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFORMASI MUSLIMAT. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Disember 2011

Adakah Anda Wanita Muslimah Yang Berfikir?

Assalamualaikum

Wanita Muslimah yang memahami dengan jelas tentang hidupnya yang sebenar hanyalah untuk mencari keredhaan Penciptanya dan yakin bahawa Jannah (syurga) atau Jahanam (neraka) merupakan balasan diakhirat, adalah seorang wanita yang berfikir. Dia adalah seorang yang tidak akan terpedaya dengan mitos kecantikan atau berusaha sedaya upaya untuk menerima imej dangkal yang dipropagandakan oleh Negara Kapitalis Barat. Dia tidak akan terpengaruh dengan dakyah dangkal yang membincangkan tentang kecantikan, rambut atau fesyen yang betul, atau membuang masa dan tenaga cuba untuk mencapai harapan yang tidak realistik sepertimana yang didefinasikan oleh masyarakat Barat sebagai “wanita yang cantik”. Keutamaan dalam kehidupannya adalah bagaimana menjadi seorang hamba yang tawaddhu’ kepada Penciptanya dan mengumpulkan sebanyak pahala yang mungkin untuk hari kemudian.

Model contoh dalam kehidupannya bukan pelakon filem, pemuzik atau model yang superfisial di Barat atau Timur tetapi lebih kepada Sahabiyaat dan wanita Muslim lampau yang mengabdikan diri hanya kepada Allah dengan memenuhi segala tanggungjawab kepadaNya dengan sepenuh daya tenaga mereka. Mereka ini dikenalpasti dan disanjung oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam ulama-ulama dan didalam sirah Islam bukan kerana kecantikan mereka tetapi kerana keperibadian yang tinggi dan kebijaksaan yang berkualiti, kedermawanan, kerendahan diri, kesetiaan, keberanian, kekuatan, pengorbanan dan menjadi isteri-isteri yang taat dan ibu-ibu yang penyayang. Mereka diiktiraf didalam budaya Islam bukan kerana paras rupa mereka tetapi kerana menjadi pemikir-pemikir yang hebat, cendikiawan yang hebat, pejuang-pejuang yang hebat, pensyair-pensyair yang hebat dan ahli-ali politik yang hebat dan juga para pendakwah yang hebat.

Wanita-wanita seperti Khadijah Radhiallahu anha isteri pertama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang menyokong suaminya didalam berdakwah untuk membentuk Negara Islam yang pertama telah sanggup mengharungi segala kesukaran dan rintangan dengan tabah dan sabar, malah menyaksikan penderitaan anak-anak beliau pada masa yang sama. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam berkata mengenainya “Aku tidak pernah berjumpa isteri yang lebih baik dari beliau. Dia mempercayai aku ketika orang lain, walaupun ahli dan kaum keluargaku sendiri tidak mempercayai aku, dan menerima bahawa aku adalah Rasul dan Pesuruh Allah yang sebenar. Dia memeluk Islam dan membelanjakan segala harta bendanya untuk membantu aku menyebarkan kepercayaan ini dan juga pada ketika seluruh dunia menentang dan menganiaya aku. Dan melaluinya, Allah mengurniakan aku dengan cahayamata.”

Sedemikianlah keperibadiannya sehingga Allah Subhanahu wa Taala mengirimkan salam kepadanya sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam sebuah hadis yang menyatakan bahawa Malaikat Jibrail datang kepada Rasul Sallallahu Alaihi wa Sallam dan berkata, “Wahai Pesuruh Allah! Khadijah akan datang kepada kamu dengan membawa semangkuk sup daging. Apabila dia sampai kepada kamu, sambutlah dia bagi pihak Tuhan kamu dan diriku, dan berilah dia khabar gembira bahawa sebuah istana yang diperbuat dari Oasab menantinya disyurga yang tidak akan ada sebarang kebisingan dan kesusahan.” [Riwayat Bukhari]


Wanita-wanita seperti Fatimah Radhiallahu anha anak perempuan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam adalah seorang yang sangat pemurah seperti perumpamaan cahaya api diatas bukit yang memberi panduan kepada kapal-kapal yang lalu. Contohnya, pada suatu ketika dimana Salman Radhiallahu anhu salah seorang dari rakan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam cuba mencari makanan untuk seorang Muslim yang kelaparan kerana telah tidak makan untuk beberapa lama. Dia membawa orang tersebut kebeberapa buah rumah tetapi tiada sesiapa pun yang dapat memberikan sebarang makanan. Tiba-tiba dia sampai kerumah Fatimah, lalu mengetuk pintu serta memberitahu tujuan kedatangannya. Dengan airmata berlinangan, Fatimah memberitahunya bahawa dia telah tiga hari tidak mempunyai sebarang makanan dirumah. Walaupun begitu, Fatimah enggan menolak tetamu tersebut dan berkata, “Aku tidak boleh menghantar pulang seorang tetamu yang kelaparan tanpa memberi sebarang makanan kepadanya”. Fatimah lalu merayu Salman supaya memberikan sehelai pakaian kepunyaannya kepada Shamoon, seorang Yahudi untuk ditukarkan dengan sedikit jagung. Orang Yahudi tersebut sangat kagum dengan kemurahan hati anak perempuan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam lalu memeluk Islam. Salman membawa jagung tersebut kepada Fatimah, lalu dikisarnya jagung tersebut untuk dijadikan beberapa buku roti. Apabila Salman mencadangkan supaya Fatimah menyimpan beberapa buku roti untuk diri dan keluarganya, Fatimah menjawab bahawa dia tidak mempunyai hak keatasnya kerana dia telah menyerahkan pakaian tersebut kerana Allah.

Wanita-wanita seperti Aisyah Radhiallahu anha isteri kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam adalah seorang yang bijaksana dan mempunyai daya ingatan yang sangat kuat, telah meriwayatkan lebih 2,000 buah hadis. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam dibidang tafsir, hadis, fikih dan Shari’ah. Didalam suatu mimpi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, Malaikat Jibra’il menunjukkan satu gambar Aisyah yang dibaluti oleh sutera berwarna hijau dan berkata, “Dia adalah isterimu didunia dan akhirat.”

Wanita-wanita seperti Khansaa seorang penyair yang mahir dan menggunakan kemahirannya untuk memotivasikan anak-anaknya berjihad untuk menaikkan ayat-ayat Allah yang Maha Tinggi dengan berkata kepada mereka, “ Kamu tahu ganjaran yang Allah janjikan kepada orang -orang yang berjuang untuk menentang orang - orang yang memusuhi jalanNya. Kamu harus ingat bahawa kehidupan akhirat adalah jauh lebih baik dari kehidupan dunia yang sementara ini. Apabila kamu bangun dikeesokan paginya, bersedialah untuk melakukan yang terbaik didalam peperangan. Berjuanglah menentang musuh dan mintalah pertolongan dengan Allah. Apabila kamu melihat api peperangan menyala, pergilah kamu ketengah medan peperangan dan hadapilah ketua-ketua musuhmu. InsyaAllah, kamu akan tinggal disyurga dengan kemuliaan dan kejayaan”. Keesokan harinya, keempat-empat anaknya melangkah kemedan peperangan Qadasiyyah, sambil mengulang-ulangi syair ibu mereka dan berperang sehingga mereka terbunuh. Apabila Khansaa menerima berita kematian anak-anaknya, dia berkata, “Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah yang telah memuliakan aku dengan kesyahidan mereka. Aku berharap agar Allah mempertemukan aku dengan mereka dibawah lindungan Yang Maha Pengasih”.

Wanita-wanita seperti Ummu Amarah Radhiallahu anha seorang pejuang yang sangat mahir dan telah berjuang didalam banyak peperangan termasuk Perang Uhud, Hunayn dan Yamamah. Seorang yang melindungi Rasullullah dengan badannya serta mengalami banyak kecederaan didalam Peperangan Uhud. Rasullullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah menceritakan ketika Perang Uhud dimana sahaja dia beralih, kekiri atau kekanan, dia melihat Ummu Amarah berjuang bermati-matian untuk melindunginya. Beliau berdoa untuk Ummu Amarah dan keluarganya yang telah berjuang dengan penuh semangat dan kekuatan pada hari tersebut dan bersabda; “Ya Allah! Jadikanlah keluarga ini teman –temanku disyurga.”

Wanita-wanita seperti Ummu Shareek yang mengabdikan dirinya untuk berdakwah kejalan Islam dikalangan wanita-wanita Quraish sehingga pada satu masa dia dihalau dari masyarakat oleh ketua-ketua orang Quraish dan wanita-wanita seperti Sumayyah yang pertama syahid kerana Islam, yang sentiasa menyeru kepada orang ramai untuk menyembah Allah Subhanahu wa Taala walaupun sedang diseksa oleh Abu Jahal.

Khatimah
Wanita Muslimah adalah individu yang berfikir, seorang yang tidak membuta tuli meniru dan menurut orang-orang disekitarnya walaupun dia menentang kebiasaan masyarakat. Dia bukanlah seorang individu yang merasa rendah diri kerana imejnya tetapi dia adalah seorang wanita yang yakin dengan kehidupan yang telah dipilihnya untuk memwujudkan kebenaran Islam melalui minda dan keyakinanya. Akhirnya, dia bukanlah seorang wanita yang hanya taksub dengan imejnya sendiri; keterampilan atau kehidupan tetapi sebagai seorang individu yang mengetahui urusan dunia, memahami masalah-masalah manusia dan berfikir dengan hati-hati tentang peranannya untuk merealisasikan sistem yang sebenarnya untuk mentadbir manusia; iaitu Daulah Khilafah. Anda bagaimana?? Marilah sama-sama kita renungkan. Wallahu alam bishawab

Islam kini bukan satu fobia

Setelah 21 tahun negeri ini ditadbir dengan dasar Membangun Bersama Islam, agama Islam tidak lagi menjadi 'fobia' khususnya di kalangan non-muslim.Sehubungan itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap generasi muda mempelopori usaha memberi kefahaman sebenar Islam sebagai cara hidup dan agama yang benar diturunkan Allah SWT kepada golongan tersebut.

Kerajaan negeri juga, katanya melakukan sedaya upaya mungkin ke arah menjadikan Al-Quran sebagai dasar pentadbiran negeri dan negara."Bahkan kerajaan negeri menjalankan kempen kepada seluruh masyarakat betapa Islam itu agama yang adil.

Menteri Besar berucap pada Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (Yik) Kali Kedua 2011 di Balai Islam, Lundang dekat sini, petang semalam.Turut hadir Speaker Dewan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri Che Abdullah Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar, para pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) dan pegawai Yik.

Menteri Besar menaruh harapan tinggi agar pelajar tahfiz muncul sebagai ulama proaktif dalam menyebar luaskan kefahaman Al-Quran kepada masyarakat."Lebih jauh dari itu, adalah diharapkan agar hafiz dan hafizah hari ini mewarisi perjuangan dalam menegakkan kandungan Al-Quran di negara ini," ujarnya.

Sambil menyifatkan bahawa pada masa lalu, bidang tahfiz dipandang sebagai bidang tidak menjanjikan peluang pekerjaan di mana para huffaz hanya sekadar mengajar Al-Quran di madrasah atau masjid, namun Menteri Besar menegaskan kini permintaan cukup tinggi untuk memasuki bidang tahfiz Al-Quran di sekolah tahfiz Yik, termasuk mereka yang datang dari keluarga profesional.

Justeru, Tuan Guru berkata tanggapan bahawa bidang tahfiz Al-Quran tidak menjanjikan masa hadapan yang cemerlang, kini terhakis dari masyarakat.

Rabu, 30 November 2011

PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN BERMUTU DALAM ISLAM

Assalamualaikum

Islam bukan sekadar menganggap pendidikan sebagai perkara yang penting, malah Islam telah menjadikan pendidikan sebagai salah satu keperluan asas masyarakat, termasuklah kesihatan dan juga keselamatan. Islam bukan sahaja menjamin agar keperluan pendidikan dapat dipenuhi, tetapi Islam juga mewajibkan setiap individu warganegara untuk menuntut ilmu serta mewajibkan negara untuk memberikan layanan kelas pertama kepada rakyatnya dalam bidang pendidikan.

Nabi SAW bersabda, "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara China, kerana menuntut ilmu itu hukumnya fardhu bagi setiap Muslim." (al-Khathib al-Baghdadi, ar-Rihlah fi Thalab al-Hadits; as-Suyuthi, Jami' al-Masanid wa al-Marasil, Juz I/463). Mengikut penjelasan al-'Allamah al-Manawi, biar betapa jauh pun tempat ilmu itu berada, maka kita diperintahkan untuk mencarinya. Sebab menuntut ilmu itu hukumnya adalah fardhu (al-Manawi, Faidh al-Qadir, Juz I/543). Daripada sini dapatlah disimpulkan bahawa kewajiban menuntut ilmu tidak pernah mengenal batas sempadan, baik sempadan wilayah negara mahupun sempadan waktu, sebagaimana yang dipraktikkan oleh Nabi SAW terhadap para sahabat di mana mereka semua menuntut ilmu sehingga ke akhir hayat.

Menuntut ilmu merupakan satu kewajiban di mana pendidikan merupakan proses ilmu untuk merubah masyarakat, maka keperluan kepada pendidikan merupakan suatu yang bersifat pasti dan tidak boleh tidak. Oleh kerana itu, negara wajib menjamin serta menyediakan segala perkhidmatan dan prasarana pendidikan untuk seluruh rakyatnya, sebagaimana polisi yang ditunjukkan oleh Nabi SAW ketika menjadi ketua negara. Antaranya adalah ketika kaum kafir Quraisy dijadikan sebagai tawanan perang di mana sebagai tebusan untuk membebaskan diri mereka, mereka disuruh untuk mengajar kaum Muslimin membaca dan menuulis (Ibnu Hisyam, as-Sirah an-Nabawiyah, Juz I/).

Hak Asas Rakyat dan Kewajiban Negara

Ilmu merupakan kunci kepada dunia dan akhirat. Dengan ilmu, dunia boleh dikuasai dan akhirat dapat dikecapi. Generasi terbaik umat Islam terdahulu telah menguasai dunia sekaligus merangkul kebaikan di akhirat melalui penguasaan mereka terhadap ilmu. Ilmu-ilmu ini mereka peroleh melalui proses pendidikan. Menyedari betapa pentingnya keperluan mereka terhadap ilmu, para sahabat terus-menerus menuntut ilmu tanpa mengenal usia. Al-Bukhari meriwayatkan bahawa para sahabat Rasulullah SAW terus-menerus belajar dan menuntut ilmu meskipun usia mereka sudah senja (al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Juz I/26). Begitu juga dengan para sahabat yang masih muda belia, mereka juga tidak ketinggalan. Ali bin Abi Thalib digelar oleh Nabi sebagai pintu kota ilmu (bab al-Madinah) dan Ibnu Abbas digelar sebagai penafsir Al-Quran (turjuman al-Qur'an), kedua-duanya telah sama-sama belajar sejak usia 7 atau 8 tahun. Saidina Ali RA menyatakan, "Belajar di waktu kecil adalah seperti memahat di atas batu." (al-Kattani, at-Taratib al-Idariyyah, Juz II/162).

Pada zaman Nabi SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin, masjid Nabawi telah dijadikan sebagai pusat pengajian ilmu. Nabi sentiasa mengadakan halqah-halqah ilmu (pembelajaran dan perbincangan), begitu juga dengan para sahabat. Al-Imam al-Yusi dalam kitabnya al-Qanun menyatakan bahawa model penyampaian ilmu sepertimana yang ada pada zaman sekarang sebenarnya berasal daripada praktik Nabi yang dilakukan terhadap para sahabat dalam majlis-majlis ilmu. Pada waktu itu, masjid menjadi pusat mengajar dan belajar. Umar mengatakan, "Barangkali orang yang masuk masjid ini bolehlah diumpamakan seperti kuda yang berkeliaran. Jika dia melihat terdapat majlis kaumnya dan melihat orang yang dia kenal, maka dia duduk bersama-sama mereka." (al-Kattani, at-Taratib al-Idariyyah, Juz II/152). Sehingga ke hari ini di Masjid Nabawi mahupun di Masjid al-Haram, kita dapat melihat halqah-halqah ilmu ini masih berjalan.

Menyedari tentang kewajiban negara melalui hadis "Imam adalah pemelihara, dan dia bertanggungjawab terhadap rakyat pemeliharaannya" [HR al-Bukhari], maka Daulah Islam wajib menyediakan segala infrastruktur pendidikan kelas pertama untuk seluruh rakyatnya. Mulai daripada prasekolah, menengah, kampus, perpustakaan, makmal, tenaga pengajar sehinggalah kepada pembiayaan biasisiwa pendidikan, semuanya diberikan sepenuhnya secara percuma, tanpa mengenal bangsa dan agama.

Pada zaman Abbasiyah, al-Kuttab (sekolah asas) banyak didirikan oleh Khilafah, di mana bangunannya bersambungan dengan masjid. Di sana juga dibangunkan perpustakaan. Pendidikan tinggi pertama pada zaman itu adalah Bait al-Hikmah yang didirikan oleh Khalifah al-Ma'mun (830 M) di Baghdad. Selain daripada berfungsi sebagai pusat penterjemahan, ia juga digunakan sebagai pusat akademik, perpustakaan umum dan planetarium (Philip K Hitti, History of the Arabs, 514-515). Kemudian, muncul pula Akademi Nidzamiyyah yang dibangunkan antara tahun 1065-1067 M. Akademi ini dijadikan contoh dan rujukan oleh Eropah sebagai model untuk perguruan tinggi mereka (Reuben Levy, A Baghdad Chronicle, Cambridge: 1929, 193).

Di Cordoba, Sepanyol, pada zaman itu telah berkembang Le Mosquet yang mana pada asalnya ia merupakan sebuah gereja. Setelah Islam mengambil alih, ia kemudian dialih fungsi kepada masjid, lengkap dengan madrasah yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana pendidikan yang lain. Lembaga pendidikan ini telah melahirkan ramai ulama berkaliber seperti al-Qurthubi, as-Syathibi dan lain-lain. Bukan sekadar bidang tafsir dan usul, akademi pendidikan di era Khilafah juga berjaya melahirkan para pakar dalam pelbagai bidang. Antaranya, bidang kedoktoran seperti Ali at-Thabari, ar-Razi, al-Majusi dan Ibnu Sina, bidang kimia seperti Jabir bin Hayyan, astronomi dan matematik seperti al-Hajjaj bin Mathar, Hunain bin Ishaq, Tsabit bin Qurrah, Ali bin Isa al-Athurlabi, bidang geografi seperti Yaqut al-Hamawi dan al-Khuwarizmi, historiografi seperti Hisyam al-Kalbi, al-Baladzuri dan lain-lain. Nama-nama yang disebutkan ini hanyalah sebahagian kecil daripada ribuan ilmuan yang terhasil dan kesemuanya merupakan produk daripada akademi pendidikan di era Khilafah.

Percuma dan Bermutu

Fakta sejarah di era keemasan Islam di atas telah membuktikan bahawa kualiti pengeluaran pendidikan yang dihasilkan oleh Khilafah telah mendapat mengiktirafan dari seluruh pelusuk dunia tanpa tolok bandingnya. Apa yang menarik sekali adalah pendidikan kelas pertama ini diberikan dengan percuma sepenuhnya kepada seluruh warganegara Daulah tanpa membezakan warna kulit, bangsa dan agama. Pendidikan percuma dan bermutu dalam sistem Khilafah bukanlah fantasi atau khayalan, tetapi sebaliknya ia telah terbukti dalam lipatan sejarah Islam selama lebih daripada 1300 tahun.

Pendidikan percuma dan bermutu boleh diwujudkan oleh Khilafah kerana Khilafah mempunyai sumber pendapatan yang sangat besar. Kekayaan milik negara dan milik umum diuruskan sepenuhnya oleh Daulah dan hasilnya diagihkan kepada rakyat melalui skim biasisiwa pendidikan, kesihatan dan kemudahan-kemudahan awam yang lain. Dengan cara yang sama, Daulah juga mampu untuk membangunkan seluruh infrastruktur pendidikan yang jauh lebih canggih serta mampu memberikan gaji dan insentif yang lebih tinggi kepada para ulama' dan guru atas jasa dan karya mereka. Daripada pendidikan dasar, menengah sehinggalah ke menara gading, yang mana kesemuanya adalah menjadi kewajiban negara, tidak sesen pun bayarannya akan dikutip daripada rakyat. Sebaliknya, kesemua pembiayaan pendidikan ditanggung sepenuhnya oleh negara. Anak-anak orang kaya dan miskin sama-sama boleh menikmati pendidikan dengan kualiti yang sama secara percuma.

Selasa, 4 Oktober 2011

PANTUN PERINGAT DIRI

Assalamualaikum .. salam mesra

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Khamis, 29 September 2011

Waspada Setiap Masa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan bungkusan yang semakin berleluasa melalui Internet.PDRM dalam kenyataan di laman Facebook menjelaskan modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, e-mel dan laman sembang dalam tempoh satu hingga empat bulan.

Setelah persahabatan terjalin, anggota sindiket kemudian memaklumkan kepada mangsa bahawa bungkusan telah dihantar kepadanya sebagai barangan hadiah.Bungkusan itu dikatakan mengandungi barang perhiasaan, wang, emas dan disusuli dengan kiriman resit penghantaran melalui e-mel kepada mangsa.

Menurut PDRM, mangsa kemudian akan dimaklumkan oleh sindiket bahawa bungkusan berkenaan ditahan oleh Kastam Malaysia."Mangsa diminta menjelaskan beberapa bayaran kepada Kastam dan syarikat ejen dengan memasukkan wang ke dalam akaun yang akan diberikan oleh sindiket bagi tujuan menuntut bungkusan tersebut."Mangsa yang terpedaya hanya sedar ditipu setelah membuat beberapa bayaran sebagaimana yang diminta oleh sindiket tanpa mendapatkan bungkusan tersebut," kata PDRM.

Justeru itu PDRM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kenalan melalui Internet dan mengelak daripada menjadi mangsa kepada penipuan jenayah siber itu.

ISU HUDUD : YANG TERSIRAT DAN YANG TERSURAT


Isu hukuman hudud kembali meledak di dada-dada media apabila ia dibincangkan pada Seminar Syari’ah Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Parti PAS sekalipun telah mengambil satu langkah kedepan dengan laungan kepada Negara Kebajikan, namun langkah yang satu lagi kelihatan masih tersekat di belakang dengan isu hudud.

Hukum hudud jelas terus berperanan sebagai salah satu raison d'etre parti itu. Tidak mustahil perkara ini sukar diubah kerana hukum hudud adalah cara mudah untuk membuktikan bahawa mereka adalah sebenarnya pejuang Islam dan suatu antitesis kepada UMNO.  Ia juga membawa tanggapan bahawa nilai keIslaman sesuatu gerakan itu bergantung kepada betapa seriusnya ia terhadap perlaksanaan hudud.
Walhal apabila hukum hudud diseret ke gelanggang politik, maka perbincangan yang kritis dan wacana yang segar tentu sekali sukar berlaku. Yang popular itulah yang benar. Apa yang penting adalah merebut pengaruh dan terus berlumba-lumba membuktikan pihak sendiri jauh lebih Islam berbanding yang satu lagi. Maka tidak hairan secara tiba-tiba PAS tidak lagi bersendirian sebagai penyokong hukum hudud.


Prof Tariq Ramadan: “Negara-negara umat Islam diseru menangguhkan perlaksanaan hukuman kanun keseksaan, hukuman rejam dan hukuman mati.” Prof Tariq Ramadan: “Negara-negara umat Islam diseru menangguhkan perlaksanaan hukuman kanun keseksaan, hukuman rejam dan hukuman mati.”
Penangguhan Hudud
“Negara-negara umat Islam diseru menangguhkan perlaksanaan hukuman kanun keseksaan, hukuman rejam dan hukuman mati.” Itulah seruan Prof Tariq Ramadan pada tahun 2005 yang menggemparkan dan mengundang pelbagai respon. Seruan itu tentu sekali merangkumi hukum-hukum yang dijustifikasikan dengan hujah agama. Dengan itu tidak dapat lari daripada turut menyentuh tentang hukuman hudud. Hujah-hujah beliau amat penting untuk dicermati bagi membantu menyoroti persoalan-persoalan tentang hudud dan hukuman kanun keseksaan yang lain. Serta apakah langkah kedepan yang boleh diambil.
Apabila  umat Islam yang telah menjadi sebahagian daripada sebuah realiti baru, mereka diburu persoalan yang fundemental tentang bagaimana untuk melaksanakan hukuman-hukuman yang telah ditetapkan di dalam kanun keseksaan Islam.
Perbincangan tentang hukum hudud banyak dicorakkan dengan pergelutan umat Islam mencari jawapan bagaimana untuk berpegang teguh kepada mesej Islam dalam dunia kontemporari. Serta persoalan bagaimana sebuah masyarakat dapat didefinisikan sebagai Islamik tidak sekadar hanya terhad dengan amalan peribadi sehari-hari.


Keghairahan Terhadap Hudud
Keghairahan dan semangat membara terhadap hudud menurut Prof Tariq Ramadan kadangkala disebabkan oleh keyakinan bahawa dengan melaksanakannya, maka terserlah karakter ‘Islamik’ sesebuah masyarakat. Dalam mengkaji fenomena ini dua bentuk penaakulan lazimnya membentuk dakwaan itu:
Pertama, perlaksanaan hudud menampakkan baik secara perundangan ataupun sosial  perkaitannya dengan Islam. Kekerasan perundangan itu seakan mempamerkan rasa ketaatan terhadap perintah al-Qur’an yang menuntut penghormatan tidak berbelah bahagi kepadanya.
Kedua, penentangan yang datang daripada Barat, secara paradoks memcambahkan lagi rasa bahawa yang ditentang Barat itulah jalan ketaatan yang sebenar kepada ajaran Islam. Penentangan bersungguh-sungguh daripada Barat menjadi bukti yang memadai bahawa untuk membentuk karakter Islamik yang tulen, hududlah jawapannya.
Penaakulan yang bersifat terlalu berpegang kepada bentuk luaran tanpa mengambil kira objektif disebaliknya, dan penaakulan bersifat binari (kurang Barat bermakna lebih Islami) amat berbahaya. Hal ini adalah kerana kualiti Islamik itu ditentukan oleh  nilai perundangan. bukan kepada apa yang dianjurkan, dipelihara dan dilaksanakan keadilan keatasnya.

Pelbagai Pandangan
Pelbagai ombak pemikiran berlabuh di dunia umat Islam hari ini maka perbezaan pandangan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi dalam perihal hukuman hudud. Terdapat sebahagian kecil umat Islam yang menuntut agar hudud dilaksanakan dengan segera dan tegas. Menjadikan hal tersebut pra-syarat untuk sesebuah masyarakat yang majoriti Muslim diangkat sebagai ‘Islamik’.
Sebilangan yang lain pula berpandangan waima hukum hudud itu boleh ditemui di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah, namun keadaan masyarakat haruslah adil dan ‘ideal’ sebelum hukuman itu boleh dilaksanakan. Maka keutamaan harus diberi pada perjuangan menegakkan keadilan sosial, menyelesaikan masalah kemiskinan, peluang pendidikan dan lain-lain. Terdapat pandangan yang juga minoriti bahawa nas-nas berkaitan hudud tidak lagi boleh digunapakai  dan tidak sesuai lagi di dalam dunia kontemporari umat Islam.
Semua ulama, baik dari masa dahulu dan kini, daripada semua aliran pemikiran mengakui bahawa hukuman-hukuman kanun keseksaan dan hudud sememangnya ada disebut di dalam nas-nas. Namun titik perbezaan antara ulama-ulama serta aliran-aliran pemikiran ialah pada penafsiran nas-nas tertentu, keadaan yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan dan tahap relevennya dengan zaman ini.Semua ulama, baik dari masa dahulu dan kini, daripada semua aliran pemikiran mengakui bahawa hukuman-hukuman kanun keseksaan dan hudud sememangnya ada disebut di dalam nas-nas. Namun titik perbezaan antara ulama-ulama serta aliran-aliran pemikiran ialah pada penafsiran nas-nas tertentu, keadaan yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan dan tahap relevennya dengan zaman ini.
Semua ulama, baik dari masa dahulu dan kini, daripada semua aliran pemikiran mengakui bahawa hukuman-hukuman kanun keseksaan dan hudud sememangnya ada disebut di dalamnas-nas. Namun titik perbezaan antara ulama-ulama serta aliran-aliran pemikiran ialah pada penafsiran nas-nas tertentu, keadaan yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan dan tahap relevennya dengan zaman ini.
Majoriti ulama’ baik dahulu dan sekarang berpandangan hukuman-hukuman itu secara keseluruhannya adalah Islamik tetapi keadaan yang membolehkan hukuman-hukuman itu dilaksanakan adalah hampir mustahil untuk diwujudkan semula. Dengan itu, hukuman tersebut adalah ‘hampir tidak dapat dilaksanakan’. Maka hudud hanya berperanan sebagai ‘pencegahan’ . Tujuannya ialah supaya ia menggetarkan kesedaran orang-orang beriman tentang beratnya kesalahan sesuatu perbuatan yang melayakkan hukuman sedemikian.

Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan
Sebahagian bukan Islam bantah Hudud..Sebahagian bukan Islam bantah Hudud..
Prof Tariq Ramadan menegaskan bahawa beberapa persoalan asas perlu ditujukan kepada badan-badan penguatkuasa Islam di serata dunia berkaitan hudud. Tidak kira mana-mana tradisi baik Sunni mahupun Syi’ah. Tidak kira mana-mana mazhab baik Hanafi, Maliki, Syafi’i, Ja’afari dan lain-lain. Juga tidak kira kecenderungan aliran baik literalis, salafi, reformis dan sebagainya. Perkara ini amat perlu diberi perhatian sebelum boleh terus menganggap perbahasan tentang hudud ini sudah pun selesai.
Apakah nas-nas, termasuklah tahap kesahihannya yang menjadi rujukan untuk hudud? Di manakah garis pembeza untuk penafsiran-penafsiran yang ada dan di titik manakah perbezaan itu berlaku dalam sejarah  perundangan Islam dan era kontemporari?
Apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk setiap hukuman menurut sumber itu sendiri, kesepakatan para ulama’ (al-Ijma’) atau secara persendirian oleh ulama’ tertentu melalui sejarah perundangan Islam dan fekah? Di titik manakah perbezaan pandangan terhadap syarat-syarat itu? Apakah ‘keadaan yang meringankan’ yang kadangkala dihuraikan oleh autoriti agama sepanjang sejarah berlalu serta di dalam mazhab-mazhab yang berbeza?
Konteks sosio-politik atau al-Waqi’ sentiasa diberikan perhatian oleh para ulama sebagai salah satu pra-syarat kepada perlaksanaan hudud. Disebabkan itu, penyertaan para intelektual terutama yang mahir dalam sains sosial diperlukan dalam perdebatan tentang isu ini. Oleh itu, dalam konteks hari ini, apakah berkemungkinan untuk melaksanakan hudud? Apakah keadaan yang diperlukan daripada segi sistem politik dan perlaksanaan kebebasan bersuara, kesamarataan di sisi undang-undang, pendidikan awam, penghapusan kemiskinan dan keadilan sosial? Yang manakah dalam bahagian ini menjadi perbezaan pandangan dan atas asas apa perbezaan ini terjadi?
Soalan-soalan ini semua bertujuan menjernihkan lagi isu yang diperdebatkan dengan memberi perhatian kepada keluasan penafsiran terhadap nas-nas dan mengambil kira faktor penentu keadaan kontemporari dan evolusi sosial. Proses muhasabah ini perlu bermula dengan memahami seiringan teks (nusus) dan konteks serta berpegang teguh kepada objekti dan mesej Islam.
Kesedaan ini memerlukan sepenuh kesungguhan , masa dan penyediaan ruang untuk berdialog dan berdebat. Ia tidak sepatutnya sekadar diperingkat nasional tetapi juga internasional, diantara para ulama’, golongan intelektual, dan dikalangan komuniti Islam itu sendiri. Sesungguhnya perkara ini bukan hanya berdasarkan kepada perhubungan dengan teks (nas) yang memerlukan kepakaran “ulama’ an-nusus” (ahli yang mahir dalam urusan teks); tetapi juga perhubungan dengan konteks (waqi’), yang selayaknya mewajibkan keterlibatan golongan “ulama’ al-waqi’” (ahli yang mahir dalam urusan keduniaan).

Diantara Yang Tersurat dan Matlamat
Matlamat atau objektif yang menjustifikasikan sesuatu nas itu (al-Maqasid) mestilah memandu bagaimana nas-nas hukum itu seharusnya dilihat. Dan diantara matlamat-matlamat itu telah ditentukan sejak awal lagi antaranya ialah pemeliharaan nyawa seseorang (an-Nafs) dan  menegakkan keadilan (al-‘Adl). Perlaksanaan hudud secara literal dan tanpa mengambil kira konteks hanya akan mebuahkan ketidakadilan.
Khalifah Umar al-Khattab pernah menggantung perlaksanaan hukuman hudud ketika kemarau melanda.Khalifah Umar al-Khattab pernah menggantung perlaksanaan hukuman hudud ketika kemarau melanda.
Khalifah Umar al-Khattab pernah menggantung perlaksanaan hukuman hudud ketika kemarau melanda. Sekalipun dikatakan bahawa hujah-hujah hudud itu jelas di dalamnas-nas. Namun Khalifah Umar al-Khattab faham bahawa perlaksanaan hudud dalam konteks tersebut hanya akan mengakibatkan berlakunya ketidakadilan.
Keadaan negara umat Islam hari ini jauh lebih kompleks. Penindasan sama ada nyata atau tidak berpunca daripada tadbir urus yang buruk, sistem ekonomi yang rancu, rasuah, nepotisme dan lain-lain adalah sebuah ‘kemarau’ berpanjangan. Oleh itu perlaksanaan hudud yang tidak mahu mempedulikan konteks yang semakin kompleks ini bukanlah tanda ketaatan kepada ajaran Islam. Sebaliknya ia akan menjejaskan matlamat tertinggi ajaran Islam yang begitu mementingkan keadilan.

Langkah Ke Depan
Mengambil semangat Umar al-Khattab, keghairahan memastikan keadilan terpelihara lebih layak diutamakan berbanding melaksanakan hudud dengan mengabaikan konteks. Tumpuan juga sepatutnya pada usaha membentuk masyarakat yang terdidik sehingga mereka dapat melangkaui fatamorgana  formalisme, yang hanya mementingkan bentuk dan rupa agama tetapi mengetepikan isi dalaman yang jauh lebih penting.
Menerapkan tafsiran, pendekatan dan hukuman yang bersifat keras dan menekan tidak akan menjadikan masyarakat lebih taat kepada ajaran Islam. Keupayaan untuk menggalakkan keadilan sosial dan pemeliharaan integriti setiap individu baik lelaki atau perempuan, kaya atau miskin sebenarnya yang akan memastikan ketaatan yang selayaknya. Mengikut norma Islam perkara yang utama adalah pemeliharaan hak-hak individu dan masyarakat, dan bukanlah menguruskan hukuman yang sepatutnya dijalankan dengan syarat yang ketat.
Sudah tiba masanya persoalan hudud dijauhkan daripada menjadi instrumen permainan persepsi dan sekadar bahan api yang membakar sentimen. Umat Islam sepatutnya menolak pengabsahan ajaran agama mereka oleh golongan formalis dan menumpukan kepada mesej mendalam Islam yang mengajak kepada kerohanian. Adalah penting untuk umat Islam mengalih perhatian daripada apa yang disekat  oleh undang-undang kepada apa yang sepatutnya dipelihara oleh undang-undang itu. Yakni hati nurani, integriti, kebebasan dan hak-hak setiap manusia, serta keadilan yang sentiasa menjadi asas terpenting daripada ajaran Islam.