Penyokong

Memaparkan catatan dengan label DAKWAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAKWAH. Papar semua catatan

Khamis, 8 September 2011

JANGAN SAKITI RASULULLAH SAW

SESIAPA saja akan sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapa disebut-sebut di hadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan. Inilah fitrah hubungan kasih dan sayang yang ada antara seseorang itu dengan ibu bapa kandungnya.

Keburukan apakah yang lebih besar dan jelas selain daripada kekufuran Abu Lahab sehingga celaan Allah SWT dalam al-Quran.

Namun, apabila sampai ke telinga Nabi bahawa ada sahabat yang mengungkit tentang kekufuran dan penentangan Abu Lahab di hadapan anak perempuannya yang Muslim, baginda melarang dan menegur perbuatan itu.

"Jangan sakiti yang Islam dengan menyebut-nyebut yang kafir," sabda baginda.

Jika itulah sikap Nabi dalam kes Abu Lahab, bagaimanakah pula jika ibu dan bapa baginda sendiri yang disebut dan diungkit sebagai kufur dan berada dalam neraka?

Adakah Nabi tidak terguris hati atau merasa disakiti, tanpa mengira apa pun niat si penyebut? Lebih buruk lagi jika pandangan bahawa ibu dan bapa nabi itu kufur adalah tidak benar dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama.

Maka kenyataan tersebut merupakan suatu pendustaan terhadap kekasih Allah SWT dan makhluk-Nya yang paling mulia.

Malangnya, akhir-akhir ini, ada dakwaan bahawa ibu dan bapa Nabi itu kufur dan berada dalam neraka. Ia diketengahkan dalam masyarakat kita secara terbuka dalam media perdana oleh segelintir pendakwah.

Dalam keadaan begitu tidak mustahil ramai ahli masyarakat yang tidak berilmu akan mudah terpengaruh, lantas sama-sama mengulangi kalimah yang pastinya menyakiti Nabi itu.

Mahukah kita jika Allah SWT memandang umat Islam di Malaysia sebagai tidak peka dengan apa yang menyakiti kekasih-Nya? Bukankah ini boleh mengundang kemurkaan Allah dan rasul-Nya?

Sebenarnya tidak ada satu sebab munasabah untuk mengungkit isu status ibu dan bapa Nabi.

Jika isu ini tidak ditimbulkan, masyarakat kita amnya mempunyai tanggapan yang sangat mulia terhadap ibu dan bapa Nabi. Itu sikap yang lebih berasas dan tepat seperti yang akan dihuraikan.

Kalau pun ada yang bertanggapan bahawa ini bercanggah dengan hadis, tetapi apakah ia menepati keutamaan yang begitu tinggi dan mendesak sehingga perlu ditimbulkan.

Adakah selama ini dengan memuliakan ibu dan bapa Nabi merugikan dan memundurkan Islam dan umatnya di Malaysia?

Selain tiada keperluan jelas, isu ini juga tidak patut ditimbulkan secara terbuka. Untuk memastikan ia benar-benar dihuraikan secara adil ia menuntut kajian dan penelitian ilmiah khusus.

Sebenarnya, isu ini ada persamaan dengan beberapa isu agama yang sifatnya kompleks dan boleh mengelirukan yang suka ditimbulkan oleh segelintir penceramah akhir-akhir ini. Apabila ada yang menimbulkannya secara terbuka maka wajib penjelasan dibuat agar masyarakat tidak keliru dan tersalah faham. Pendek kata ia sudah menjadi suatu kemungkaran dan kezaliman ilmiah yang wajib dicegah dan diperbetulkan.

Pandangan yang mendakwa ibu dan bapa Nabi adalah kufur dan berada dalam neraka sebenarnya berpuncakan dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Dalam salah satunya, Nabi bersabda bahawa baginda tidak diizinkan oleh Allah memohon keampunan bagi ibu baginda tetapi diizinkan menziarahi kuburnya.

Dalam hadis kedua, Nabi diriwayatkan menjawab pertanyaan seorang lelaki tentang nasib bapanya dengan menjawab bahawa ayah lelaki tersebut dan ayah baginda sendiri berada dalam neraka.

Walaupun sahih daripada segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa matan atau teks hadis-hadis ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ini suatu yang biasa berlaku dalam berinteraksi dengan hadis.

Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadis. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadis itu sendiri yang perlu dipatuhi.

Berdasarkan kaedah-kaedah dalam memahami teks hadis, hadis-hadis di atas tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi kufur dan diazab.

Pertamanya, makna zahir hadis-hadis ini tidak boleh dipegang kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis yang lain. Antaranya, ayat-ayat dan hadis yang mensabitkan bahawa Nabi adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti ayat 219 surah al-Syuara' yang bermaksud: dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud.

Ibnu Abbas seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir-tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi di kalangan nenek moyang yang sujud dan beriman.

Hal ini disokong oleh hadis-hadis yang merakamkan bahawa Nabi pernah memuji atau berbangga dengan ibu bapa dan keturunannya sedangkan adalah tidak wajar Nabi melakukan demikian jika mereka itu syirik atau kufur.

Maksud zahir hadis-hadis itu juga bertentangan nas-nas al-Quran berkenaan kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan rasul-rasul-Nya untuk menyampaikan agama yang benar (al-Israk: 15, al-Anaam: 131, al-Nisaa': 165)

Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada kaum Nabi Muhammad sebelum kebangkitan baginda (Saba': 44, al-Qasas: 46).

Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah ibu dan bapa Nabi sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul yang menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.

Jumaat, 24 Jun 2011

JANGAN MUDAH SU' DZAN

Buruk sangka adalah satu penyakit yang sukar diubati.Ianya sakit yang tidak nampak namun kehadirannya benar-benar dirasai.Jika sakit yang nampak boleh berjumpa dengan doktor bagi merawat sakit tersebut.dengan izin Allah Insya Allah akan sembuh.Namun demikian, bagaimana pula bagi penyakit yang tidak jelas kelihatan ini.Tentunya sukar bukan?

Tempat bagi penyakit ini adalah di dalam maksud saya hati.Justeru itu,fokus rawatan kita adalah hati.Hati yang sihat (baik) akan menzahirkan pekerti yang mulia.Oleh itu, tidak tepat jika kita katakan bahawa apa yang di dalam tidak sama yang di luar.Contoh yang sering dituturkan oleh sebahagian dari kita : Dia tu mulut jer jahat tapi hatinya baik..

Berbalik pula kepada rawatan; sang doktor juga dukun tidak mungkin mampu merawat penyakit hati.Cukup sukar.Cuba tanya diri sendiri mampukah anda merawat penyakit tersebut.Payah bukan? Disini kita seharusnya sedari dalam hal ini, kuasa kita adalah amat terbatas.Oleh itu, kita benar-benar mengharap kepada sentuhan pencipta hati.DIA yang mencipta hati sudah tentulah DIA mampu merawatnya.Jadi untuk merawatnya mari kita sama-sama mengikuti 5 perkara tersebut:

1. Membina akidah yang sihat
Merawat sakitnya hati, hendaklah dimulakan dengan pembinaan akidah.Hakikat ini telahpun kita maklumi.Ini berdasarkan Sirah Rasulullah s.a.w.ketikamana berhijrah dari Mekah menuju ke Madinah,Baginda telahpun mendahului pembinaan masjid.Di sini menjelaskan kepada kita betapa pembinaan akidah bermula dari baikpulih rohani.Justeru itu, hati yang baik datangnya dari rohani yang cemerlang.Yang sentiasa hatinya dibimbing oleh Allah dalam setiap masa dan keadaan.

2. Meninggalkan kemaksiatan dan kejahatan
Kita sedar bahawa hati yang rosak adalah disebabkan banyaknya perlakuan maksiat dan kejahatan.Setiap kali melakukan kerosakan hati akan ditandai dengan satu bintik hitam.Jika kerosakan tersebut sering dan acapkali dilakukan, maka lama kelamaan bintik hitam tersebut semakin banyak.Akhirnya ianya akan menutupi sebahagian besar hati.Hati yang telah diselaputi (bintik hitam) sudah tentu sukar menerima kebaikan.

Firman Allah yang bermaksud :

"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakkiNya.Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu".
(Surah Al-Talaq 65:2-3)

3. Menjuhkan diri dari berbisik-bisik
Tahukah kita perbuatan berbisik-bisik itu adalah salah satu dari senjata syaitan?Dengan berbisik-bisik lahirlah amarah.Amarah tempatnya di hati.Jika hati tidak dipandu dengan tuntutan syariat, tidak mustahil dua makhluk Allah ini akan saling bermusuhan. Natijahnya berlakulah pertengkaran,pergaduhan sehingga sanggup berbunuh-bunuhan.

Firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan".
(Surah An-Nahl 16: 128)

4. Menjauhi perkara syubhat

Islam benar-benar menjaga hak individu.Ini terbukti berdasarkan tegahan Allah dari melakukan perkara-perkara yang berbentuk syubhat.Jika kita selidiki syubhat adalah satu perilaku yang tidak jelas tetapi kehadirannya boleh dirasai.Setiap yang samar,tidak jelas adalah perkara yang sudah tentunya sukar untuk diubati.Justeru itu,ubat yang paling mujarab adalah datang dari pencipta hati.

5. Mengikuti petunjuk Islam
Hati akan menjadi tenang,aman dan tenteram bilamana berada dalam landasan Islam.Ini kerana Allah telah memberi jaminan akan memelihara siapa sahaja yang taat dan patuh kepada setiap arahanNya.

Firman Allah yang maksudnya:

"Dan orang-orang yang berjihad di jalan kami,maka Kami bener-benar akan menunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami".

(Surah Al-Ankabut 29:69)

Manakala dalam satu hadis Qudsi telah diriwayatkan oleh Bukhari dengan maksudnya :

"Dan hambaKu yang selalu mendekatkan diri kepadaKu dengan ibadat-ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya.Jika telah mencintainya,Aku menjadi pendengarannya kala ia mendengar: Aku menjadi penglihatannya kala ia melihat: Aku menjadi tangannya kala ia bekerja dengan tangannya, dan Aku menjadi kakinya kala ia berjalan dengan kakinya.Jika ia meminta sesuatu,Aku akan memberikannya.Jika ia memohon perlindungan, Aku akan memberikan perlindungan".

Penutup

Berdasarkan 5 perkara sepertimana di atas, tidak ada cara mudah bagi merawat penyakit hati melainkan kembali secara total kepada cara hidup Islam.Seterusnya berusaha sedaya mungkin untuk menjadi manusia yang paling cemerlang di sisi Allah s.w.t.Semoga kita berjaya di dunia juga di akhirat.

kredit to fizalayu

Selasa, 21 Jun 2011

WEHDATUL FIKR SATU KEUTAMAAN

Skop amal Islami yang dibincangkan di sini ialah yang melibatkan amal jama’iy dan amal ijtima’iy.
Fokus amal Islami ialah dakwah, tarbiyyah dan jihad.

Pengertian Wehdatul Fikri dan Wehdatul ‘Amal
Wehdatul fikri bermaksud kesatuan fikiran dalam meletakkan matlamat, halatuju, sikap dan pandangan dalam jama’ah.

Wehdatul amal bermaksud kesatuan tindakan dalam menjayakan perancangan, penyusunan kerja dan tenaga ke arah mencapai matlamat bersama dalam jama’ah.

Ini bererti wehdatul fikri adalah asas penting ke arah wehdatul amal.

Asas-asas Wehdatul Fikri

1. Keutuhan aqidah.
2. Kefahaman tentang tasawwur Islam yang jelas.
3. Kejelasan matlamat dan fikrah perjuangan.
4. Kejelasan prinsip dan keanjalan strategi
5. Memahami uslub dan manhaj jama’ah.
6. Kefahaman waqi’e medan perjuangan.
7. Kekuatan ukhuwwah dan keterbukaan pandangan.

Asas-asas Wehdatul Amal

1. Keutuhan kesatuan fikrah ( wehdatul fikri )
2. Memahami tasawwur amal Islami ( fiqh amal jamai’iy dan ijtima’iy )
3. Memahami kerja berorganisasi
4. Menguasai nizam ( sistem ) jamaah .
5. Perencanaan ( takhtith) yang teliti.
6. Wala’ dan tsiqoh antara qiyadah dan jundiyyah.

Wasilah Wehdatul Fikri dan Wehdatul Amal

1. Pembentukan ahli dan pimpinan melalui tarbiyyah dan perkaderan ( takwin )
2. Perancangan melalui qiyadah dan syuro ( takhtith )
3. Penyusunan melalui organisasi yang tersusun ( tanzhim )

Halangan-halangan Ke Arah Wehdatul Fikri dan Wehdatul Amal

1. Kelemahan dan kelembapan takwin.
2. Kemasukan unsur-unsur fikrah ajnabi.
3. Munculnya berbagai firqah dan aliran dalam jamaah.
4. Kelesuan qiyadah dan kedegilan jundiyyah.
5. Perencanaan yang spontan dan perlaksanaan yang kucar kacir.

Isnin, 14 Mac 2011

Kenapa Perlu Taksub ??

TAKSUB ialah suatu sikap percaya kepada sesuatu atau seseorang secara melulu dan membawa kesan tidak baik kepada perkembangan diri dan agama. Ia berbeza dengan sifat taat (taah) yang membawa pedoman prinsip dan sifat terbuka terhadap sesuatu dan seseorang.Bersikap taksub bermakna sesuatu yang dipegang dan dianut adalah benar dan selamanya benar walaupun terdapat kelemahan pada sesuatu dan seseorang itu, manakala sifat taat merujuk kepada kebenaran dari al-Quran dan al-sunnah.Sifat taat juga merujuk kepada sesuatu yang betul dan benar di samping adil atau terhadap seseorang yang juga mendukung kebenaran dan keadilan.Jika ada pertikaian terhadap kebenaran dan keadilan yang cuba dibawa seseorang harus bersikap terbuka dan kembali kepada sumber iaitu al-Quran dan sunnah.

Sikap taksub boleh membawa kepada kejumudan berfikir dan kebekuan minda. Sekiranya hal ini berlaku, masyarakat Islam tidak akan maju ke hadapan dan gagal menghasilkan model-model Islam yang relevan dengan zaman.Para remaja Islam walaupun memiliki idealisme yang tinggi harus mampu mengimbangi antara pemahaman terhadap realiti.Tidak salah bagi remaja memiliki idealisme yang tinggi. Tetapi adalah salah idealisme dilontarkan tanpa perancangan strategik bagaimana idealisme itu dapat dilaksanakan.

Remaja juga mempunyai mentaliti menentang. Namun, penentangan harus dilakukan dengan bijaksana dan berasas. Tanpa memahami realiti penentangan hanya bersifat khutbah dan syarah atau retorik.

Penentangan bagi remaja yang proaktif harus disediakan dengan gagasan yang cukup baik yang menghasilkan model alternatif untuk dilaksanakan di tengah-tengah gelanggang.Jika tidak, idealisme dan jiwa penentangan hanya ibarat kiambang yang bunganya cantik di permukaan air tetapi akarnya tidak berjejak bumi. Datang gelombang dan arus, ia mudah hanyut ke tepi.Ini tidak pula bermakna para remaja tidak harus memiliki sifat taat, idealisme yang tinggi atau daya kritis yang tinggi. Bagi remaja, kualiti sedemikian adalah perlu tetapi jangan sampai sifat taat menjadi taksub melulu sehingga para remaja tidak bersedia mendengar pandangan kedua (second opinion) yang boleh memperkemaskan lagi pandangan pandangan pertama atau sifat taat yang melulu.

Sekali gus menyebabkan faham taksub menebal dan tertutup dengan maklumat dan pandangan orang lain walaupun ia benar dan baik. Akhirnya berlaku penentangan yang tidak berasas dan menyebabkan konflik yang sia-sia terjadi.Sifat terbuka adalah sesuatu yang amat penting bagi remaja.Ia bukan bermakna para remaja tidak harus mempunyai prinsip atau pegangan terhadap sesuatu.Sifat terbuka memberikan pedoman bahawa prinsip yang dipegang dan kesediaan mendengar dan mengambil hujah-hujah yang baik dari sumber lain menjadikan pegangan remaja bertambah kuat dan teguh.

Para remaja harus menginsafi bahawa pada sesuatu dan pada seseorang manusia Allah tidak kurniakan segala-gala dan sempurna.Sudah tentu para remaja memerlukan pandangan kedua atau ketiga dari pihak lain supaya gagasan pemikiran yang ada pada remaja menjadi matang dan semasa.