Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 2009 Januari 01

SELAMAT TAHUN BARU


Hari ini merupakan hari pertama kita berada dalam tahun baru 2009. Pastinya tahun baru ini kita sambut dengan penuh keazaman. Sudah menjadi kebiasaan, setiap sambutan tahun baru pasti disusuli dengan azam yang baru. Apa azam anda????


Tahun 2008 yang ditinggalkan, berlalu pergi dengan seribu kisah suka duka. Bagi nisamelaka, tahun 2008 menjadi kenangan indah bila dapat melaksanakan program-program yang bermanafaat untuk masyarakat, dapat bertemu lebih ramai lagi remaja yang berminat untuk menyertai nisa,dapat sama-sama bertukar fikiran dengan anak remaja di IPT dalam negara mahupun luar negara, dapat menyelami apakah yang sebenarnya yang bergolak dibenak remaja sekarang. dan Alhamdullilah nisamelaka sekarang makin dikenali oleh masyarakat.


Namun disebalik kegembiraan, terselit juga kesedihan bila pada awal tahun 2008, satu persatu ajk nisamelaka terpaksa meninggalkan nisamelaka kerana berhijrah ketempat lain. Pemergian mereka adalah disebabkan oleh tuntutan tugas, mendirikan rumahtangga dan juga menyambung lagi pembelajaran mereka keperingkat yang lebih tinggi.


Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti, disaat-saat nisamelaka terkapai-kapai mencari ajk yang berwibawa, Allah telah mengantikan dengan mereka yang ikhlas dan bersungguh untuk berjuang bersama dengan nisa.


Dikesempatan ini nisamelaka ingin mengucapkan kepada semua, SELAMAT TAHUN BARU. Muga tahun ini kehidupan kita akan lebih bermakna lagi. Muga hari-hari yang bakal kita lalui akan lebih ceria, Kehidupan yang lebih diberkati, kesihatan tubuh badan, dilimpahkan rezeki yang berkat, dijauhkan daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan,disuburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa juga dimakbulkan cita-cita yang murni.


Terakhir azam nisamelaka agar pada tahun 2009 ini, nisa dapat melaksanakan sebanyak mungkin program-program amal kepada semua lapisan masyarakat. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada ajk-ajk nisa melaka supaya terus gigih dalam menjayakannya. Ameen.....






Rabu, 2008 Disember 31

500 sertai himpunan bantah kekejaman Israel ke atas Palestin


Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 30hb Disember 2008.

Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.

Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.

Himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia.

Mereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.

Tepat jam 12.00, wakil himpunan, Mohamad Sabu telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika yang hanya menerima memorandum tersebut di luar bangunan kedutaan.

Kira-kira 100 anggota Polis dan keselamatan memantau perjalanan himpunan, namun tiada tangkapan berlaku.

Memorandum yang diserah kepada wakil kedutaan antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin.

Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.

Tindakan biadap Israel itu dikecam keras dan seluruh masyarakat dunia kini turut membantah keras kekejaman Israel itu.

Serangan pada sabtu lalu sesungguhnya menunjukkan Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat PBB, malah Israel dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin, katanya.

Serangan tidak beradap ini ditentang keras oleh seluruh dunia, namun Amerika selaku negara pembela Israel masih terus menyokong kekejaman yang dilakukan sekutunya itu, katanya.

Justeru rakyat Malaysia meminta agar Amerika dan beberapa pertubuhan dunia segera mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas penduduk terutamanya di Gaza.

Sementara itu, Naib Presiden PAS yang bercakap selepas penyerahan memorandum menyifatkan Israel kini menjadikan Gaza seperti sebuah penjara yang memuatkan 1.6 juta penduduk Palestin.

Gaza di kepung sejak serangan bermula Sabtu lalu tanpa sebarang bantuan boleh dibenarkan masuk ke sana, katanya.

Namun pertubuhan-pertubuhan neghara bangsa dan umat Islam di dunia ini tidak pun bertindak bagi menekan Israel menghentikan tindakan biadap itu, katanya.

Wakil Nisa' Melaka juga tidak melepaskan peluang yang ada untuk sama-sama turun ke demonstrasi tersebut...ayuhlah sama-sama kita mendapatkan kembali hak kita sebagai umat Islam...Hidup Islam, Hancur Kufar!!!

Nisa Pahang

Nisa Terengganu

Nisa Perak

Nisa @ Kuala Lumpur

Nisa' Negeri Perlis

Nisa Negeri Sembilan

Nisa' Sabah