Penyokong

Rabu, 31 Disember 2008

500 sertai himpunan bantah kekejaman Israel ke atas Palestin


Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 30hb Disember 2008.

Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.

Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.

Himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia.

Mereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.

Tepat jam 12.00, wakil himpunan, Mohamad Sabu telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika yang hanya menerima memorandum tersebut di luar bangunan kedutaan.

Kira-kira 100 anggota Polis dan keselamatan memantau perjalanan himpunan, namun tiada tangkapan berlaku.

Memorandum yang diserah kepada wakil kedutaan antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin.

Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.

Tindakan biadap Israel itu dikecam keras dan seluruh masyarakat dunia kini turut membantah keras kekejaman Israel itu.

Serangan pada sabtu lalu sesungguhnya menunjukkan Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat PBB, malah Israel dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin, katanya.

Serangan tidak beradap ini ditentang keras oleh seluruh dunia, namun Amerika selaku negara pembela Israel masih terus menyokong kekejaman yang dilakukan sekutunya itu, katanya.

Justeru rakyat Malaysia meminta agar Amerika dan beberapa pertubuhan dunia segera mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas penduduk terutamanya di Gaza.

Sementara itu, Naib Presiden PAS yang bercakap selepas penyerahan memorandum menyifatkan Israel kini menjadikan Gaza seperti sebuah penjara yang memuatkan 1.6 juta penduduk Palestin.

Gaza di kepung sejak serangan bermula Sabtu lalu tanpa sebarang bantuan boleh dibenarkan masuk ke sana, katanya.

Namun pertubuhan-pertubuhan neghara bangsa dan umat Islam di dunia ini tidak pun bertindak bagi menekan Israel menghentikan tindakan biadap itu, katanya.

Wakil Nisa' Melaka juga tidak melepaskan peluang yang ada untuk sama-sama turun ke demonstrasi tersebut...ayuhlah sama-sama kita mendapatkan kembali hak kita sebagai umat Islam...Hidup Islam, Hancur Kufar!!!

Sabtu, 27 Disember 2008

Sambutan Di Luar Jangkaan!!!

25 Disember 2008- Bersempena dengan cuti sekolah, Nisa’ Melaka telah mengadakan aktiviti Enjoy Bersama Nisa’Melaka yang bertempat di Taman 1000 Bunga, dengan bayaran serendah RM10 termasuk makan minum sepanjang program dilaksanakan.Lokasi strategik di samping kemudahan asas serta kafe makanan yang lengkap menjadi faktor yang memudahkan peserta untuk mendapatkan sebarang keperluan sepanjang program.Program yang berjaya menarikminat lebih 50 peserta ini turut diisi dengan slot tazkirah daripada penceramah jemputan, Ustazah Sarifah.


Peserta sedang khusyuk mendengar pengisian




Menurut Ustazah Sarifah, program yang diadakan ini sangat bermanfaat buat pelajar khususnya yang mana dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka di samping berseronok mengikut garis syariat. Sesi soaljawab yang menyentuh persoalan feqah wanita turut mendapat respon yang amat baik di kalangan peserta yang ada. Selain itu, pada petangnya, peserta di uji dengan aktiviti ExploreRace yang menguji kemampuan fizikal dan mental peserta.Kata salah seorang peserta,Mariam binti Haidzir program ini membuka mindanya kepada aktiviti santai mengikut landasan Islam di samping memanfaatkan masa yang ada dan berkata untuk tidak melepaskan peluang untuk menyertai program yang sama di masa akan datang .




Peserta sedang bergembira menyertai program yang disediakan

Rabu, 17 Disember 2008

Jom ENJOY Bersama Kami!!


Bersempena dengan musim cuti sekolah ini, Nisa' Melaka telah merancang untuk mengadakan program santai bersama masyarakat khususnya. Program ini bakal diadakan pada ketetapan berikut:

Tempat : Taman 1000 Bunga (Berhampiran Dewan Seri Negeri.Ayer Keroh )
Tarikh: 25 Disember 2008
Yuran Pendaftaran : RM10 sahaja!!!



Jangan Lepaskan Peluang!!!



No untuk dihubungi :
Nasz : 0195680214
Nor : 0162527610
Ijan :0195471148
Jom Pi Sama-Sama!!!
Kita jumpa kat sana!!