Penyokong

Selasa, 12 Ogos 2008

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ“
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا“
Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ“
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ“
Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Isnin, 4 Ogos 2008

JOM JOIN BENGKEL UPSR

Nisa Melaka mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar khususnya pelajar tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini untuk turut sama menghadiri Bengkel UPSR anjuran Nisa Melaka.

Bengkel ini dikendalikan oleh guru pakar bagi subjek UPSR, yang terdiri dari penanda kertas jawapan UPSR.Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada teknik menjawab UPSR yang berkesan .
Lokasi : INB Resort Ayer Keroh Melaka
Tarikh : 10 Ogos 2008
Masa : 8.30 am - 5.45 pm
Bayaran : RM 25.00

Maklumat Lanjut Hubungi :
Pn Rogayah 019 6267178
Pn Mahani 013 6674588