Penyokong

Isnin, 21 Julai 2008


Kepada anda yang nak test main bowling atau nak test power dalam sukan bowling atau sedang boring..............................., jom ramai-ramai kita main bowling...hilangkan tension, rapatkan ukhuwwah bersama Nisa' Melaka dalam program berikut :
Jom Main Bowling
Tarikh : 27 Julai 2008
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pusat Bowling, Melaka Raya (bangunan Pasaraya SENYUM lama)
Yuran : RM10 (individu)
Berminat ??? Sila hubungi talian berikut : 019-6267178 (Kak Gayah)
P/S - Terbuka untuk perempuan sahaja.

Jumaat, 11 Julai 2008

KELEBIHAN BULAN REJAB

Kita kini berada dalam bulan yang mulia, iaitu bulan rejab yang mana nisamelaka yakin semua kita sedia maklum betapa bulan ini mempunyai begitu banyak kelebihan hinggakan bulan ini dikenali juga dengan bulan Allah.

Dek kerana kita adalah antara mereka yang bertuah kerana diberikan kesempatan oleh Allah untuk berada sekali lagi di bulan rejab, jesteru itu marilah kita mengambil peluang yang telah terbentang didepan mata untuk bersama kita mengapai apa yang didepan kita.

Oleh itu marilah bersama kita laksana kan......

1. Perbanyakkan lah berselawat ke atas nabi Muhammad saw di bulan ini. Senang saje kan, sambil- sambil bawa kete pergi hantar anak kesekolah, ke pasar atau ke tempat keja mengapa tidak kita berselawat? Kalau pun malas nak selawat kuat-kuat, selawat je lah dalam hati.

2. Perbanyakkanlah bertaubat kerana bulan ini adalah bulan pengampunan

3. Perbanyakkan berpuasa di bulan ini. Kalau tak mampu sangat pun cubalah sekurang-kurang dapat sehari pun dah kira ok sangggggggggat tu.

4. Berdoa. Berdoalah dengan penuh kesungguhan dan pengharapan. InsyaAllah akan Allah kabulkan.

Ok lah semua, apa tunggu lagi.... Jom banyakkan ibadat di bulan ini.....

nisaMelaka - hari-hari niat nak puasa sunat, tapi bila tak bersahur....kantoi le (hehe..alasan je)

Khamis, 10 Julai 2008

Tahniah...

Disini nisaMelaka mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Ajk nisa :

  1. Nurul Nisa yang telah selamat menjadi seorang isteri pada 5 Julai yang lalu. Nisamelaka mendokan semuga Nurul akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan perkhawinan akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
  2. Buat Pn Rahila, Tahniah diatas kehadiran orang baru dalam keluarga. Didiklah dia supaya bakal menjadi pemimpin nisa dimasa yang akan datang.

Khamis, 3 Julai 2008


Pendedahan Aurat dan Kejahilan Wanita Nama Islam Kini

Berikut ialah situasi kejahilan wanita Islam mempamerkan tubuh badan mereka secara percuma kepada lelaki yang boleh mengawininya dan kepada pandangan orang bukan Islam.

Situasi Kejahilan 1:
Seorang wanita yang nama Islam bekerja di kedai atau pusat jualan pakaian wanita. Ia bekerja sebagai jurujual. Pusat menjual pakaian ini banyak menjual pakaian baju kurung,jubah dan berbagai jenis fesyen yang sesuai untuk dipakai oleh wanita Islam. Pemiliknya adalah orang berbagsa Cina beragama Budha. Apa yang menarik gadis yang berbangsa Cina di kaunter memakai baju kurung tanpa tudung. Malangnya anak Melayu nama Islam berpakaian seksi berseluar ketat, baju Tshirt lengan pendek,singkat bila duduk nampak kulit belakang. Mengapa generasi wanita hari ini jahil agamanya sendiri.Apakah ibu bapa atau suaminya juga jahil syariat Islam. Bekerja ditempat jual pakaian pun tidak mampu berpakaian ikut syariat Islam. Kita boleh lihat sendiri semasa membeli belah dimusim hampir hari raya.

Situasi Kejahilan 2:
Kedai menjual kitab dan buku agama ada di mana-mana. Namun kita juga amat terkejut jika terdapat pekerja wanitanya berpakaian seluar jean ketat dan sendat. Jual kitab tetapi tidak ambil tahu apa yang ada dalam kitab. Kitab khusus bab aurat wanita ada berbagai judul tetapi tidak diambil peduli. Yang penting cukup bulan dapat gaji. Jual kitab agama pun tidak dapat hidayah.

Situasi Kejahilan 3:
Bila hampir menjelang Hari Raya Aidil Fitri, pusat jualan pakaian menjadi tumpuan orang ramai terutama golongan wanita. Ramai wanita yang datang dengan berpakaian seksi, berselur jean ketat, Tshirt- Trend Fesyen Barat Kristian memilih fesyen baju kurung untuk pakai hari raya. Sudah jadi trend bila hari raya hendak ikut ajaran Islam. Lepas raya dedah aurat pula. Mengapa wanita kini jahil sangat ajaran Islam.

Situasi Kejahilan 4:
Seorang ibu dengan berpakaian sopan menutup aurat. Ayah memakai ketayap putih di kepala. Namun anak dara yang bersamanya berpakaian trend wanita barat, tidak menutup aurat. Mengapa ibu bapa yang berketayap putih tidak mampu mendidik anak perempuannya mematuhi syariat Allah. . Mengapa ribuan bapa yang memenuhi majid setiap solat Jumaat tidak ada kesedaran agama. Apakah mereka beragama sebagai adat sahaja. Inilah situasi yang amat menyedihkan dan bakal meninggal jenerasi yang akan berpakain baju dalam dan seluar dalam dimasa akan datang.

Memadai 4 situasi ini untuk kita fikir bersama. Belum lagi situasi drama dan filem orang Melayu yang pengarahnya mengelirukan Islam dalam berpakaian
SIFAT WANITA BERIMAN
Sekiranya seorang wanita itu berakhlak dan menghiasi dirinya dengan sifat-sifat berikut, maka bergembiralah dia dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah untuknya.

(1) Keimanan dan taqwa kepada Allah serta kecintaannya kepada Rasul :selawat. Seorang wanita itu seharusnya mendahulukan Allah dan Rasul :selawat dalam apa jua perkara serta menjadikan keduanya sebagai kayu ukur dalam setiap gerak-geri dan tingkahlakunya. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud : «Tiadalah bagi lelaki yang beriman dan wanita yang beriman (hak) untuk memilih dalam urusan mereka apabila Allah dan RasulNya telah memutuskan urusan itu. Barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata» [al-Ahzab : 36]. Dan Nabi :selawat telah menjanjikan bahawa mereka yang mendahulukan Allah dan RasulNya dalam setiap perkara maka mereka akan mendapat kemanisan iman. Nabi :selawat berkata yang membawa maksud : «Tiga perkara yang mana ia terdapat pada diri seseorang itu, maka dia akan merasai kemanisan iman ; orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala sesuatu; orang yang mencintai orang lain kerana Allah; dan orang yang membenci kekafiran sebagaimana dia membenci dimasukkan ke dalam api neraka»[1].
Seorang wanita yang beriman itu selalu mengingati Allah dalam keadaan bersendiri mahupun ramai, dan dalam keadaan senang ataupun susah. Hatinya sentiasa terikat dengan Allah dan dia sentiasa memelihara iman di dalam hatinya dengan zikir, ibadah-ibadah sunat, membaca al-Quran serta memerhati tanda-tanda kekuasaan Allah. Kehidupan bagi seorang wanita itu bukanlah emas dan perhiasan, kehidupan juga bukan suami ataupun keluarga; tetapi kehidupan bagi seorang wanita itu ialah iman dan amalan-amalan soleh yang akan dibawa berjumpa Allah kelak. Allah berfirman yang bermaksud : «Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan» [al-Nahl : 97]. Seorang wanita yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai tunggak hidupnya, maka dia akan menjalani kehidupan di dunia ini dengan aman dan bahagia. Dari Suhaib al-Rumi, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Sungguh mengkagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik, tidaklah perkara ini berlaku kepada seseorang pun melainkan orang mukmin, jika dia mendapat perkara gembira, dia bersyukur, itu adalah baik baginya, dan jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, itu adalah baik baginya»[2].

(2) Sentiasa melazimi rumah dan tidak berhias-hias (tabarruj). Sekian banyak dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan bahawa melazimi rumah itu adalah lebih baik bagi seorang wanita. Setiap apa yang disebut sebagai 'baik' oleh Allah dan Rasul :selawat, maka tiadalah sesuatu pun yang lebih baik dari perkara itu. Allah berfirman di dalam al-Quran yang menunjukkan perintah kepada isteri-isteri Nabi :selawat yang bermaksud : «Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu…» [al-Ahzab : 34]. Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat ini : "Adab-adab ini telah Allah perintahkan kepada isteri-isteri Nabi :selawat dan wanita umat ini (untuk mereka mengikuti ummahat al-mukminin)…(ayat ini bermaksud) iaitu tetaplah kalian dan janganlah keluar tanpa sebarang hajat dan antara hajat yang dibenarkan syara' ialah solat di masjid dengan syarat yang telah ditetapkan[3]". Manakala al-Qurtubi pula berkata : "Ayat ini menunjukkan perintah untuk tetap di rumah, walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi :selawat, tetapi dari segi makna, ia juga merangkumi wanita-wanita lain, bagaimana tidak, sedangkan banyak perintah syara' yang menyuruh wanita tetap di rumah dan tidak keluar kecuali darurat[4]".
Dalam suatu hadis, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Solat wanita di (bahagian dalam) rumahnya lebih baik dari solatnya di ruangan luar rumahnya[5], dan solatnya di dalam rumah kecilnya (makhda'[6]) lebih baik dari solatnya di dalam bahagian dalam rumahnya (tadi)»[7]. Walaubagaimana pun, wanita dibenarkan untuk solat di masjid, tetapi solat mereka di rumah itu adalah lebih baik seperti yang dikatakan oleh Nabi :selawat yang bermaksud : «Janganlah kamu halang isteri-isteri kamu (bersolat) di masjid, (akan tetapi) rumah-rumah mereka itu lebih baik bagi mereka»[8]. Dalam syarah hadis ini disebutkan : 'Solat wanita di rumah itu lebih baik bagi wanita daripada solat mereka di masjid sekiranya mereka mengetahui, tetapi mereka tidak mengetahuinya lantas meminta izin untuk ke masjid dan menganggap bahawa pahala mereka bersolat di masjid itu lebih banyak. Solat mereka di rumah itu lebih baik kerana ia lebih aman dari fitnah, lebih-lebih lagi setelah berlakunya tabarruj dan berhias-hias di kalangan wanita…[9]'. Perintah ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis Nabi :selawat yang bermaksud : «Wanita itu aurat, jika dia keluar maka syaitan akan memandangnya, dan seorang wanita itu paling hampir dengan Tuhannya sekiranya dia berada tetap di dalam rumahnya»[10]. Perkataan 'istasyrafa' dalam hadis di atas membawa maksud syaitan akan mencantikkan wanita itu di mata lelaki, dan ada pendapat yang mengatakan bahawa maksud hadis ini ialah syaitan akan memandang wanita itu untuk menyesatkannya dan orang lain akan menjadi sesat disebabkan olehnya[11]. Subhanallah! Hadis ini menunjukkan kelebihan melazimi rumah bagi seorang wanita dan itu merupakan antara cara yang terbaik untuk dia mendekatkan diri kepada Allah. Maksudnya sama seperti hadis[12] yang menyatakan bahawa seorang hamba itu paling hampir dengan Allah dalam keadaan sujud, yang mana hadis ini menunjukkan kelebihan sujud dan galakan untuk memperbanyakkan sujud.
Perintah bagi wanita supaya tetap di rumah dan larangan untuk mereka keluar dikecualikan sekiranya mereka keluar dengan sebab-sebab dan hajat tertentu yang dibenarkan syara'. Ini berdasarkan hadis Nabi :selawat di mana Aisyah :radhia menceritakan : Saudah :radhia telah keluar –selepas turunnya perintah hijab- kerana hajat tertentu, dan dia adalah seorang wanita yang berbadan besar, mereka yang mengenalinya pasti akan akan mengetahui bahawa dia adalah Saudah (walaupun dia memakai pakaian menutupi seluruh badan ataupun keadaan malam yang gelap), maka Umar melihatnya lalu berkata : Wahai Saudah, demi Allah, kamu tidak akan dapat menyembunyikan diri dari kami, maka fikirlah cara bagaimana kamu keluar tanpa dikenali. Aisyah berkata : Maka Saudah pun pulang, dan Baginda :selawat berada di rumahku sedang makan malam dan tangannya menggenggam daging, lalu dia masuk dan berkata : Wahai Rasulullah, aku telah keluar untuk menunaikan hajatku dan Umar telah berkata kepadaku (itu dan ini). Aisyah berkata : Maka Allah telah menurunkan wahyu kepadanya dan ketika keadaan itu selesai, daging itu masih berada di genggamannya seakan-akan beliau tidak mahu menyimpannya, lalu Nabi :selawat bersabda : «Kamu diizinkan keluar untuk memenuhi keperluanmu»[13].
(3) Sentiasa menundukkan pandangan dan memelihara dirinya. Seorang wanita yang beriman dan solehah itu sentiasa menundukkan pandangannya dari melihat perkara-perkara yang haram dan sentiasa memelihara kehormatan dirinya sebagai seorang wanita yang beriman.
Telah menjadi kebiasaan bagi wanita-wanita zaman ini samada yang sudah bersuami atau pun masih belum berkahwin –kecuali mereka yang dipelihara oleh Allah- untuk mempunyai sahabat dari kalangan lelaki. Ini bertentangan dengan sifat wanita yang beriman dari kalangan hamba yang disifatkan oleh Allah dalam surah al-Nisa' yang bermaksud : «…dan berikanlah kepadanya mas kahwinnya dengan kadar yang patut, sedang hamba itu perempuan yang baik, bukan perempuan lacur dan bukan pula mengambil lelaki lain sebagai teman secara rahsia…» [al-Nisa' : 25]. Inilah budaya barat yang cuba diserap masuk di kalangan wanita-wanita Muslimah kerana musuh-musuh Allah ini tahu bahawa rosaknya wanita Muslimah bererti rosaklah generasi Islam yang akan datang! Tetapi malangnya, fenomena ini dianggap biasa di zaman ini bahkan wanita yang tiada sahabat lelaki itu pula yang dikatakan ketinggalan zaman serta tidak pandai bersosial dan sebagainya. Allah jualah tempat meminta pertolongan.
Firman Allah lagi dalam surah yang sama mengenai sifat-sifat wanita yang baik itu : «…Perempuan-perempuan yang solehah ialah perempuan-perempuan yang taat, yang memelihara kehormatannya sewaktu suaminya tiada, sebagaimana Allah telah memeliharakan dirinya…» [al-Nisa' : 34]. Maksudnya, mereka ini memelihara kehormatan diri mereka dan memelihara rahsia suami ketika ketiadaannya sebagaimana Allah memelihara mereka dengan memerintahkan para suami supaya bergaul dengan baik dengan mereka dan menunaikan hak-hak para isteri[14]. Inilah ciri-ciri wanita yang solehah.
DIARI RUTIN SEORANG YANG BERGELAR ISTERI

Jam berdering, malasnyer nak bangun
Tapi kena bangun gak
Tengok jam baru pukul 5 pagi.
Terus bangun dan mandi
Siap akhirnya, jam dah 5.15 pagi
Terus ke dapur siapkan sarapan pagi
Nak masak apa yea. Nasi goring pun bolehlah.
Mula memasak.5.50 pagi azan subuh pun dah bergema
Akhirnya siap pun masak.
Terus solat subuhKul 6 terus kejutkan suami
Dan siapkan anak-anak.

6.30 pagi ajak suami dan anak-anak sarapan.

6.50 pagi
bergegas ke taska/sekolah, hantar anak dan terus ke opis
Di pejabat bergelumang dengan kerja
Semuanya perlu diselesaikan hari ini juga
Dalam letih kerja tetap diselesaikan jua

5.00 petang
abis dah waktu kerjaterus bergegas ambil anak-anak di taska
Sampai rumah terus letak anak
Kemas rumah apa yang patut
Dalam pada tue ader pulak yang terkencing terberak
Tinggal kejap kerja untuk uruskan anak anak
Mandikan supaya bersih segala yang comot di badan

6.30 petang
baru boleh sembahyang asar.
Anak mula menangis tanda lapar
Manalah suami nie tak muncul lagi
Kalau dah balik leh gak tolong tengokkan anak-anak

Pukul 7 akhirnya suami pulang
Baru rasa lega skit.
Bangun jap siapkan minuman tuk suami
Baru nak duduk azan maghrib berkumandang
Terus sembahyang maghrib sekali mandi
Pas sembahyang rehat jap
Leh gak tengok berita
Tapi biler pikir belum masak malam lagi
Terus bangun pergi masak
Dan akhirnya siap gak
Terus hidangkan makananAnak-anak dan suami pun makan Dengan penuh selera
Dah siap makan, kemas pulak.
Barulah dapat menonton tv
Tue pun sambil sambil lipat pakaian
Dah siap semua tidurkan anak anak pulak
Dan siapkan peralatan anak anak tuk ke sekolah/ taska.
*********************************************

Begitulah rutin seharian seorang mak, ummi, ibu, mama, mami
Kalaulah seorang suami dan anak-anak begitu memahami
Alangkah baiknya
Seorang isteri atau ibu tak pernah minta dikasihani
Cukuplah pengertian, tolak ansur, saling bekerjasamaA
pa perasaan seorang isteriAndai biler suami pulang dari kerja Dengan muka yang masam.
Mesti tension kan. Dahlah si isteri penat, Suami pulak tunjuk muka.Semoga kita sama-sama membantu isteriDan para ibu. Ringankanlah penat lelah mereka.

Para suami, marilah bersama membantu isteri andaI
steri nie jarang tunjuk muka penat walaupun penat
Cian kat diorang kan.Balik-balik kerja tue cuba-cubalah bermanis muka
Senyum, janganlah hal pejabat di bawa pulang ke rumah.
Semoga rumah tangga ahli nisa berbahgia dan kekal dunia akhirat