Penyokong

Ahad, 29 Mac 2009

Penyakit Tibi Tak kenal Usia

KEHADIRAN penyakit ini di kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Penyakit ini berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa. Seseorang yang terdedah kepada udara yang tercemar dengan kuman tibi akan menghidu kuman ke dalam saluran pernafasan melalui hidung, mulut, larinks dan kuman boleh hinggap di mana-mana sahaja bahagian tersebut.

Tidak ketinggalan, kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan penyebaran tibi secara meluas.Lima tahun lalu, jumlah pesakit tibi di kalangan pekerja asing (dari Indonesia, Filipina, Myanmar dan Bangladesh) meningkat kepada 11 peratus dan turun ke paras lapan hingga sembilan peratus dalam dua tahun kebelakangan ini.

Melalui pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan Agensi Pengawasan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema), pekerja asing yang didapati ada parut pada paru-paru mereka akibat tibi tidak dibenar bekerja di negara ini.

Yang menjadi masalah ialah, bagi setiap pekerja asing yang datang secara sah, dua atau tiga lagi yang berkemungkinan dijangkiti kuman tibi masuk secara haram. Ini menyebabkan kawalan penyakit tibi lebih sukar.Hakikatnya, rawatan perubatan moden untuk penyakit tibi adalah yang paling berkesan dan paling murah untuk sesuatu penyakit yang boleh membawa maut, tibi masih lagi merupakan salah satu punca utama kesengsaraan dan kematian di seluruh dunia.

Penyakit tibi dikatakan wujud sejak dari tahun 8,000 sebelum Masihi di mana terdapat kesan-kesan penyakit tibi di tulang belakang mumia Firaun.Pada tahun 460 sebelum Masihi, Hippocrates iaitu bapa perubatan telah menamakan penyakit itu sebagai pthisis.Ibnu Sina di dalam bukunya Kanun Perubatan mengetahui bahawa tibi diumpamakan sebagai suatu penyakit yang berjangkit.

Pada kurun ke-16, tibi dikenali sebagai consumption. Di Malaysia, pada kurun ke-20 penyakit ini dikenali sebagai “batuk kering”.

Pada tahun 1950-an, penyakit tibi merupakan pembunuh utama penduduk di Tanah Melayu (Malaya). Pada tahun 1961, Program Kawalan Tibi Kebangsaan ditubuhkan dan semua pesakit tibi dirujuk ke Pusat Tibi Negara di Jalan Pahang, Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Institut Perubatan Respiratori).Pada kurun ke-19, tibi hampir memusnahkan seluruh Eropah dan Amerika. Tibi pada masa itu juga dipanggil hawar putih untuk menyamakannya dengan penyakit hawar hitam (plague) yang telah meragut banyak nyawa di benua Eropah dan Amerika pada kurun ke-18.

“Musuh” kepada kesengsaraan dan kematian manusia ini telah dikenal pasti oleh seorang ahli sains bernama Robert Koch. Beliau menemui bakteria mycobacterium tuberculosis pada 24 Mac 1883.

Mengambil sempena penemuan bakteria pada tarikh itu, 24 Mac telah dijadikan hari memperingati tibi sedunia pada tiap-tiap tahun.Penyakit tibi tidak mengenal batasan sama ada kekayaan atau kemasyhuran seseorang.Sebagai contoh, Elanor Roosevelt iaitu bekas wanita pertama Amerika dan George Orwell, pengarang buku pada tahun 1984 telah diserang penyakit tibi.

Menurut Pakar Perubatan dan Kardiologi Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Kol (B) Dr. Abd Rahman Mohd Ali, penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria dan paling tertua di dunia.Statistik menunjukkan 10,000 hingga 12,000 tibi menyerang penduduk Malaysia setiap tahun.

Kuman Mycobacterium tuberculosis merebak melalui udara dan titisan daripada pengidap penyakit tibi aktif.“Jika anda mengalami batuk teruk yang melebihi dua minggu, minta doktor lakukan ujian kahak untuk anda. Batuk teruk yang berpanjangan dan tidak sembuh dengan ubat batuk biasa adalah petanda utama penyakit tibi.

“ Orang ramai pada hari ini, terutama golongan muda, tidak tahu tentang tibi kerana ia jarang diperkatakan dan dianggap penyakit lama yang bukan lagi menjadi ancaman utama kesihatan. Namun, sehingga hari ini, tiba masih juga belum dapat dibendung,” katanya.Tambah Dr. Abd Rahman, penyakit ini boleh berjangkit dengan mudah kerana ia tersebar melalui udara seperti demam selsema. Bahkan, ia boleh berjangkit melalui air liur dan hingus hanya dalam beberapa jam.

Selain itu, kurangnya pengetahuan rakyat terhadap kewujudan dan tanda penyakit ini dan kekurangan kemahiran anggota keselamatan untuk melakukan pemeriksaan saringan dan makmal bagi mengesan penyakit tibi.

Dalam konteks ini, ramai yang mengetahui bagaimana penyakit ini merebak dan tibi yang disebabkan bakteria tuberkulosis dengan mudah merebak melalui udara.

“Sesiapa yang terdedah kepada bakteria ini boleh mendapat jangkitan. Bakteria ini masuk ke badan seseorang melalui saluran pernafasan sebelum ia menyerang paru-paru. Kuman tibi boleh merebak apabila seseorang yang dijangkiti itu batuk, bersin, ketawa atau bercakap sehingga terpercik air liur,” katanya.

Oleh itu, Dr. Abd Rahman menasihatkan agar orang ramai menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu setiap kali batuk mahupun bersin.

“Malangnya tidak ramai mengamalkan saranan ini. Masyarakat perlu jelas bahawa semua orang berisiko mendapat jangkitan, terutama golongan tua dan kanak-kanak di bawah empat tahun, tetapi sama ada ia menyebabkan penyakit atau tidak bergantung kepada daya ketahanan badan,” jelasnya.

Dalam pada itu, kuman tibi boleh hidup bertahun-tahun dalam badan manusia secara tidak aktif tanpa menyebabkan masalah dan individu begini dikelaskan sebagai pembawa kuman dan tidak menjangkiti orang lain.

Bahkan, seseorang hanya dikelaskan sebagai pesakit tibi apabila jangkitan itu membuatkan dia sakit. Dalam keadaan ini, dia boleh menjangkiti orang di sekeliling, khususnya orang tua dan kanak-kanak, jika tidak diberi rawatan segera.

“ Bukan semua orang yang dijangkiti kuman tibi akan menghidap penyakit ini. Mendapat jangkitan tidak bermakna akan menghidap penyakit kerana dalam keadaan biasa, sistem imun badan baik boleh menghapuskan kuman tibi dengan mudah.

Penyakit tibi berlaku dalam dua keadaan. Pertama, kuman tibi hidup dalam paru-paru seseorang selama lima hingga tujuh tahun tanpa menimbulkan gejala hingga individu berkenaan mengalami masalah kesihatan yang melemahkan sistem imunnya,” katanya.

Apabila ini berlaku, kuman tibi mula menyerang paru-paru secara aktif.

Kedua, serangan kuman tibi berlaku dengan cepat dalam masa beberapa minggu selepas dijangkiti. Ini biasanya berlaku pada pesakit yang mengalami masalah lemah daya tahan badan seperti pesakit Aids, kencing manis dan buah pinggang.


Walaupun mudah berjangkit, tibi boleh dicegah melalui dua cara. Pertama dengan memberi suntikan vaksin BCG bagi bayi baru lahir dan ketika berumur tujuh tahun; jika tiada parut pada lengan.

“Jika dulu kanak-kanak diberi suntikan kedua untuk memantapkan sistem imun terhadap jangkitan tibi, kaedah itu dihentikan apabila kajian mendapati ia tidak meningkatkan tahap ketahanan. Satu suntikan BCG ketika bayi sudah mencukupi untuk memberi perlindungan sebanyak 30 hingga 80 peratus.

“Namun, kita tidak boleh yakin sepenuhnya dengan pemberian vaksin ini. Apa yang penting kesedaran rakyat menyedari tanda-tanda awal tibi. Kemudian, berjumpa doktor untuk melakukan ujian tibi seperti ujian mantaoux., Ujian ini ialah ujian yang dilakukan untuk menyiasat jangkitan tibi pada seseorang. Lebih berkesan, doktor akan melakukan ujian ke atas kahak” katanya.

Perlu diingat suntikan BCG tidak menahan sepenuhnya seseorang itu daripada penyakit tibi. Seseorang yang pernah menghidap tibi boleh mendapat jangkitan berulang selagi ada sumber jangkitan (pesakit tibi yang tidak dirawat).

Kaedah kedua ialah pemeriksaan ahli keluarga terdekat atau rakan yang rapat dengan pesakit sebaik pesakit disahkan menghidap tibi.

Dr. Abd. Rahman menjelaskan, tanda batuk juga mempunyai beberapa kategori sama ada batuk berkahak atau tidak atau pun berdarah tetapi ia kebiasaannya akan melebihi jangka masa yang panjang iaitu dua minggu.

“Jika anda mempunyai tanda seperti ini, segera ke berjumpa doktor melakukan ujian tibi,” katanya.

Mengulas tentang kebanjiran pendatang asing yang mempengaruhi kemunculan semula tibi di Malaysia, Dr. Abd Rahman menyarankan mereka diberi suntikan BCG apabila memasuki Malaysia.

“Memang mereka akan didapati negatif ketika melakukan ujian tibi pada awalnya. Tetapi perlu diingat bakteria tibi boleh ada dalam diri seseorang tanpa sedar dan ia akan tidur dalam tempoh yang lama sebelum ia aktif menyerang paru-paru pada masa yang kita tidak ketahui.

Masyarakat juga perlu lebih peka dan menghindari kawasan sesak yang boleh memberi risiko seperti kawasan dewan tertutup. Tidak ada masalah jika masyarakat mengamalkan pencegahan seperti menutup mulut ketika batuk dan sebagainya,” jelasnya.

MENGAPA HARUS BERSEDIH ??

dari sebuah buku Al fajr ba'da asy syiddah...MENGAPA HARUS BERSEDIH SEDANGKAN ENGKAU MEMPUNYAI 6 FORMULA...

1)Percaya sepenuhnya kpd Allah

2)kesedaranku bahawa semua yang telah Allah taqdirkan akan terjadi

3)Sabar adalah senjata yg terbaik yg mesti dipergunakan oleh org2yg sdg mendapat ujian

4)jika saya tidak bersikap sabar,lalu apa lagi yang boleh saya lakukan?!dan kesedihan tidak akan boleh membantuku

5)mungkin saja saya akan berada dlm keadaan yg lebih buruk drpd apa yg ada skrg

6)dari semasa ke semasa jln keluar akan terus terbuka

wahai jiwa yg beriman..jgn bersedih..,selagi anda beriman kpdNya

LA TAHZAN,sesungguhnya rasa sedih hanya akan buat hati kecewa,muram,harapan menghilang

LA TAHZAN,sesungguhnya rasa sedih hanya sama dengan menetang qadha' dan menyesali sesuatu yg pasti,jauh dari sikap lembut,dan benci kepada nikmat.

LA TAHZAN,sesungguhnya rasa sedih tidak akan kembalikan sesuatu yg telah pergi,hilang

LA TAHZAN,sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan,kesedihan itu adalah rasa putus asa yg menakutkan

'Wahai jiwa yang tenang,kembalilah kpd Rabbmu dgn hati yg puas lagi diredhoiNya(alfajr27-28)

INNA MA'AL 'USRI YUSRA...yakinlah dgn janjiNya wahai hati,jiwa....
Allahuma inni as aluka 'abdan syakura

Jom Check List !!

ikhwah& akhawati yg dirahmati Allah..moga semua berada didlm iman & islam..

sedikit perkongsian ditgh2 kita tenggelam didlm kesibukan assignment..
bila dah byk kerja,rasa mcm tak tau nak buat yg mana satu..sepatutnya kita akan lebih hamasah..tapi kadang kala..rasa futur dtg bertamu...mudah tension,serba tak kena..qiamulail makin berkurang,solat dhuha,rawatib entah kemana,hak ukhuwwah makin terpinggir...knpa ya??!

1st,apa itu FUTUR?

FUTUR itu adalah....(jom kita check...)

1.Apabila melakukan maksiat dan dosa berulangkali hingga menjadikan sbg kebiasaan.

2.Apabila merasakan kekerasan dan kebekuan dihati

3.Apabila diri merasakan kesukaran utk tekun beribadah..spt sukar utk khusyu' dlm solat,doa

4.Apabila timbul rasa malas melakukan amal ketaatan dan ibadah

5.Apabila perasan cepat dilanda gelisah..juga rasa tidak tabah

6.Apabila suasana jiwa yg tak tersentuh dgn kandungan al-quran

7.Apabila lalai @ malu mengamalkan zikir

8.Apabila berkurang rasa marah tatkala melihat kemungkaran

9.Apabila menilai perkara tersebut dosa @ tidak.tidak melihat dari sudut makruh

10.Apabila kurang beri perhatian terhadap urusan umat Islam

11.Apabila cenderung memperbanyakkan perdebatan dan menjauhi urusan amal

12.Apabila terlalu memerhatikan urusan dunia berbanding urusan akhirat

13.Apabila menghindar @ memisahkan diri dari persekitaran persahabatan orang-orang soleh

Sahabat yg dikasihifillah...

Bagi mengatasi kemalasan yang muncul dari kekerasan hati,,paling utama alihkan hatimu dari dunia,lalu tempatkan ia di akhirat...

2)hadapkan seluruh hatimu pada pengertian2 al-quran,memikirkan dan memahami apa yang dimaksudkan dan mengapa ia diturunkan serta amati semua ayat-ayatNya..hadirkan hati kita taktakala tadabbur ayat suci...tumpahkan airmatamu dengan rasa khauf ilallah...

3)takut kepada su'ul khatimah akan mendorong seorang muslim utk taat dan mempebaharui iman di dalam dada

4)Berinteraksilah dgn hati dlm keadaan lemah lembut sehingga sampai saatnya,ia cenderung utk menerima kembali kepada fitrah...

Melayari Internet Rasai Kekuasaan Allah

Memandangkan kemudahAN internet semakin meluas dan ia menjadi satu keperluan, usah kita lupa disana ada yang Maha Melihat lagi Maha Teliti dalam menilai setiap perbuatan. Baik yang jelas di mahupun yang cuba disembunyikan...

Saya titipkan artikel ustaz Fathi Yakan tentang hal ini:
Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang dikenali. Beliau adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam tahun 50-an, berkelulusan PhD dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr Fathi Yakan telah mengarang lebih dari 35 buah buku, sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

'Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.


Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:
Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.(an Nisa’ 165)
Dan firman maksudnya:
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kematiannya dalam keadaan ia tidak menyedarinya. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Inilah kerugian yang nyata.Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingung, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.Amin ya rabba al alamin

Muhasabah Diri kita

Pernah tak kita rasa sunyi?rasa keseorangan?macam tiada apa2 dlm hidup ni...ditambah masalah yg menimbun..rasa mcm nak pergi jauh,tak nak fikir masalah... Hakikat..kita,tidak pernah dibiarkan menjalani dan menghadapi kehidupan ini sendirian..tanpa pelita dalam kehidupan..Maha Pencipta kehidupan ini sebenarnya telah memberi panduan yg sgt jelas dlm meniti langkah kehidupan ini..

Percaya kah?betul ke kita tak perlu pergi jauh utk mencari keindahan dan kedamaian kehidupan?Mari kita berkongsi..1 benda yg sering kita lakukan setiap hari dan kita kadang2 leka itulah syifa' kesunyian hati ini..

TAK PERLU PERGI JAUH,BERISTIRAHAHLAH DISINI...

Barangkali kita tidak asing dgn perkataan Rasulullah kepada Bilal b Rabah:

"Wahai Bilal,istirahatkan kami dengan solat"

Kenapa solat disebut sebagai peristirahatan?

Adakah kita merasai ia adalah satu media istirahat dlm kehidupan kita?

YA..,solatlah tempat rehat kita kerana Rasulullah mengajak kita mendirikan solat utk beristirahah dari ragam kesibukan yg meletihkan..

Sama-sama kita renungi adakah solat kita menjadi qurratun aini?

Akhiran...,KITA TAK PERLU JAUH-JAUH,kerna..

....solat adalah bukti kenikmatan cinta yg sejati..cinta Rabbul Izati

...dengan solat,menggugurkan dosa-dosa yang lalu

...melalui solat,kita punya posisi yg terdekat dgn Allah

...dlm solat,rasa tenteram dan aman akan pasti hadir

...ketika solat,Allah melihat,mendengar apa yg kita ungkapkan sepanjang dlm solat..maka,disinilah tempat mengadu kita..

Persoalannya..bagaimanakah solat kita selama ini?adakah ia mampu menjadi pencegah dari kita berbuat fahsya & mungkar..

Pelajaran Dari Gaza Untuk Kaum Wanita

Dibawah ni sedikit coretan dari seorang sahabat yang pergi program bersama zaujah assyahid rantisi..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan
Israel.

Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.

Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.

Apa yang kita dengar dari berita:

1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.

2. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi)."

3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali."

4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.

Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: "Hai kamu masih hidup ya?"

Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.

Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.

Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.

Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.

Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:

1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka

Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak
takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.

Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.

Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan ada
seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.

Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:

1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.

2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.

3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.

Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.

Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.

Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.

Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.

Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..

Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.

Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.

Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yang
baru.

Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka.

Ya Rabb!jadikanlah kami seberani wanita ansar,seteguh balu syuhada' di Palestin...akhawati fil Falastin..antunna fi du'ina wa qulubina