Penyokong

Jumaat, 31 Oktober 2008

Green Tea Colostrum (GTC)




Adakah anda pernah mendangar Green Tea Colostrum?
Bagi pendengar radio IKIM, pastinya anda telah telah maklum "Green Tea Colostrum, ianya bukan ubat tetapi mujarab"

Green Tea ( Teh Hijau)
Ia adalah minuman yang mangandungi Polyphenols yang merupakan kumpulan antioksidan yang kuat yang mampu melindungi anda dari radikal bebas. Radikal bebas adalah unsur yang boleh merosakkan badan.

Kolostrum
Ia mengandungi imunoglobulin terutamanya IgG yang boleh meningkatkan sistem daya ketahanan badan untuk melindungi anda dari serangan bakteria virus, kulat dan juga allergens. Ia juga mempunyai faktor tumbesaran yang mampu membantu mempercepatkan proses prtumbuhan sel dan memperbaiki dan memulihkan sel-sel yang rosak.

Oleh itu GTC ini amat sesuai untuk penghidap penyakit kronik seperti Kencing manis, Darah tinggi, Buah pinggang Jantung dan sebagainya. Ia juga amat sesuai untuk menurunkan berat badan, gatal-gatal kulit serta mengembalikan kecantikan kulit anda. GTC juga berupaya mengurangkan risiko penyakit kanser.

Sekiranya ANDA ADALAH SEORANG YANG AMAT PRIHATIN TENTANG KESIHATAN DIRI DAN/ ATAU SEDANG MENCARI PENAWAR KEPADA PENYAKIT YANG SEDANG ANDA HADAPI, SEGERALAH MENDAPATKAN GTC INI.

Nisa Melaka merupakan pengedar GTC bagi negeri Melaka.
Harga 1 kotak ( Mengandungi 10 paket) adalah RM 35.00
Harga 3 kotak ( Mengandungi 30 paket ) adalah RM 94.90

Sila hubungi :

013 6674588 Pn Mahani ( Bt Berendam)
019 6267178 Pn Rogayah ( A.Keroh)
016 6442007 Pn Rahila ( Jasin)

AKTIVITI EKONOMI NISA

Salam Buat Semua Pengunjung setia nisa Melaka.
Ramai sebenarnya yang menghubungi nisa Melaka bertanyakan apakah program yang akan dilaksanakan pada masa-masa yang akan datang. Sebenarnya terlalu banyak program yang ingin dilaksanakan oleh nisa Melaka. Nisa Melaka memahami ramai remaja diluar sana yang terlalu merindui bersama dengan kakak-kakak nisa. InsyAllah kami amat menghargai sokongan dari semua.

Setakat ini semua program yang dilaksanakan nisa adalah merupakan kerja-kerja amal untuk nisa mendekati masyarakat. Namun nisa bukanlah satu badan koperat yang mempunyai kewangan yang kukuh. Jesteru itu nisa terpaksa bekerja keras untuk mencari dana bagi memastikan program tetap dapat berjalan lancar. Bagi program yang sudah sudah, biasanya ketidakcukupan kewangan akan ditampung sendiri oleh AJK Nisa (Dari kocek AJK nisa sendiri). Bukan untuk mengunkit, sesungguhnya saya sebagai Pengarah nisa amat berbangga dengan AJK nisa itu sendiri, yang tidak berkira untuk menyumbang bukan sahaja tenaga, masa malah kewangan juga. Itulah bila telah mendapat pentarbiahan yang cukup...

Jesteru itu bagi mencari dana nisa Melaka, Lujnah ekonomi telah mengadakan beberapa projek antaranya penjualan Green Tea colostrum (GTC) dan penjimat minyak MyGreen Oil. Kami Ajk nisa negeri amat-amat mengharapkan agar semua pembaca blog ini agar dapat bersama membantu nisa untuk sama-sama membeli barangan ini. Semua keuntungan hasil jualan ini akan dimasukkan kedalam tabung nisa - Helping Hand. Bantuan ANDA amat-amat dihargai, Kerana ANDA dan NISA, kita laksanakan impian bersama.


Sabtu, 25 Oktober 2008

AKTIVIS DAKWAH : TUNTUTAN ATAU SANDARAN??

Tuntutan menjadi aktivis gerakan adalah merupakan satu tuntutan yang tidak perlu dinafikan lagi. Sebagai individu-individu muslim yang punya tasawwur Islam yang jelas, menyumbang jiwa dan harta untuk gerakan Islam adalah satu kemestian, dan bukannya satu pilihan.

Kewajipan ini boleh dilihat dari sudut prinsip, hukum dan tuntutan. Menjadi aktivis gerakan adalah wajib kerana bekerja untuk Islam adalah merupakan satu tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada seluruh manusia, didahului oleh para Nabi dan Rasul kemudian ke atas manusia seluruhnya hingga ke hari kiamat.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam kitab suci Al-Qur’an (yang lebih kurang maksudnya):“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran.” (Surah Al-‘Asr: 1-3)

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam (yang bermaksud):“Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Serulah (manusia) berbuat ma’ruf dan cegahlah mereka dari kerja-kerja munkar sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi menerimanya, dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi.” (Hadith Riwayat Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Apabila seseorang individu itu telah menggabungkan dirinya dengan gerakan (menjadi aktivis gerakan), maka adalah perlu untuk individu tersebut taat kepada kepimpinan, patuh kepada segala undang-undang dan peraturan serta beriltizam dengan perjuangan gerakan. Penggabungan dengan gerakan bukan setakat melalui pendaftaran sebagai ahli, bukan juga sekadar berulang-alik ke pusat atau sekretariat, dan bukan juga sekadar menghadiri program-program.


Penggabungan ini mestilah membawa pengertian yang lebih jauh daripada itu, yakni penggabungan yang tidak sekadar dalam bentuk dan nilai-nilai tertentu sahaja tetapi ia adalah penggabungan yang membuktikan kemantapan ‘aqidah dan kekuatan ikatan fikrah dan tanzim.Namun, untuk mencapai tahap penggabungan yang sebenarnya itu bukanlah satu proses yang mudah. Aktivis gerakan seringkali terpaksa berhadapan dengan beberapa konflik dan dilema, khususnya dalam menentukan keutamaan dan memilih di antara kemahuan peribadi dan kehendak gerakan.


Justeru, adalah penting bagi para aktivis gerakan, khususnya gerakan pelajar, untuk memahami apakah kewajipan-kewajipan mereka dalam gerakan agar tidak mengutamakan kemahuan dan kehendak peribadi melebihi kewajipan-kewajipan yang sebenarnya merupakan tuntutan yang wajib dilaksanakan.Pertama sekali, adalah penting untuk kita memahami bahawa penggabungan kita dengan gerakan adalah merupakan penggabungan kita dengan agama Islam itu sendiri.

Hal ini bermakna, penglibatan kita sebagai aktivis gerakan adalah kerana ‘aqidah yang benar, bukan kerana ikut-ikutan, bukan kerana kawan, dan bukan kerana terpesona atau kagum dengan karismatik seorang pemimpin gerakan itu. Perkara ini berbalik kepada kewajipan penggabungan diri dengan gerakan itu sendiri.Maka, apabila penglibatan kita sebagai aktivis gerakan itu ditunjangi oleh penggabungan kita dengan agama Islam itu sendiri, penglibatan kita itu akan mengukuhkan lagi kefahaman kita dalam agama dan menjadikan kita lebih dekat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.


Perkara ini adalah perkara asas yang sangat penting, kerana visi gerakan tidak akan berjaya kecuali hubungan seseorang aktivis itu dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah benar-benar kukuh dan mendalam dan perhatiannya semata-mata terus bekerja kerana Allah sahaja.Justeru, aktivis gerakan seharusnya mendapat motivasi untuk terus bergiat dan menyumbang kepada gerakan atas kecintaannya kepada Allah. Apabila yang sebaliknya berlaku, yakni motivasi ataupun dorongan untuk bergiat dalam gerakan datangnya daripada rakan, daripada orang yang diminati serta daripada keuntungan material, maka akan berlakulah gejala futur di mana aktivis gerakan itu akan cepat merasa lesu dan putus asa di tengah-tengah perjuangan.


Perkara inilah yang menyebabkan timbulnya sikap acuh tak acuh dan sambil lewa dalam gerakan, walhal setiap aktiviti dan gerak kerja dalam gerakan memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh daripada ahli-ahlinya kerana perjuangan dakwah itu adalah satu perjuangan nafas panjang.Selain daripada itu, apabila seseorang itu telah menggabungkan diri dengan gerakan, kefahaman tentang agama dan juga tentang budaya dan undang-undang gerakan itu sendiri perlu wujud.

Hal ini demikian kerana penggabungan secara membuta-tuli, yang didorong oleh semangat dan perasaan yang melulu adalah ditolak. Atas sebab itulah Al-Maududi meletakkan kelayakan peribadi yang pertama bagi seorang aktivis gerakan ialah kefahaman Islam yang sebenar.Apabila penggabungan diri seorang aktivis itu dengan gerakan adalah didasarkan kepada ‘aqidah yang benar, serta dipandu oleh ilmu yang jelas dan benar, maka tidak akan wujud aktivis-aktivis gerakan yang menjadikan gerakan itu sebagai kuda tunggangan ataupun batu loncatan untuk mendapatkan keuntungan peribadi semata-mata.


Apabila seseorang aktivis itu menggabungkan dirinya ke dalam gerakan, maka seseorang itu mestilah mengorbankan seluruh kekuatan dan kemampuannya untuk gerakan, menyerahkan kepentingan diri untuk kepentingan gerakan, bukan sebaliknya.

Sabtu, 18 Oktober 2008

RAYUAN DERMA TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3, TANAH MERAH, KELANTAN.


Assalamualaikum

Dengan sukacitanya, saya ingin memaklumkan kepada tuan/puan yang inginkan keberkatan dalam hidup.


RAYUAN DERMA TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3,
TANAH MERAH, KELANTAN.

"Tetuan Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru, Manal 3, Tanah Merah"
(Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Tanah Merah, Kelantan,
No akaun : 03-054-01-002190-3 )

Derma Tuan/Puan AMAT DIALU-ALUKAN bagi memastikan kelancaran pembinaan masjid ini.
Terima kasih. Semoga allah memberkati mereka yang berjuang di jalannya

JUMLAH YANG INGIN DIKUMPULKAN : RM250,000.00 (FASA 1 DARI 5 )

Untuk Maklumat Lanjut, SILA LAYARI : http://www.masjidtokguru.blogspot.com/

Sila sebarkan email ini kepada semua.mereka yang ada blog/laman web digallkan letakkan logo dema di atas di laman web/blog mereka.
Wassalam

Asrol Affandi
WWW.KELATEKITO.COM

Selasa, 14 Oktober 2008

PROTOKOL YAHUDI UNTUK MUSNAHKAN ISLAM
Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara :

1. Song. Lagu-lagu yang menghiburkan. Jika ada anak-anak yang tak tahu mengucap. Tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela. Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah, tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa. Berjaya sudah Yahudi. Hingga kita terfikir. Bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. Sex. Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana. Di kaca tv, dalam filem, dalam iklan. babak sex amat lumrah. Kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex. Filem 18SX amat laris berbanding filem U. VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah. Semurah 50 sen. Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah.

3. Smoke. Rokok menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mahu digelar "up to date". Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja ataupun penari kabaret.(tengok dari filem P Ramlee).Syabas yahudi, berjaya lagi kamu.

4. Sport. Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan. Hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang tinggal. Bukan yang bermain sahaja tak sembahyang, yang menonton pun tak sembahyang juga. Kalau menonton di rumah akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL. Yahudi gol lagi, sampai ada ulamak kata, kerana sukan, sembahyang boleh tangguh. Masya-Allah.

5. Fun. Hiburan di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah. mungkin 99 adalah majalah hiburan termasuklah majalah mangga yang menayangkan buah mangga artis perempuan. Kalau ada konsert sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert pelbagai maksiat akan diselit masuk. Yahudi terhibur lagi.


6. Female. Perempuan tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan terutama dalam iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan. Kalau kita ke kedai bateri kereta di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Yahudi bersorak lagi.


7. Fashion. Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat?

Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung. Bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu. Kalau dah rambut diwarnakan, sembahyang pun tak sah. Malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air. itu tak kira yang cukur bulu kening lagi. Yahudi ketawa lagi. Umat islam sudah jadi macam Yahudi.


8. Food. Makanan. Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , Kentucky , Pizza hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina. Masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.

Bila makanan datang dari Barat. Adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky . rempahnya datang dari Amerika. Siapa nak pergi check, halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap. Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi tetapi berfikiran pun macam yahudi. Nauzubillah. Yahudi makan Islam lagi.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARIPADA NISA MELAKA