Penyokong

Khamis, 20 Mac 2008

Ini adalah keluhan seorang sahabat, bukan orang Melaka tetapi menetap di Melaka." Hai sedih betul dengan melaka ni, negeri lain semuanya dah beranak pinak, Melaka ni memang mandul agaknya.Johor yang merupakan kubu kuat PARTI XX pun dah beranak kembar lagi. Ishhh malu le dok kat Melaka ni tak berkembang langsung minda rakyat kat sini..."Itulah antara keluhan yang telah dilontarkan. Sebenarnya dimanakah silapnya parti yang mendakwa memperjuangkan ISLAM??? Mengapa rakyat Melaka masih tidak dapat menerima parti ISLAM. Apakah mereka ini masih tidak meyakini parti ISLAM mampu memerintah?

"Sebenarnya masih banyak kelemahan pendukung parti Islam di Melaka ini.Kita maklum kaum cina dah nak berubah menyokong kita, tapi kebanyakkan calon-calon kita tak bersungguh nak mendekati mereka. Lagi satu kala nak jumpa dengan mereka tu tak payah le pakai pakaian yang menakutkan mereka, pakai le pakaian yang biasa-biasa saja..asalkan menutup aurat. Kita pun kalau tok-tok sami dia mendekati kita dengan pakaian keagamaan mereka, berasa tak sedap juga ati kita kan?" Katanya lagi.

"Satu lagi, kat Melaka ni sedikit sangat yang beraninya untuk terang-terangan bekerja dengan parti Islam. Yang lain sekadar menyokong dari belakang saja. Macamanalah nak menang. Kalau ada jawatan dalam kerajaan ke, JAIM ke atau apa-apa je, sumbang le tenaga di sebalik tabir. Ni kata nak menang tapi tak mau kerja. Kebanyakkan yang aku lihat orang-orang luar je yang terlibat aktif dalam parti, orang melaka sendiri.....?? Patutle dalam ceramah Mat Sabu baru ni di perli, Orang Melaka ni species yang terakhir yang akan berubah, sebabnya takut sangat le..masih lagi menyanjung semangat Hang Tuah. Patutnya yang betul Hang Jebat." Jelasnya dengan semangat.

Saya tidak menyalahkan dia kerana sememangnya yang saya tahu dia bekerja kuat untuk memenangkan ISLAM dinegeri Melaka yang bukan tanah lahirnya cuma menumpang untuk mencari rezeki.Sebenarnya masih banyak lagi perkara lain yang diperkatakan yang tidak sempat dinyatakan disini.Sebagai rakyat Melaka ambilah ini sebagai satu teguran positif. Sebenarnya Allah memberikan kemenangan berdasarkan kerja yang kita lakukan. Kalau negeri-negeri lain yang berkerja 70-80% pun belum Allah berikan kemenangan yang penuh, apatah lagi kita yang masih kurang kerjanya ini. Namun kita mestilah sentiasa bersangka baik. Sebenarnya kita bukan kalah tetapi di Melaka KEMENANGAN MASIH TERTANGGUH...

Rabu, 19 Mac 2008

KAGUM BETUL DEN...

Kagumnya Nisamelaka bila terbaca tentang Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin yang telah memukau hadirin yang hadir di forum dengan kepandaiannya berbahasa mandarin, kantonese, hokkien , tamil selain fasih berbahasa Inggeris dan melayu.
Kagum Nisamelaka bukan sahaja terhadap kepandaianya menguasai banyak bahasa tetapi juga atas sikapnya yang sentiasa cool dan tidak mengutarakan apa-apa pandangan yang boleh membawa kontroversi sewaktu cadangan awal untuk melantiknya sebagai MB dulu dipertikaikan. Bagi Nisamelaka beliau seorang yang gentleman dan pandai menghadapi situasi semasa.
Alangkah indahnya sekira dalam parti islam ramai lagi yang berkebolehan seperti beliau. Keupayaan untuk menguasai bahasa lain selain bahasa ibunda adalah penting terutamanya untuk menjadi seorang pendakwah. Disaat bangsa asing sudah tidak berasa takut mendekati islam, sepatutnya kesempatan inilah yang perlu kita ambil untuk mendekati mereka dan menerangkan akan keindahan islam.
Sikap beliau juga yang tidak mudah melatah kita ditanya pemberita atau sesiapa sahaja patutlah dicontohi. Patutnya sikap berhati-hati ini perlulah sentiasa kita amalkan kerana kita maklum, musuh sentiasa mengambil kesempatan untuk menjatuhkan islam. Apa yang menjadi masalah ialah bila dah tersalah cakap atau kata-kata diputarbelitkan, puas pula nak mencover balik.Kadang-kadang sampai berbulan-bulan masa yang perlu diambil untuk terangkan semula apa yang telah menjadi isu akibat ketidakwaspadaan berkata. Kita mestilah maklum, tidak semua orang faham makna yang tersirat disebalik apa yang diperkatakan...
Kepada MB Perak, Nisamelaka mengucapkan tahniah dan teruskan berbakti kepada rakyat perak. Tunjukkan kepada mereka semua bahawa pilihan mereka memilih Mohd Nizar ini adalah satu yang paling tepat.
Kepada pejuang islam semuanya, terutama di Melaka, marilah bersama kita MEMPERHEBATKAN diri kita untuk BERSEDIA MEMERINTAH .....MELAKA.
p.s DPP ada tak yang nak buka kelas bahasa cina? Kalau ada Nisamelaka nak join sekali...