Penyokong

Ahad, 25 November 2007

Disini NisaMelaka ingin berkongsi dengan semua pembaca mengenai permasalahan bagaimana untuk menukar mentaliti kebanyakkan rakyat Malaysia hari ini untuk bertindak mengikut akal fikiran bukannya terikut-ikut dengan orang lain.Umum telah mengetahui dan amat sedar tentang betapa kehidupan hari ini berada dalam kecelaruan yang amat sangat. Jenayah yang berleluasa, kos penghidupan yang menyesakkan dan pelbagai masalah lagi yang tidak terhitungkan. Borak-borak NisaMelaka dengan surirumah, masing-masing memang mengeluh dengan kenaikkan barangan hari ini,ada juga yang berkata " kerajaan ari ni pandai, dia naikkan gaji rakyat lepas tu dia ambil semua"."Dengar khabar minyak dan gas nak naik lagi tapi rasanya lepas pilihanrayalah....sekarang tak berani nak naikkan lagi."Auntie disebelah rumah pulak yang merupakan ibu tunggal,"haiya...sekarang semua barang naik, kalau ini macam susahlah mau hidup".Itulah antara keluhan mereka. Sebenarnya dimana-mana pun orang akan mempersoalkan tentang kenaikkan barangan ini.
Dipejabat pula selain isu kenaikan barangan, isu keselamatan pula yang ditimbulkan. Maklum le mak ayah pergi kerja mencari rezeki, anak-anak duk tinggal kat rumah. Ada pembantu pun tak 100% boleh percaya. Sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Macam-macam penjenayah ada.Penjenayah Nurin pun sampai le ni tak tertangkap lagi.

Persoalannya walaupun rakyat amat-amat sedar tentang kekalutan keadaan Malaysia hari ini tetapi mereka masih lagi tidak sedar bahawa sebenarnya mereka ini mempunyai kuasa yang besar untuk merubah keadaan ini. Sehingga ada seorang polis yang terpaksa berjaga sampai pagi kerana terpaksa berkawal bagi program remaja berpesta di A Famosa yang dipenuhi dengan tarian dan nyanyian, arak dan seks hanya mengeluh "macamana nak buat, kita kena kerja nak cari rezeki...KITA TAK BOLEH NAK BUAT APA-APA ARAHAN PIHAK ATASAN". Begitulah sangkaan mereka. Ada juga kedengaran ustaz ustazah yang menyatakan " Takpelah segala maksiat yang berlaku ni memang kita tak suka, tapi kita ni lemah, jadi kita memang menentang dalam hati, itupun dikira Allah jua( sebab kita terpaksalah juga menjaga periuk nasi).Oleh itu ramailah ustaz ustazah yang menyepi tetapi sebenarnya mereka menentang dalam diam???.Kita sebenarnya tidak sebijak rakyat Australia yang mana hari ini telah mempunyai perdana menterinya yang baru. Meskipun Howard amat berbangga dengan pemerintahannya yang dikatakan cemerlang tetapi rakyatnya telah amat bosan dengan kaedah pemerintahannya dan telah mengantikannya dengan orang yang diyakini lebih baik. Bila terbaca kisah ini, NisaMelaka hanya mengeluh...Negara orang.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, sebenarnya kita tidak mengira siapa yang memerintah. Yang penting sebagai sebuah negara yang diakui Negara Islam, hendaklah sistem pemerintahan yang dijalankan benar-benar adil dan mengikut ketetapan yang dikehendakiNYA. Sebenarnya tak RUGI kalau kita mengikut segala kehendakNYA.Bila berfikir seketika, NisaMelaka sentiasa berfikir macamanakah caranya untuk memahamkan mereka yang diluar sana untuk sama-sama membuat satu perubahan kearah pemerintahan yang lebih baik. Terkadang timbul rasa bosan dan boring bila berkempen dari rumah ke rumah.
Ye le didepan semuanya insyaAllah tapi bila dah dapat gula-gula dekat pilihanraya nanti semuanya akan berubah belaka.Hai kalau macam ni le mentaliti rakyat Malaysia, sampai bilalah kita nak lihat keadaan negara seperti zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz? Agaknya sampai mata dah tertutup le...Kempunan le jawabnya.

NisaMelaka - Tengah tensen ni, walaupun bukan rakyat negeri kelantan tapi hati terasa bagai nak meletup sebab kerajaan nak salurkan minyak kat negeri Thailand. Kalau macam tu marilah kita ramai-ramai berdoa muga minyak tersebut kering kontang, alang-alang rakyat kelantan tak dapat, biar semua tak dapat langsung.( hehe .. ada relate dengan atas punya artikel ke??)

Sabtu, 24 November 2007

Teka-Teki Imam AlGhazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertamaImam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan keduaImam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketigaIman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung

Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)


Soalan keempatImam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja

Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusiamasuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Soalan kelimaImam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas

Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenamImam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Renungkanlah seketika kerana disitu ada sesuatu yang perlu kita ambil....

Rabu, 21 November 2007

Hempedu bumi (Andrographis paniculata) banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm. Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Nama-nama lain baginya adalah Hempedu tanah, pokok akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia). Ia tergolong dalam famili Acanthaceae.
Khasiat dan kegunaan
Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah, sakit tekak (tonsillitis), selsema, sakit dada, cirit birit dan demam.
Kesan Keracunan
Pada dos yang tinggi, tumbuhan ini boleh menyebabkan sakit perut dan hilang selera makan. Ia juga boleh menyebabkan ketidaksuburan. Ujian yang dijalankan ke atas tikus jantan mendapati bilangan sperma yang rendah dan kecacatan sperma. Persatuan Produk Herbal Amerika telah mengkelasifikasi Andrographis sebagai boleh menye babkan keguguran (abortifacient)
Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak( Ia sesuai juga untuk menguruskan badan).
Memandangkan air rebusan ini amat pahit dan sukar untuk diminum, sekarang terdapat hempedu bumi dalam bentuk kapsul. Ia amat mudah untuk ditelan.
Pada mereka-mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, NisaMelaka menyeru kembalilah kepada penggunaan tumbuhan herba sebagai rawatan alternatif.
Respon yang diterima dari mereka yang telah mengamalkan ubat hempedu bumi ini, ramai yang telah sembuh dan mereka merasakan pengamalan memakan ubat ini adalah lebih selamat berbanding ubat-ubat hospital yang mengandungi bahan kimia dan dadah. Sebenarnya negara kita ini terlalu kaya dengan tumbuhan perubatan, hanya kita sahaja yang tidak mengetahuinya.

Alangkah indahnya jika semua pemimpin seperti dia...



Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad "Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?" Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, "Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa. Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya. Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan. Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya.

Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya. Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya. Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi. Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya. Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu. Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Di Malaysia juga kita mempunyai seorang pemimpin yang melayu yang terkenal dengan kezuhudannya. Beliau adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Alhamdulilah sekurang-kurangnya kita turut berbangga dengan pemimpin yang kita sayangi ini. Mudahan-mudahan ada pemimpin lain yang mengambil iktibar dari mereka berdua ini.

NisaMelaka - Susah sebenarnya jadi pemimpin ni...Bagi yang sedar akan pembalasan Allah lah.









Isnin, 19 November 2007

PILIHANJALANRAYA ???


Terbaru ramai orang turut memperkatakan tentang isu demonstrasi jalanan / perhimpunan haram or apa-apa je lah nama yang diberikan kepada perhimpunan 100 ribu anjuran BERSIH baru-baru ini. Antara objektif perhimpunan itu diadakan adalah untuk menuntut supaya pilihanraya yang akan diadakan untuk masa-masa akan datang adalah benar-benar bersih, telus dan adil. Perhimpunan ini telah mengundang pelbagai pandangan pro dan kontra. Namun yang jelas perhimpunan ini bukan sahaja mendapat perhatian dari rakyat Malaysia khususnya tetapi juga dari masyarakat luar negara. Sekali-sekali bila buat sesuatu benda yang baru, baru le orang pandang. Tak gitu? Sebab kalau asyik stail lama je orang dah jemu dah. Perlu le juga tukar cara, tukar selera.

Apapun disini NisaMelaka melihat ada sesuatu yang perlu teramat sangat diberikan perhatian selain kejayaan dapat menghimpunkan rakyat berbaju kuning. Mengikut analisis rambang dari mereka yang turut serta dalam perhimpunan ini, 70% yang hadir adalah anak-anak muda. Ini sebenarnya adalah sesuatu yang menarik. Kalau selama ini sangkaan kita anak-anak muda lebih tertarik untuk meramaikan konsert-konsert, tetapi pada 10 Nov lalu sangkaan ini telah disangkal. Anak-anak muda sekarang dah mula celik. Mereka sanggup turun padang untuk bersama menyatakan kebenaran.

Hanya satu yang menjadi persoalan sekarang. Setelah perhimpunan bersurai kemanakah mereka? Tidakkah ada satu tindakan untuk menghimpunkan semula mereka? Bertanya soalan yang MAHA PENTING.. SUDAHKAH MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI????. Kita tidak mahu sejarah tahun 1999 berulang semula. Meskipun tika dan saat itu anak-anak muda bersemangat bersama mereka yang menjulang kebenaran tetapi bila tiba saat undian mereka menjadi penentu, semangat yang menyala, malap tiba-tiba kerana mereka bukan pengundi yang berdaftar. Oleh itu bertindak pantas lah.

Untuk adik-adik yang turut bersama berdemontrasi, pastikan anda telah menjadi pengundi yang sah bila telah cukup umurnya. Ingatlah setakat berhimpun, berdemo tidak kemana. Kuasa UNDIAN adalah lebih bermakna. Selagi ada masa, gagahkan kaki daftarkan diri.


NisaMelaka - Dah lama dah daftarnya......

CUTI SEKOLAH DAH BERMULA......


Salam...

Ketemu lagi. Minggu ini dah start cuti persekolahan bagi mereka yang bergelar murid sekolah. Pastinya ini adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang memang dah malas sangat nak naik van/bas kuning dan buat keja sekolah. Namun begitu disaat-saat ini ada juga yang sedang berhempas-pulas berperang. Bagi mereka yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan STPM NisaMelaka mengucapkan SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN. Jawablah dengan penuh hati-hati dan tenang. Sentiasalah bermohon kepada DIA yang berkuasa agar dipermudahkan segala urusan. Dikesempatan ini juga NisaMelaka mengucapkan kepada anak-anak didik dari Sek Men Maahad Ar Rahmah- Ayer Molek dan Sek Men An-Nuriah- Sg Udang do the best, beat the rest. Buktikan kamu dari Sekolah Agama boleh bersaing dengan mereka yang diluar sana yang sentiasa memandang rendah kepada "budak sekolah agama".


Sebenarnya musim cuti ini, mungkin musim yang menyeronokkan kepada pelajar-pelajar tetapi merupakan saat yang memeningkan kepala mak bapak terutama bagi yang bekerja. Ye lah anak-anak ni kalau takde aktiviti berfaedah masa cuti ni mulalah mereka akan buat perangai. Sebab itulah sekarang ni sibuk mak ayah bertanyakan mana program motivasi, mana program kem jati diri dan mana pusat-pusat tuisyen yang adakan kursus intensif masa cuti??.Nampak sangat le mak ayah zaman sekarang ni tak suka anak-anak diaorang duk kat rumah. Kenapa YE?


Dulu masa kami kecik-kecik, takde pun mak ayah nak mengeksport kami kemana-mana. Kalau musim cuti tu kat rumah le kami. Cuma aktiviti outdoor tu bertambah le skit. Dari hanya main tali skipping @ polis sentri dah berkembang kepada masuk hutan cari buah rotan, buah ketapi, buah kuran dan bermacam-macam buah hutan yang lainnya yang masa ni ramai orang dah tak kenal buah-buah tersebut. Tak pun main BEDIL yang diperbuat dari buluh kecil. Paling syok bila mandi-manda kat sungai...sambil makan buah jambu air atau buah ara.Main-main juga tapi time buat keja buat juge. Angkut air dari sungai, penuhkan tempayan, cari kayu api dan tolong mak ayah dikebun.


Bagi budak-budak sekarang, duk kat rumah pun mak ayah bimbang, pegi keluar pun hati mak ayah tak tenang. Teringat kepada kata-kata sahabat, "sekarang ni nak jaga anak-anak jauh lebih susah dari zaman dulu meskipun terlalu banyak kemudahan yang telah tersedia". Orang dulu-dulu anaknya ramai tapi steady je. Orang sekarang anak dua-tiga ketul pun dah tensen gila.... Inilah akibatnya bila manusia dah semakin jauh dari agama. Terimalah akibatnya...


Akhirnya dari NisaMelaka, selamat bercuti......